TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

27 Oct 2017

29 Kenangan Semasa Kecil Sempena Umur 29 Tahun

Assalam wbt

Kenangan masa kecil, latar masa ialah tahun 1994 hingga 2000.

Gambar ehsan google, basikal color merah


1) dulu pergi ke sekolah naik basikal. Basikal kak Arah color biru. Masa darjah 1 dan 2, dialah yg bonceng aku setiap pagi. Berat kot. Nasib baik dia gemuk masa kecik. Jadi kuatlah nak bawak. Dengan beg lagi. Hewhew. Pada awalnya, aku kena tolaklah basikal dari belakang bagi momentum... basikal ini aku dapat sempena dapat nombor 1 sekolah agama darjah 2. kiranya, start darjah 3 naik basikal sampai darjah 6. Main basikal lepas lepas tangan. Macam power gila ah. Haha. Buat rekod lah lepas tangan sejauh mana ke mana kan. Pastu gebang (berlagak) dekat kawan2. Kahkahkah. ada tak orang buat macam aku buat?





2) antara sekolah agama dan sekolah belah pagi (kebangsaan) kami ada masa dalam 1 jam.. aku tak balik rumah sebab jauh. Jadi, beg sekolah agama, aku tumpangkan ke dalam bakul basikal kakak aku. Dia bawakkan balik. Petang kang dia pergi sekolah naik motor kakak sulung(kak leha). Istilah tak balik rumah ialah "terusan" ... Dan bawaklah bekal dari pagi kau tau tak.. dah sejuk.. tapi aku jenis tak memilih. So aku makan aje... Lauk yg mak aku selalu bawakkan ialah nasi lauk telur plus kicap. Kenyang dah cukup... Alhamdulillah. 

Ada juga orang ejek sebab tak mandi sebelum ke sekolah agama dan makan makanan yang sudah sejuk.. Tapi aku buat tak tahu saja. Kadang-kadang kalau ada duit lebih, abah belikan daging lembu lalu mak masakkan daging masak ungkep. Nanti mak hantar waktu tengah hari. Masa itu, makanan memang rasa heaven sangat2! makan seberapa banyak yang boleh! kenyang gila oi! Oh ya, bungkusan nasi yang padat dibuat oleh mak aku adalah makanan yang paling enak aku rasa. sampai dah umur suku dekad ini aku tetap suka nak makan. air tangan mak adalah yang terbaik! 


3) petang-petang main dgn kawan-kawan.. paling best "lomban" parit. Istilah lomban maknanya main air parit. Kat johor banyak parit kan. Habis berenang dalam tu. Aku main kat gigi parit je. Tapi kantoi kena jugak sedas rotan drp abah. Haha. Nanti malam-malam abah calit air liur abah di dahi kami. itu tandanya abah minta maaf dan abah kasihan dengan kami. Oh ya, tiada konsep letak minyak pada tempat kena pukul seperti dalam tv. Menipu semua itu! Biar pulih sendiri saja. Hehe

4) bila balik sekolah, atau weekend main apa? Main rounders, baling selipar, baling tin, main sembunyi-sembunyi (hide and seek), main pepatung, main ting ting, main masak-masak, main galah panjang, konda kondi, guli, baling getah, main getah yg sape lagi tinggi dia menang tu, main jambatan sudah roboh, datuk harimau, aiskrim soda pepsi cola, main pijak bayang-bayang, dll. best gilo. kami main dengan jiran sebelah, nama dia Hidayah Toha dan Farena Toha. sekarang depa dua pun dah ada anak masing-masing. hehe. Teringat masa sekolah rendah suka main hide n seek. Jumpa hantu .. terus tak nak main dah. Hahaha




5) tengahari mesti ada uncle india jual roti. Roti paling famous is roti kacang. Kak leha (kakak sulung kami) selalu tipu kata inti kacang merah tu ialah tahi telinga uncle tu. Dua tiga tahun juga aku tertipu, (kurang asam kakak aku ni hahaha) lelama aku dah tau aku dah tak bagi. Hehe. Tapi sebab kami suka sangat makan, duit pulak tak berapa banyak, kak leha selalu tipu yg uncle tu suka potong kepala budak. Haha. Jadi kami percaya, kami dah tak panggil.. oh ye, uncle roti tu yg bawak roti dan jajan banyak-banyak naik motor.. susah nak jumpa skarang..


6) kalau abah kat rumah, jangan tengok tv saja nanti kena marah. Sampai sanggup buat-buat tidur bila abah balik rumah. Hadehai... Takut kene rotan. Kalau dengar bunyi motor abah dari jauh, beriya kitorang letak towel kat atas tv (dulu-dulu tv jenis CRT cepat panas, bontot besar). Jadi kami letak towel supaya serap haba dan kipas-kipas tv biar tak panas, biar takde bukti tengok tv. hahaa. Lepas itu, parkirnya motor abah dan nak masuk rumah, kami buat-buat tidur. Haha. Teruk betul. 


rotan buluh


7) rotan abah drp buluh. Abah cat warna hitam. Gantung aje kat depan tempat kami jadual buku2.. jadi bila nampak tu cuak lah sket. Rupa-rupanya gantung rotan ini adalah sunnah.. baru tahu bila dah besar. Carilah ceramah nye. Aku tak ingat dengar drp ustaz yg mana.




8) makan dgn abah, jangan nak bising-bising nanti abah simbah dgn sambal.. simbah kat kepala kottt.. hamek kau...! Pedas pijar dia memang tak boleh bayangkanlah. nangis air mata darah sekali pun, berlaparlah kau sampai waktu makan seterusnya. Abah mak ajar, hidup kena selalu bersyukur dengan makanan yg kita ada. Jadi sampai sekarang, aku jarang atau hampir tiada komen kalau makanan tak sedap, aku makan saja. yang penting kalau nak komen lepas dah habis makan. Kalau aku komen jugak maknanya makanan itu memang tak boleh diterima langsung oleh anak tekak. hohoho... teruk sangat gamaknya. hehe. 




9) makan dulu masa sesusah.. "punten" dengan sayur paku pakis. Kami panggil sayur lah. Padahal takde klorofil, ada spora aje. Haha... Punten ialah istilah beras campur santan kelapa, tapi bukan nasi lemak. Not bad. Sedap juga. Berbulan-bulan makan sebab nak jimat duit. Last-last adik aku tak tahan muntah2 makan bende yg sama aje. Sejak daripada itu, abah usaha lebih keras utk tambah pendapatan dan alhamdulillah takde dah makan camtu. Dulu sangking (read : semata2) nak cari paku pakis, kami siap pergi ke kebun2 bawak plastik merah yg besar gabak tu, petik setiap sorang, sape paling banyak boleh menang. Haha. 



10) dulu selalu tolong "bangkit" maksud dia, tolong kutip getah. Mak aku noreh getah masa tu. Jadi seawal 5 tahun aku dah tolong kutip getah. Nanti bila dapat upah, mak aku bagilah dalam RM1 - RM10, supaya jadi pemangkin semangat. Mak cakap, kalau teringin nak beli apa-apa, belajar pandai-pandai dari kecil supaya senang di kemudian hari. oh ya, pengalaman jumpa "benda-benda" pun banyak tetapi depa tak kacau pun. Tegur tegur je kot.. yela kebanyakan kebun getah kat ceruk2 kampung. aku masih tolong mak sampai aku masuk universiti. Apabila kakak aku dah start kerja, pokok getah pun ditebang, jadi mak pun berhenti jadi penoreh getah.


Dulu, masa zaman aku kecil, orang istilahkan kesusahan seseorang apabila mak dia penoreh getah dan abah dia security guard. dan aku adalah salah seorang daripadanya tetapi aku bangga dengan mak abah aku!

11) kenangan buat pelita.. best sangatlah ni... Kutip2 tin. Nantilah aku share kan diy buat pelita.. sebab kami tak mampu, guna tin aje lah. Jimat sangat ! Haha

12) setiap ramadan, baca quran / tadarus beramai2.. setiap hari bahagi-bahagikan setiap orang berapa muka surat macaam itu. Pada hari terakhir ramadan, abah akan bacakan doa khatam quran. Tapi sampai nangis-nangis jugak lah dulu sbb aku selalu tolong baca lebih sikit haha.

13) Pada awalnya, Abah mengajar kami membaca quran tapi disebabkan abah asyik marah-marah apabila tajwid dan makhraj kami salah, kami jadi fed up. Mak cakap intonasi kami baca macam orang somalia. Haha.. sentap. Nangissss... At last mak yang mengajar kami sampai khatam AlQuran 30 juzuk. hehe. Tapi abah selalu juga betulkan bacaan kami dari jauh




14) abah amalkan sistem baca sifir.. setiap seminggu satu sifir.. dua darab satu, dua.. bla bla bla.. baca tasmik depan abah.. hihi. Simple task walaupun rasa susah, Alhamdulillah aku boleh hafal. Masa itu, baca sifir guna buku latihan sekolah.

15) abah suruh kami amalkan seminggu 3 words english. Yang ni kami tak amalkan. itu yg english pun ke laut, berterabur. Kehkeh

16) Kami ada sistem jadual tutup tingkap sebab selalu rasa tak adil. Pengiraannya begini, Isnin Rabu Jumaat giliran aku. Selasa Khamis Sabtu giliran Kak Arah. Ahad pula giliran bersama.. Lawak juga bila difikirkan kembali tetapi memang perlu buat sebab tingkap di rumah kami agak banyak. Kalau tingkap nako saja ada dlm 10. Tingkap daun kayu pula ada 15 kot. Kadang-kadang sampai buat konsep siapa dapat tutup tingkap lebih banyak, dia yang menang! haaha...

17) mak aku macam kebanyakan mak. Baru pukul 5 petang tapi dah cakap pukul 6 petang. Over tak tambahnya?? Haha.. jadi kita kelam kabut... Lelama dah tau taktik mak, kita buat selambe aje.. hehe...

18) mak ajar jam analog sejak aku berumur 3 - 4 tahun. Masa aku 6 tahun aku siap boleh cakap, sekarang pukul 11 suku. Pukul 9 kurang 5 minit... Cikgu tadika aku pun kagum.. haha. Sebab mak aku style tengok jam camtu. Terikut-ikut macam orang arab baca jam. Hehe.

19) dari kecil kami sudah diajar belajar membaca. Umur aku 4 tahun Alhamdulillah sudah lancar membaca, berkat usaha mak dan Kak Leha sebab tak jemu-jemu mengajar. Eh adik beradik aku pun sama. Apa yg aku baca setiap hari? Surat jemputan kahwin. Hahahahahahahah... Mak aku cakap baca je apa-apa... Sudahhhh, itu yang aku hafal sangat intipati surat jemputan kahwin dengan tazkirah tv 

("barang siapa pergi ke masjid, di waktu pagi dan petang, maka Allah menyediakan baginya, suatu hidangan yang istimewa, yang lazimnya untuk tamu-tamu agung di Jannah", hadith riwayat Albukhari dan Muslim)

20) masa aku sekolah tadika, abah yang menghantar aku  ke Tadika Parit Jayus dengan menaiki motor. Pukul 7 pagi sudah terpacak depan sekolah, duduk tepi titi sekolah, sudahlah sekolah sebelah kubur. berani betul. Yelah, dulu-dulu tiada kes penculikan kanak-kanak.. huhu.. tengahari mak jemput naik basikal besar dengan membuncing adik kami, Eno masa itu berumur 1 tahun, dalam masa yang sama sarat mengandung (mengandungkan Oji, adik bongsu kami) Perjalanan dalam 1.5 km kot. Sangat hebat mak! Kalau mak ada duit lebih, mak siap-siap belikan ais krim utk kami aku dan Eno. 

21) abah dulu sebab nak pisahkan aku tidur daripada mak, mula-mula abah belikan tilam. Tilam tu ada tulis A B C warna biru. Excited gile sangat terus boleh tidur sendiri. 

22) kemudian, cara abah nak pisahkan betul-betul tempat tidur anak-anak drp mak abah, abah beli katil tingkat. aku kat belah atas, Kak Arah belah bawah. Betul betul bawah lampu. entah macam mana masih boleh tidur nyenyak, sudahlah panas, silau pula. Haha... Bila mak kejut waktu pagi, terkejut terosssss terjun dari katil sampai sakit kaki. Bila aku masuk asrama, adik-adik aku take over katil, dan abah buat benda yang sama.




23) dulu masa zaman abah petik sendiri buah kelapa sawit, kami akan kutip biji2 yg berterabur. Setiap biji itu duit. Penat gila wey ! Kuantiti pokok adalah lebih 100 batang. Kutip satu satu masuk ke dalam baldi. Nanti combine boleh jadi macam dua tandan buah kelapa sawit.. tak ke bernilai??


24) bila dah selalu kena petik kelapa sawit ni, kena pastikan kebunnya bersih. Jadi abah dan mak buat sendiri lah broneng (bersihkan rumput dari batang kelapa sawit) ... Kami cabut pokok rumput yg tebal-tebal sampai kebas tangan. Kerja apa pun merungut tapi tetap tolong. Hehe

25) masa beraya, mesti beraya banyak tempat. Sebab nak duit raya. Boleh bikin duit saku. Sanggup naik basikal, lepas itu siap buat survey siapa bagi duit raya banyak, datang rumah orang itu, tak dapat duit raya tak payah pergi. (sama betul dengan situasi upin ipin. haha)

26) masa raya pertama dulu naik motor ramai-ramai. Motor ada dua buah sahaja, tapi ahli keluarga ada 7 orang, jadi berhimpit-himpit ke kampung atok. Sebelum bergerak, mak abah mesti masukkan selipar dalam bakul awal-awal lagi sebab kami selalu mengantuk masa jadi pembonceng! hehe.. bila dah tersengguk-sengguk teruk sampai nak terjatuh daripada motor baru terus segar bugar berdebar-debar ..

27) oh ya masa hujan.. bila naik basikal tiba-tiba hujan, mesti kena pakai kasut yg dibungkus plastik. Kepala bungkus plastik. Beg pun bungkus dengan plastik. Dulu tak mampu nak memiliki baju hujan. Abah aku kerja awal pagi jam 6. Jadi memang tak boleh hantar. Sampai saja di sekolah, habis basah kuyup satu badan. Masa itu, jealous bila lihat orang lain mak ayah dia hantarkan naik kereta. huhu

28) mak bela ayam kampung. ini antara makanan favorite kami sekeluarga! gulai ayam kampung ! Sedap hingga menjilat jari. Yang tak boleh blah, ayam-ayam mak memang manja. Mak kena masukkan sendiri ayam-ayam ke dalam reban. Hampeh tak...? lama-lama ayam-ayam pun dah lali dan mak senang nak tangkap.. hehe.. reban yg ada sekarang, asalnya aku yg tolong mak buat. Eh mak aku pandai bertukang wey. Bancuh simen pun pandai.. apatah lagi mengecat,.. serba serbi pandai

29) aku tak pernah jalan-jalan dgn family masa kecik. Yelah susah. first time jalan keluar johor adalah masa family belah mak aku bawak pergi tanjung bidara dan zoo melaka... jakun betul rasanya, kalau tak silap aku, masa itu umur 11 tahun.  adik beradik aku pun sama, kali pertama mereka keluar dari Johor adalah masa lawatan sekolah. hehe...tapi kami tetap excited.


Banyak sangat dah. Nanti nanti aku cerita lagi. Alhamdulillah atas segala nikmat yg diberikan.

syukur sangat, kalau abah masih hidup, abah nampak kami berjaya sekarang. terima kasih Mak Abah kerana mengajar kami banyak erti kehidupan.

24 Oct 2017

Tukar Tajuk di Microsoft Project 2010

Assalam wbt

How to change the titles in Ms Project 2010?
Bagaimana hendak menukar tajuk atau menu di Ms Project 2010?

Langkah pertama, klik tab "File" (Hujung sekali kiri - main tab ye)

Langkah kedua, sila pilih tab "Print"

Okay, Nampak tak page setup bawah tu ? sila klik "Page Setup"

 
 
Kemudian, pilih "header"
 
"Center" untuk menukar nama bahagian tengah
"Left" untuk menukar nama di bahagian kiri
 
Mahukan ruang jauh ke kiri / kanan, boleh buat "space" di keyboard banyak-banyak.
 
 


Okey, sekian terima kasih.

.................................................................................................

Pesanan penaja,
Yazid Yohani (PruBSN Wealth Advisor anda), 0172000349

22 Oct 2017

Muaz Textile Cawangan Shah Alam Kini Dibuka

Assalam wbt


Wah wah wah Muaz Tekstil yg ada jual blouse murah murah, jubah murah, shawl tudung murah dah ada kat Shah Alam ! Kami baru melawat kawasan tadi. Kedainya memiliki tiga tingkat, tingkat bawah tudung dan shawl. Tingkat satu blouse dan tingkat atas sekali jubah atau dress. Murah-murah. mur-mur kalau korang suka yang mur-mur boleh mai sini. Hehe. Kualiti not bad okay. 

Alamatnya:
Jalan Plumbum Q/7Q, Seksyen 7, Shah Alam
Berhadapan dengan Bella Ammara cawangan seksyen 7 Shah Alam.
Hujung jalan betul.

Yg bestnya, material blouse jubah dress mereka ialah crepe, poly crepe ke, apa crepe ke saya tak pasti tapi bukan jenis kain murah sangatlah. Selesa pun selesa. Nak borong baju pun boleh. Oh ya, sebab kedai ini baru dibuka, ada kerja kosong juga. Cubalah !

Lepas ini tak perlu jalan jauh2 sampai ke klang (berdekatan dgn GM klang) atau masjid jamek. Horrey. Kedai lain yg kami tunggu2 sekarang ialah kedai eco ! Hehehe...


Gambar baju tiada pula kita ambil. Datang sendiri ke kedai okay? Terima kasih

19 Oct 2017

PRU Warisan atau Hibah dalam Prudential

Assalam wbt

Pru BSN Warisan / Hibah. Apabenda ni?
.
Hibah dlm bahasa indahnya ialah hadiah kpd insan yg kita kasihi.
.
Hibah dlm bahasa pasarnya ialah memperoleh manfaat pampasan kematian.
.
Hibah adalah salah satu cara bagaimana untuk memastikan keluarga yang ditinggalkan dapat menyelesaikan masalah berikut:
.
✅ Bantuan kewangan terus kepada waris yang dihibahkan tanpa perlu memohon Surat Kuasa Mentadbir
.
✅ Menebus bahagian faraid kepada yang hak. Contohnya sebuah rumah yang ditinggalkan simati perlu difaraidkan. Melalui hibah yang disediakan, keluarga yang ditinggalkan tidak perlu untuk menjual rumah tersebut dan dapat menebus bahagian waris yang menuntut hak.
.
✅ Melangsaikan hutang simati (kereta, loan dll), menanggung kos tuntutan harta pusaka / guaman dan menanggung kos kehidupan sementara menunggu selesai tuntutan (e.g epf, tabung haji, asb loan dll)
.
#pruBSNwarisan adalah penyelesaian terbaik kerana menyediakan hibah dengan jumlah yg tinggi tanpa perlu melakukan pemeriksaan perubatan, dgn hanya perlu commit selama 5, 10 atau full term.
.
Saya dan anda memilih.
.



18 Oct 2017

Koleksi Lawak Kampus

Assalam wbt

Mari lihat koleksi lawak kampus saya. Mula membaca sejak 2009.


