Tuesday, 29 August 2017

Gambar Ilustrasi Hibah

Assalam wbt


APAKAH ITU HIBAH?Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu. Sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah (copy dari sini)

Jadi Hibah bagaimana ia berfungsi?

Saya terangkan Hibah layman term lah. supaya senang nak faham. Hibah ini seperti pelan penggantian persaraan atau pelan pampasan jika berlaku sesuatu kepada seseorang. (stand alone rider)

Daftar Hibah dengan PruBSN (contohnya), (boleh register kat mana-mana yg anda percaya), register ke atas nama siapa yang hendak diberi Hibah. Jika sekiranya, pendaftar Hibah itu meninggal dunia, maka penerimanya akan memperoleh sejumlah wang.

Tahukah anda, selepas kita meninggal dunia, harta kita akan difaraidkan. jadi jika kita tidak mahu harta kita jatuh ke sesiapa yang kita tidak mahu, bolehlah lakukan Hibah.


 
Contoh di atas quotation untuk seorang lelaki, berumur 30 tahun, tidak merokok dan dia adalah bekerja kelas pertama (maksudnya tidak berbahaya - hanya melakukan tugas office). Jadi apabila Rayyan meninggal dunia kelak, isterinya akan memperoleh RM250,000.
 
Wang sebenarnya bukan penentu kebahagiaan dan juga bukan boleh menggantikan sesiapa di dunia ini, tapi sekurang-kurangnya dengan wang ini, bolehlah waris memulakan hidup baru. contohnya, isteri tidak bekerja dan mempunyai anak-anak 2 hingga 3 orang. bagaimana? dengan adanya pampasan Hibah, insha Allah mereka boleh mulakan hidup yang baru.
 
Jika anda berminat, boleh hubungi PruBSN Takaful Hibah, Yazid 0172000349
Terima kasih.

No comments: