TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Jul 2017

Tiket Masuk Ke Muzium Negara RM2 untuk Warganegara

Assalam wbt

Tiket masuk muzium negara
Kalau untuk warganegara dewasa RM2 aje..
Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun free.
Oku dan warga emas RM1
Bebudak yg pakai uniform sekolah free juga..

Ada lagi dua muzium, tengok kat gambar ye. Hehe. Muzium erologi dan muzium orang asli. Kot... Aku pun lupa....

Nak datang sini boleh naik MRT atau naik KL Hop... Selebihnya naik kereta sajeeee...



Sekian Terima kasih. 

29 Jul 2017

Tajuk Pengucapan Awam dan Public Speaking PAC Pegawai Penerangan S41 2017

Assalam wbt

Aku calon pegawai penerangan S41 2017 yang diadakan di Politeknik Port Dickson.

IKLAN: SHOPEE KAKNA

Antara tajuk-tajuk untuk pengucapan awam dan public speaking untuk jawatan Pegawai Penerangan S41 pada tahun 2017 ialah seperti berikut :

1. Healthy eatings (tajuk aku)
2. Memacu jalinan pengangkutan awam di bandar (tajuk aku)
3. Nilai Kemerdekaan
4. Malaysia public transport
5. Bangkitkan semangat kemerdekaan masyarakat muda
6. Sambutan hari kebangsaan mengukuhkan perpaduan negara
7. Social media tool of information warfare
8. Cell phones, gadget and computer, luxuries or necessity ?
9. Langkah mencegah rasuah
10. Carpooling is good environment
11. Pemantauan di sempadan diperketatkan
12. Urban transformation Centre To Enhance incomes
13. Kepentingan budaya integriti
14. Kepentingan IKS
15. How to improve public transport in Malaysia
16. Indeks Syariah Malaysia
17. 8th Malaysia Plan
18. Human trafficking
19. jalur gemilang mengukuhkan perpaduan
20. Penghayatan Rukun negara mengukuhkan perpaduan

Tajuk-tajuk lain yg hangat dibincangkan pada tahun 2017.
1. Aspirasi 2050
2. Inisiatif Negaraku
3. Traditional Costumes in Malaysia
4. Open burning
5. Cabaran ekonomi 2017
6. Hala tuju pendidikan berkesan
7. Perubatan alternatif
8. Pelaburan asing di Malaysia
9. Pemuliharaan tempat-tempat bersejarah
10. Pemikiran kritis
11. GST
12. Malaysian youth on their vision of TN50
13. Courtesy in Malaysia
14. Public schooling
15. Reducing intake of processed food
16. Social media (good and bad)
17. Human trafficking
18. Status negara berpendapatan tinggi hanya retorik politik (boleh refer youtube, ada video debat bebudak MRSM taiping dgn SBP apa lupa... )
19. MOU (kesan good and bad)
20. Bajet 2017 dalam kesihatan
21. Cegah jenayah tanggung jawab bersama
22. Pendidikan melahirakan masyarakat bersatu padu
23. National day theme strengthen national soliditary
24. Pengisian program kemerdekaan
25. Pemakanan seimbang
26. Institusi kekeluargaan
27. Public transport in Malaysia
28. Pendidikan di Malaysia melahirkan masyarakat bersatu padu
29. Bajet 2017 meningkatkan kehidupan rakyat
30. Program transformasi kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat
31. Peranan masyarakat dalam menangani masalah sosial
32. Budaya integriti di Malaysia
33. Generasi yg taksub dengan gajet komunikasi
34. THe awarness of subliminal message in media
35. Teenagers totally interest in entertainment
36. Importance of public relation in organization
37. Beza GTP dan ETP
38. 8 strategies to integrate races
39. NKRA and NKEA
40. sukan SEA 29
41. sukan sebagai perpaduan
42. How to promote tourism in Malaysia
43. Nationalism among youth
44. CIntai barang buatan Malaysia
45. skilled workers
46. Bersama mencegah jenayah
47. information warfare


Aku seriously buat isi setiap satu tajuk ni. hehe. usaha asas kejayaan kan. tetapi sayangnya kejayaan PAC tak menyebelahi aku.. takpelah maybe ada kejayaan lain yg menanti.... insha Allah...

27 Jul 2017

Daftar IC Anda Sebagai Touch n Go dan Boleh Dapatkan Account Statement

Assalam wbt

Rupa-rupanya boleh nak register IC sebagai touch n go dan dapatkan account statement dia. selama ni aku tak perasan pun...

okay cara dia, korang register dulu mana-mana kad touch n go yg ada.. (bukan ic).. then, guna pula ic sebagai touch n go.. automatic kad ic anda dah didaftarkan di bawah laman web www.touchngo.com.my

boleh tak register direct kad ic kat laman web tersebut? jawapannya tak boleh, sebab kita tak tahu nombor siri ic kita..

buka laman web touch n go. ada nombor siri kan?

nombor siri boleh didapati di bahagian belakang kad touch n go. kalau ic, nak tau daripada mana?

nah, (boleh zoom kalau x Nampak)... boleh klik statement lah kat situ. jadi takde masalah nak claim minyak kalau touch n go guna ic.... hehe..
 
 
noob betul selama ni aku tak tau! hahahahahahahhahaha

16 Jul 2017

Makan di Restoran Murah Meriah Kg Bharu KL

Assalam wbt

Ayam goreng kat Murah Meriah ni memang sedap !

Cara diorang goreng ayam gorengnya memang unik. Macam mak aku goreng. Tapi depa lagi garing. Sedap sangat! Lagi sedap dari ayam goreng nasi lemak antarabangsa kg baru..

kedudukan aku tak reti nak cakap lah. Sebab berpusing2 kami tadi. Haha..tapi yg aku ingat landmark ialah bangunan terengganu / koperasi terengganu dan hostel utm tu.. jalan yg sama..

Nah gambar, mana tau nak order. Haha.. pi lah try...

Nampak menyelerakan tak... Lauk ayam goreng, gulai paku pakis, bergedil, air teh ais, total RM9.20 .... Kata depa, harga naik sikit lah 



Okey sekian terima kasih. Trylah makan ye

13 Jul 2017

Tak Cukup Baki Touch n Go untuk Bayar Tol

Assalam wbt

Acamane kalau tak cukup kredit touch n go? Sekarang ni, sesiapa yg lalu highway ELITE dan sekitar lembah klang kena pastikan dah topup siap2 kalau tak penat beratur panjang kat tol bila nak keluar nanti...

Lagipun banyak tol tambah nilai yg tutup bila pagi2.. kalau baki tak cukup, boleh je lalu touch no go lane / smart tag lane. Tapi time nak bayar tu, pastikan beratur kat lane yg ada pekerja tol.. yg belah mana? Kebiasaannya kat tol yg paling terdekat dgn bangunan plus dorang... senang cakap, tol paling kiri utk anda...Sila beraturkan kereta kat situ. Kalau korang beratur kat tol yg jauh jauh, pekerja tol tu terpaksa topupkan jauh dan korang kena tunggu. Kereta2 belakang korang juga akan tunggu. Tak ke leceh tu??

Oh ya, kalau dulu baki 60sen tapi tol harga RM1, bila sampai gate tol, bayar balance aje, 40sen. Sekarang dah tak boleh camtu tau.. pekerja tol akan minta kad touch n go anda, dan minimum topup RM10, touch kad dan sebelum meneruskan perjalanan...

Jadi pastikan beratur / queue kereta di lorong yg betul. Supaya senang di kendian hari...

Ganbar hiasan.

Sekian, terima kasih

12 Jul 2017

Mee Kicap aka Jjajangmyeon Malaysia di Petaling Jaya

Assalam wbt

Mee kicap kat sini sedap oiii.. macam jjajangmyeon dah aku tengok... Siap ada wantan, aku bayangkan macam dumpling. Hahaha... Sedap cukup semua rasa. Mee pun sedap.. eh memang sedap lah.. harga berpatutan.. RM6.90 je. Okey kan?? Bukak 24 jam katanya...

Makanan lain pun ada juga.. sedap2 belaka...

Kat mana??

Di Restoran SG. Alamat No 6&8 Jalan MJ/7, Medan Maju Jaya, Batu 7, Jalan Kelang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor


Jemput makan.... 😅😅😅

7 Jul 2017

Guna IC untuk Touch n Go

Assalam wbt

Saje nak cerita.. kita boleh guna ic atau kad pengenalan kita untuk jadi kad touch n go... Macam mana? Kena register tak? Jawapan dia, senang je, terus terus isi topup touch n go, on the spot terus boleh guna.. tak perlu activate apa2.. mudah kan???

Okey, boleh tak guna untuk smart tag? Jawapannya kadang boleh kadang tak boleh.. kalau kita just masukkan kad touch n go dalam reader, bila tekan button tu boleh tahu baki kad kan.. kalau guna ic, dia tak boleh read.. dan means kalau lalu kat smart tag reader pun, kadang boleh kadang tak. Senang cakap, elakkanlah sebab nanti susahkan orang lain pulak....

Guna kad touch n go ic boleh register kat website ke? Jawapannya BOLEH ! Dia auto registered. Aku pun tak tahu macam mana, tetiba dah ada... Pelik juga aku. Sebab kena ada ID TnG kan masa register di website. Atas IC kita mana ada ID TnG. 




Okey nah gambar hiasan.. moga tak kompius di masa akan datang

#SHRMZB #matriye SHOPEE KAKNA