.....,...........................................................................................................................

Pesanan penaja, 
Sokong IG saya, zhulian_chua

15 Oct 2017

Rancangan Agrotek RTM TV1

Assalam wbt

Saya nak review sebuah rancangan yg sangat bagus yg disiarkan di tv1 RTM iaitu rancangan Agrotek. Ianya bersiaran pada pukul 6 petang setiap hari Ahad. Rancangan ini memaparkan apa-apa usaha pertanian, perladangan, peternakan, pendek kata usaha asas tani syarikat SME (small medium enterprises). Sangat bagus kerana memberi pendekatan mepada penonton tentang keberadaan bisnes seperti ini di Malaysia.

Di samping menambah maklumat dan pengetahuan, ia juga memberi idea kepada kalangan individu yg berminat untuk menceburkan bidang tersebut. Sebagai contoh ialah usaha membiakkan karang yg terdapat di Port Dickson. Perniagaan yg mulanya adalah satu hobi akhirnya menjadi sumber pendapatan. Jika ada sesiapa yg menonton rancangan ini dan berada berdekatan dengan tempat yg diceritakan, mungkin mereka boleh mencari kerja di sana. Siapa tahu? Malah, badan NGO yg terlibat juga boleh diketahui seperti Tekun, koperasi dll.

Saya puji rancangan ini 100%. Waktu setengah jam dirasakan sungguh sekejap. Semoga tv1 terus maju.



Sekian terima kasih.

….........................pesanan penaja..............................................................................


"Saya dan anda memilih"
PruBSN Wealth Advisor anda,
Yazid Yohani 0172000349

12 Oct 2017

Nasi Ngosek Warong Ambo TTDI Jaya, Selangor

Assalam wbt

Tadi makan tengah hari di Warong Ambo. Ramai juga pengunjung, perlu beratur ketika hendak membeli makanan atau hendak mencari tempat duduk.

Boleh juga buat delivery lunch ke office nanti. Minimum 10 bungkus, dan jarak office dalam lingkungan 10km sahaja.

Boleh open order bila rasa rasa teringin nanti. 

Nampak tak nasi ngosek kt dinding? RM5.50 sahaja. Nasi dan lauk cukuplah untuk makan tengah hari. Air coway sudah memadai, free saja. Air yg terkenal kat sini, air biadara dan air teh madu. Sedap ! 👍👍

Makanan ada banyak lagi menu. Semua terpampang di dinding. Mungkin boleh lawat instagram di warong__ambo (underscore dua kali okey)

Nah. Menu lazat puding raja. Nama pun sudah agak mahal harganya, RM10! Sedap betul , tak puas rasanya makan seorang. Ada juga kuih2 lain. Marilah datang makan lunch di sini.

Lokasi warong ambo, utk yg familiar dengan ttdi jaya, dari arah giant, anda akan nampak petronas kat sebelah kanan kan? Ada simpang empat traffic light kat situ kan? Okay, belok kanan tu, terusssss sahaja hingga anda jumpa deretan kedai. Warong ambo terletak sebelah paling kanan deretan itu. 

Sekian terima kasih. 


10 Oct 2017

Petua Tak Nak Hujan Waktu Majlis Perkahwinan

Assalam wbt

Baca tajuk pun rasa nak tergelak ye tak?

Sekarang musim majlis kahwin semula. Musim hujan pula tidak kira hari bulan. Bulan oktober bukan musim tengkujuh. Boleh jadi, januari juga musim tengkujuh. Ini semua kerana pemanasan global. Ececeh.

Okay, kalau orang jawa ada petua supaya tidak hujan ketika majlis persandingan or pernikahan. Apa petuanya? Kata mak aku, hamparkan / campakkan baju di atas bumbung rumah. Bukan baju sembarangannya tetapi baju bakal pengantin itu sendiri. Pastikan baju yg belum dibasuh.

