TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

24 Aug 2017

Pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat di Masjid Negeri Shah Alam 2017

Assalam wbt.

Pada 7 Ogos 2017 yang lalu, kami sekeluarga telah mengadakan lawatan ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat yang bertempat di Masjid Negeri, Masjid Besar Shah Alam, Selangor. Pameran ini diadakan pada 10 Julai sehingga semalam, 23 Ogos 2017. Tiket masuk RM20 bagi orang dewasa, RM10 bagi kanak-kanak atas 5 tahun dan percuma untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Jadi jumlah keseluruhan kami ialah RM40. Berbaloi sebab bukan senang nak tengok dengan mata kepala sendiri semuanya. Kita entah bila nak sampai di Tanah Madinah dan Tanah Mekah.

Mari kita tengok gambar-gambar di bawah.

ini artifak Hassan dan Hussin (cucu Rasulullah)




ini ialah janggut Rasulullah 



ini cap Mohor zaman Rasulullah (ada tulisan jawi tu kat kiri, nampak tak?) 


di bawah ni ada beberapa pedang. tapi pedang para sahabat saja. pedang Rasulullah tidak dipamerkan. apabila saya bertanya dengan staff yang bertugas, pedang Rasulullah tidak berjaya dipinjam. buat pengetahuan, Rasulullah ada lebih kurang 6 pedang. tapi yang masih disimpan mungkin dalam 4 bilah. salah sebuah negara yg dikatakan menjaga pedang tersebut ialah Brunei. tapi tak dapat dipastikan kesahihannya. boleh check sendiri kot.







ini rambut Rasulullah. dikatakan rambut ini sentiasa memanjang dan pernah dipotong.

ini capal Rasulullah. masa nampak saja terus nak menangis. rasa rindu sangat dengan Rasulullah. besar capalnya. saiz macam 10 (kaki lelaki kot). 

ini serban Rasulullah. masa kami sampai di kotak kaca ni, bau harum sangat. bau badan. tak dapat nak gambarkan macam mana. tapi memang wangi harum semerbak. tapi masa kami tegur, nak cari semula bau ni kat mana, dah tak boleh jumpa dan dah tak bau. oh ya, baju Rasulullah tiada.

ini tapak kaki Rasulullah. dikatakan apabila Rasulullah memijak atas batu ni, batu melembutkan dirinya dan terhasillah bentuk tapak kaki. dan orang simpan untuk dijadikan kenangan. 


sebenarnya ada banyak lagi yang dipamerkan tapi kami tak berkesempatan nak mengambil semua gambar kerana ramai orang. bergilir-gilir nak ambil gambar. harap perkongsian ini bermanfaat. semoga suatu hari nanti kita berkesempatan untuk menziarah Makam Rasulullah SAW. insha Allah.


Sekian, terima kasih. 

No comments: