Wednesday, 25 May 2016

Petua Hilangkan Sedu Bayi Bagi Orang Jawa

Assalam wbt

Petua nak hilangkan sedu-sedan atau hiccup untuk baby. Hihi. Ini cara mak aku ajar turun temurun. Jawa la uols. 


Nampak tak penampakan sosok kecil berwarna putih pada dahi Naqib? itu adalah benang. Benang apa? Benang yg terdapat pada hujung towel ke, baju ke, lampin ke, tarik dan lekatkan guna air liur mama. Insha Allah berkesan. Secara kebetulannya betul. Tak percaya sudah! Haha. Yang nak mencuba, Selamat mencuba. 



Sekian. 

Monday, 23 May 2016

Tukang Urut Sungai Udang, Melaka

Assalam wbt

Sesiapa hendak mencari tukang urut di kawasan Sungai Udang Melaka, kak Yun atau nama sebenar kalau tak silap Wahyuni kot. (Hihihi. Maap kalau silap),,, 016 264 0976 telefon lah. Dah janji tempat mana nak urut nanti Kak Yun datang lah.

Tak kisahlah anda sakit badan saja-saja mahu berurut atau anda sakit sebab lepas bersalin. Bolehlah menggunakan khidmat beliau. Testimoni drp aku sendiri. Rasa lega sangat! Upah RM60 untuk sekali urut. Cuma kalau bagi yg bersalin tu, Kak Yun tak sengkak perut. Kalau nak sengkak dengan orang lain dan harga lain. Kalau nak sengkak juga, minta nombor kawan Kak Yun siap-siap dan upah sengkak ialah Rm30. 

Kalau nak urut bagi lelaki pun ada juga tetapi bukan dengan Kak Yun, dengan orang lain. Bolehlah call nombor kak Yun dahulu untuk keterangan lanjut. Yang aku suka pasal Kak Yun, time Kak YUn mengurut, dia bercerita tentang informasi urut dll , bukan hendak mengumpat. haha.  

Okey selamat berurut ye. 

Saturday, 21 May 2016

Makanan untuk Tambah Susu Badan

Assalam wbt

Milk booster utk ibu2 menyusu apa ye? Setiap orang lain2.. Ada yg tu ada yg ini. Macam2... 

Untuk aku, dua makanan ni memanggg sangat membantu untuk menambah susu badan iaitu sengkuang cina dan horlicks. Esp masa berpantang. 

Sengkuang cina. 

Horlicks pun apa kurangnya. 

Jadi mana tahu ada yang boleh guna pakai milk booster yg sama, silakanlah. Insha Allah bermanfaat. 

Terima kasih. 


Saturday, 14 May 2016

Banang Amas Homestay di Sungai Udang Melaka

Assalam wbt

Banangamas Homestay beralamat, No 26, Jalan SU 2, Taman Sungai Udang, 76300 Sungai Udang Melaka. Landmark, lorong sebelum penjara Sungai Udang Melaka, lorong yang sama untuk ke Sekolah Agama Al-Ahmadi.

Kenapa Banang Amas Homestay perlu menjadi pilihan?

1. Kadar bayaran ialah RM200 sehari semalam. Check in 2pm, check out 12pm.

2. Jika anda menginap lebih daripada sehari, harga boleh dibincangkan.

3. Free Wifi 100Mbps !!! (boleh update instagram dan facebook setiap masa!)

4. Parking senang yang amat. Parking di hadapan rumah boleh muat sekurang-kurangnya dua buah kereta. Parking di hadapan rumah tetapi di tepi longkang boleh muat sekurang-kurangnya dua buah kereta lagi.

5. Ada mesin basuh auto. Ada juga dapur untuk memasak.

6. Bilik tidur ada tiga buah, siap semua ada aircond ! (sejuknya~~~)

7. Ada ASTRO, jadi boleh tengok tv, tidak membosankan. hehe

8. Bilik air ada dua buah, satu di bilik utama dan satu lagi di bahagian dapur.

9. Kedudukan strategik, dekat dengan kedai makan, Econsave, KFC, Pizza Hut, Masjid, bandaraya Sungai Udang pun dekat. hehe

10. Incase ramai yang nak duduk kat homestay ni, just bagitahu kat En Yohani atau Pn Khalijah, nanti mereka boleh pinjamkan toto atau tilam extra.
Boleh call En Yohani 019 665 5754
Boleh call Pn Khalijah 019 255 6265 

Ini living room, sliding door. 


Nampak tak tv tu, ada astro tu... 





Bilik pertama, ada bilik air.


Ini bilik kedua


Ini bilik ketiga


Ini bahagian dapur. 

Sangat selesa dan berpuas hati.... Terima kasih. 








Friday, 13 May 2016

Puisi Cinta Untuk Rozana

Assalam wbt

Tajuk jangan nak termuntah okey??
Okey terjumpa pulak sajak jiwang tahun 2007 ni.. haha...
nah aku share.. mana tahu ada sensapa nak bagi kekasih ke..
ayat best nak bagi kat secret admire ke...
boleh lah copy paste je.. aku tak kisah pun...
ini zaman kat unibesiti dulu, ada sorang ni suka kat aku dan aku saje paste kat sini...
sebab sebenarnya aku pun tak tahu dia tiru ke dia cipta ke ape...



Aku pernah berjanji,
Hanya dia di dalam hati...
Akan sehidup semati,
Sehingga aku tak bernafas lagi...

Mulanya cinta berputik,
Aku menanti dia menunggu..
Sekarang bagaikan bunga dipetik,
Semakin hari semakin layu...

Bersedih hanya seorang diri,
Kerana dia dibawa pergi...
Aku sedar bahawa janji,
Tidak selalu akan tepati...

Hati ditutup buat selamanya,
Hanya dibuka bila bersedia...
Kerana tak sanggup rasa kecewa,
Biar aku hidup merana...

Tidak ku sangka, tidak ku duga,
Apa dibuat tak seperti dikata...
Aku bertemu gadis jelita,
Hati ku akhirnya terbuka semula...

Bukan nya aku hendak bercinta,
Kerana tak pasti siapa kah dia...
Ingin ku jadi kawan setia,
Biar lah lama tidak mengapa...

Bila ku pandang, aku terpikat,
Hendak bicara, hampir tersekat...
Darah gemuruh, hilang semangat,
Bukan kah aku lelaki hangat??(Hahaha)
Aku mencuba, mencari jalan,
Ingin menanya dengan sendiri...
Sudikah dia menjadi rakan,
Walaupun aku ikhlas di hati...

Semakin hari semakin ragu,
Menanti jawapan yang aku tuju...
Fikiran menjadi tidak menentu,
Bila ditanya semuanya tak tahu...

Sebenarnya,


Sekian, selamat mencuba................ hehe...