Seriously, mak aku suruh je buat masa majlis kahwin dulu. Alhamdulillah memang cerah terang benderang. Yg tak best nya, baju yg aku pakai yg dihamparkan ke atas bumbung (read : zink rumah kampung) dah luntur warnanya, jadi tak pernah pakai lepas drp itu.

Boleh cuba petua selagi tidak melanggar hukum syarak dan tak jatuh aqidah, bermaksud tidak terlalu taksub dengan petua. Tak gitu??







Gambar hiasan sahaja. Oh ye, kata orang jawa dulu2, kalau hari dia berkahwin / bersanding adalah waktu hujan, maknanya pernah makan dalam periuklah tu (sepatutnya makan guna pinggan kan?) Okay, petua ini dilihat hanya untuk menakut-nakutkan anak2 supaya tidak makan di periuk / kuali kerana perbuatan tersebut tidak sopan.

Okey itu saja hari ini. Terima kasih.

8 Oct 2017

Budaya Membaca Al Quran - 1 Juzuk 1 Minggu (OWOJ)

Assalam wbt

Budaya membaca Al Quran sangat dituntut di dalam Islam. Membaca, memahami dan menghayati adalah perlu. Berapa ramai orang scroll facebook setiap hari tetapi tidak membaca Al Quran? Atau budaya membaca sudah menjadi adat iaitu hanya rajin membaca Al Quran jika tiba Ramadan atau mungkin ketika susah?

Saya ada mengikuti sebuah program 1W1J iaitu one week one juzuk. Ianya dianjurkan oleh orang perseorangan yg asasnya daripada mana saya tak pasti tapi kesannya baik jadi why not haa... 😀 Saya dapat tahu drp keluarga mertua.

Asasnya begini, kumpulkan 30 orang dalam satu kumpulan. Medium adalah whatsapp. Admin akan "add group" 30 orang ini. Mukadimah berkenalan sedikit sebanyak. Dan proses membaca Al Quran dimulakan secara rawak. Maksud saya rawak ialah aturan juzuk yg diperoleh pada minggu pertama, contoh saya dapat juzuk ke5 untuk minggu pertama. Selesai semua orang selesai juzuk masing2 minggu ini, admin akan update juzuk seterusnya, jadi saya teruskan juzuk 6, juzuk 7 ----> juzuk 30, juzuk 1... dan sehingga selesai kembali ke juzuk 4. (Sebab saya mula juzuk 5 tadi).

Tiada istilah untung atau rugi sebab bermula daripada juzuk bukan 1. Objektif asal ialah membudayakan Al Quran. Di sini saya ucapkan Syabas kepada Majlis Agama Negeri Melaka sebab banyak mengadakan program membudayakan Al Quran.

Jika ada sesiapa mahu memulakan perkara yg baik ini, boleh hubungi saya 0176806258. Supaya saya boleh share doa doa dan ayat-ayat, dan cara melaksanakan.



Sesiapa yang belum ada Al-Quran Tafsir, boleh dapatkannya di Shopee okay, RM45 sahaja.

Al-Quran Humaira
 

Sekian terima kasih. 


7 Oct 2017

Troli Budak-Budak untuk Nasuha

Assalam wbt

Aku sudah lama mencari troli saiz budak 0-2 tahun untuk Nasuha. Memang susah nak dijumpai. Kat Lazada ada juga tapi datang dengan barang-barang lain, aku kalau boleh nak troli sahaja. Sudah banyak sangat mainan di rumah.

Kami beli troli Nasuha di Tesco Extra Bulatan Shah Alam, aku agak Tesco Seksyen 15. Kurang pasti di situ. Ada kedai "big toys" kalau tak silap, bertentangan dengan atm atau JM beriani. Harga RM15.90. Di Lazada, harga RM29.80 termasuk kitchen set atau fruit set tapi kami dah bantak sangat mainan di rumah, jadi tak perlu beli lagi.


Nasuha boleh main tarik tolak, saiz kecil sahaja. 

Nah kalau di Lazada, boleh google "trolley" memang ada. Tapi kalau ada pilihan why not haaa.. 