Thursday, 12 May 2016

Restoran Uncle Sam, Seksyen 15 Shah Alam

Assalam wbt
Semalam kami makan kat restoran ni.. senang juga nak cari sebab kami dah familiar dengan jalan kat shah alam. Alamat di jalan tukul seksyen 15. Belakang stesen petronas yg attached dengan kfc. Sebelah dengan kedai continental.
Sorry lah ku  tak tanya lak bile beroperasi hehe. Okey tang makanan, kami order uncle sam chicken chop n uncle sam special ape ye. Lupa. Tapi ada 2 tu je resepi bernama uncle sam. Hehe. Air kami order coconut shake dan poison. Yg uncle sam special tu beef steak yg bertakhtakan sayur yg diletak cheese. Yg uncle sam chicken chop ada chicken chop yg bertakhtakan kerabu mangga.
Komen kami 
1. Makanan uncle sam chicken chop cam kureng sket sebab ada kerabu mangga atas die.. kalau orang suka, suka lah. Tapi incik hubby bukan jenis yg suka makanan camtu hehe. Patut die letak tepi je.. bagi choice utk orang. Pada aku plak, dah macam makan ayam goreng 3 rasa. Tapi yg bagus ada wedges besarw. Sedap.
2. Makanan uncle sam special yg beef ni, sedap. Tapi daging mebi kurang empuk. Ke aku kene cakap well cooked. Hehe aku pun tak tahu yg ni. Seb tapi ade wedges.. naqib boleh makan
3. Air coconut shake sedap. Air poison pun sedap. Poison ada lemon, nata de coco n sirap rasanye, plus soda sikit. Tapi naqib suka je nengok nye. Konsep naqib ni, apa yg babah suka, dia suka. Hehe
4. Menu takde gambar which kita takleh imagine camne. Waiter kena terangkan satu2. Leceh lah. Atleast ada thumb ke baru tahu signature dishes dorang kee...
5. Meja sebbek halus. Sebijik cam meja kat kilang bateri johor bahru tu. Hehe. Kalau nk tempah meja camtu ada la kad nama company tu kat kaunter. Halus dia tu tak bahaya kat naqib. Bagussss. Tapi kerusi kecik2.. hehe. Tak muat kalau orang tu besar.
6. Sayang nye meja takde nombor. Jadi kena hafal lak apa kita makan masa nak bayar. Haha. Sebbek makan bertiga je. Kalau makan bersepuluh, tak ke nayaaa... kena ada sistem yg better.
7. Paling bagus great hospitability ~~~  seriously ! Waiter tu nampak aku pregnant, teros offer kerusi yg saiz besar sket, senang iols nak duduk. Dan dia nampak ada naqib terus amekkan kerusi budak. Tapi bila naqib nak duduk kat kerusi dewasa, dia bagi kerusi yg sama cam aku duduk. Sebab selesa sikit kan.. dan masa nak balik, naqib buat hal pulak. Nak susun kerusi ikut citarasa dia kalau tak, taknak balik. Tapi dorang tak marah pun.. bagus betol lah!! Senyum pun tak lekang drp setiap pekerja, tu yg aku perasanlah. Hehe... terima kasih !!
8. Makanan so so je lambat tak lambat sangat, cepat tak cepat sangat. Just nice....
Okey selamat mencuba.. eh kalau ada staff uncle sam baca, semoga terus berjaya.

Tuesday, 10 May 2016

Kesilapan Resume untuk Lepasan Universiti / Kolej

Assalam wbt

Aku pemegang akaun email rasmi company aku. so hamper setiap hari aku Nampak resume daripada pelajar lepasan university atau kolej. aku tak nak tegur yang dah ada pengalaman kerja sebab orang tak fikir sangat... tapi untuk bebudak freshie, first impression tu sangat penting.....

 
1) resume tak rename ... contoh, "Resume Afiq punyer" "Resume Afiq latest" ... atleast rename lah jadi "Resume Mohd Afiq" kan ke lagi elok....
 
2) email yang dilampirkan email tak rasmi.... contoh belacantumix@gmail.com ,,, contoh lain,,, jerawatpink@gmail.com .... sepatutnya email rasmi, contoh mohdafiq@gmail.com ,,,, kan ke senang tu,,,,, buatlah email baru, bukan susah sangat pun... simple gile kan...
 
3) takde mukadimah kat email. kosong aje email, tetiba attach resume. atleast, copy paste je cover letter tu, jangan attach cover letter, sebab bukan baca sangat... haha... dorang HR simpan resume je... pastu kat mukadimah tu siap2 dah cakap kita course ape, bila boleh mula kerja, so dorang ni aware....
 
4) banyak sangat shortform... camne? contoh,,, kau orang course manufacturing... sila tulis pepenuh, "Manufacturing". janganlah malas sangat sampai tulis "Mfg" or sebab takde space.. ade HR kisah dik?
 
5) salah tulis, typo error banyak.. simple2 pulak tu. contoh communication jadi comunication. prefer jadi prefer. kan ke ms word tu auto detect error, ko x on kan ke dik?
 
6) tulis resume tak center. ada yg tulis kiri sangat, ada kanan, ada tengah... cuba sistematik kan sikit... senang nak baca je.. heheh...
 
7) font tak sama? bahagian education font arial, tetiba bahagian pengalaman kerja font times new roman. ko copy paste je ke dik? isk3...
 
8) hantar resume siap ada kaki note. contoh "sent from iphone" "sent from Huawei" main send aje ye tak, tak check langsung gitu.............
 
9) tulis resume panjang berjela2,, space banyak sesangat sampai 2 muka surat jadi 5 muka surat... compact kan sikit... bukan banyak lagi pengalaman kan.. kalau dah banyak pengalaman, 10 pages pun takpe... heheh...
 
10) paling penting........ kenapa takde tulis ape yg ko power? contoh, terer computer, SQL, excel, ha skill camtu semua kena tulis.. ko join ape kat university, kalau company swasta tak bape tengok.. tapi skill camtu baru HR and technical team tengok.... sila tulis ok??
 
 
11) last but not least... email takde tajuk.... hantar email kat company mana2.. tetiba subject "Resume Afiq" what the?? at least tulis lah,,, "Application for ...... " gitue.....
 
 
 
 
okey lah... ini kesilapan yg selalu bebudak baru nak apply kerja selalu buat... berusahalah sikit ye... doa2 moga HR baca resume korang semua................... all the best...........
 
 
Thanks.................. 

Monday, 9 May 2016

Bagaimana Nak Daftar Perniagaan?


Assalam wbt

Senang sangat. Cuma kena spend masa untuk ke tempat yg betul. Hehe. 

Macam mana nak register atau daftar perniagaan anda? Just pergi ke cawangan SSM berdekatan. Cam kami gi UTC melaka. Takleh dah nak buat online sebab sistem e-perolehan tak serap gst lagi. Hmm. Terpaksalah kan. 


Sepantas kilat. RM60 setahun untuk nama bukan dalam ic. RM30 kalau guna nama yg sama dalam ic. Lagi RM10 pendaftaran aplikasi. Total RM70. 60sen gst. Aku xtaw gak camne dorang kira. Biarlah haha gst gst. 

Okey marilah daftar sebab tahun depan dorang wajibkan perniagaan online utk berdaftar, kang takot lak kene cekup kang. 

Okey jom. 



Thursday, 5 May 2016

Kulit Buku Hasil Tangan Purblyz

Assalam wbt

Cantik tak buku aku? Cantikkan.. ni hasil tangan @purblyz 😀😁 (akaun ig)

Banyak pattern lagi.. boleh tengok ig die okey... jahitan kemas... kemas giler okeyyy... puas hati sangat.. aku beli saiz A5 sebab banyak nau buku aku saiz tu... lagipun bertambah semangat la aku nak menulis kalau kulit buku nye cantik..hihi

Apa lagi mari menempah.. ha boleh lah kalau nak customize lagi, jadi hadiah convocation, hadiah kahwin pun boleh..  saiz A5 RM30 camtulah utk pattern ni..

Okey tenkiyuuu

Wednesday, 4 May 2016

COD Sabunku Diperluas

Assalam wbt

Kawasan cod Sabunku telah diperluas hehe... 😁😁

Jadi sesiapa nak beli sabun area sini? 🙋🙌

1. Area usj
2. Area subang jaya
3. Area shah alam (seksyen 20, seksyen 26, seksyen 27, seksyen 19, seksyen 18, seksyen 15, seksyen 13, seksyen 22, seksyen 25, seksyen 24, dll yang difikirkan boleh pergi)
4. Area taman ttdi jaya
5. Area bukit jelutong
6. Area batu tiga subang hi tech

Boleh whatsapp saya 0176806258 (Fara).

Terima kasih.

Tuesday, 3 May 2016

Mana Nak Beli Shopping Trolley di Selangor?

Assalam wbt

ada sesiapa nak beli shopping trolley atau shopping troli atau troli yang ada macam kat Tesco / giant / aeon big tu?

mana nak cari?? mana nak beli?? kat Selangor ada ke jual shopping trolley kan?

meh datang kat sini.

Alamat die:
Rack Master Industries Sdn Bhd
Lot 1900, No 906A, Jalan Mantin,
Off Jalan Kapar Batu 1,
41400 Klang,
Selangor.

Kalau waze, search aje rack master industries, nanti keluar lah terus... senang....

 
saiz ada macam2. tapi kami beli dalam 90L. okey lah muat untuk sabun2 yang kami jual. size ni varies, banyak saiz ye... dari 60L kalau tak silap sampai 120L kot.
 
suka untuk diingatkan, kalau boleh bawak kereta besar2.. cam pacuan 4 roda ke... ala2 avanza estima ke... sebab besar... kalau ukuran Honda city, paling boleh muat 90L aje kat tempat duduk belakang. bonet belakang tak muat taw...kalau naik myvi lagi kemsalam. hehe.. takde khidmat penghantaran..
 
harga ritu, 90L bersamaan RM313 termasuk GST... lagi besar lagi mahal.... hehe
 
 
Sekian, terima kasih.