6 Oct 2017

Daftar Unit Trust dengan Kenanga Syariah Growth Fund Melalui Wang KWSP

Assalam wbt.

Saya selalu terfikir untuk membuat investment unit trust. teragak-agak nak buat yang mana satu. setelah bertanya sedikit sebanyak. salah satunya adalah Kenanga Syariah Growth Fund.

okay, aku pilih sebab mahukan lebih banyak pelaburan dalam akaun 1 KWSP. kalau hendak mengharapkan semata-mata pelaburan oleh pihak KWSP, mahu tak berganjak amounnya nanti. Yang penting cashless. yelah, mana nak ada duit hendak melabur? hehe

apa yang kita perlu lihat bila nak melabur ialah sharpe ratio iaitu consistency in return, not based on annual return.

wang pelaburan ini akan digandakan dan pada umur 55 tahun, baru boleh cash out, jadi cash, tak perlu masukkan semula dalam KWSP.

okay, then, nak kira berapa banyak pengeluaran wang daripada akaun 1 KWSP ialah berdasarkan table ini. jika cash, minimum RM1,000. kalau KWSP, rujuk sini.

sorry gambar kenanga. tapi ia applicable untuk semua.

kalkulator pengeluaran epf di sini
nak tau berapa banyak epf korang ? boleh juga google sahaja "epf statement". register terlebih dahulu okay? ini website epf  

Kalau nak berkenalan dengan Ejen Kenanga Syariah Growth Fund yg baik, boleh hubungi Puan Hajar (012-660 7955). oh ya, area shah alam, subang jaya, klang, petaling jaya, kelana jaya dan sekitarnya okay? kalau negeri lain tak berapa pasti,  

4 Oct 2017

Tempat Menarik Melaka ialah Kampung Morten

Assalam wbt

Kalau sebut-sebut Kampung Morten Melaka, rasanya ramai yg tahu. Yg tak tahu adalah, macam mana nak ke sana? Sebab kita selalu nampak pemandangan Kampung Morten ketika menaiki Melaka River Cruise. Masuk adalah percuma. Nah aku bagi rough peta.

Info 1
Info 2
Ini peta yang aku tulis sendiri. H itu simbol Hospital Melaka. Ada jumpa traffic light 4 simpang yang sangat besar. terus je sampai jumpa traffic light 4 simpang lagi. belok ke kanan. kalau terus, anda boleh nampak Melaka River Cruise Station.

then, ikut peta lah kan.. boleh nampak dah Signage Kampung Morten.

kami masuk, tiada parking khas untuk orang luar. tapi aku rasa tak boleh parking terlalu lama, sebab adat menumpang kan? jalan-jalan agak sempit, tambahan pula jika ada majlis kenduri kahwin. 

Villa Sentosa ialah The Living Museum. Boleh baca details di Link 1 dan Link 2 seperti di atas. Kami tak sempat nak tanya banyak. hehe

Di belakang ini, rumah Melaka paling glamour. ada juga tuan rumah, tapi kami pun tak sempat nak tanya-tanya banyak. datanglah free sahaja. 



Boleh nampak bangunan pink tu, sebelah dia, ada hospital Pantai Melaka. kalau anda familiar dengan jalan-jalan bandar hilir, kat belakang Hospital Pantai Melaka, actually ada parking kereta. tak banyak tapi ada. jambatan ini yang menyambungkan ke Kampung Morten. 

belakang inilah Villa Sentosa. boleh masuk tapi kami tak masuk. hehe. nanti bila Naqib Nasuha dah besar baru kami mendalami dengan lebih. nampak tak bangunan tinggi di belakang itu, itu adalah Hotel Swiss atau The Shore (kalau tak silap namanya). boleh lihat pemandangan Melaka dan Kampung Morten dari bahagian atas. Belum ada rezeki nak ke sana. nanti ada duit lebih, kami naik sana pula :)

Okay, jalan-jalan percuma di Melaka berakhir dengan makan-makan di Pantai Kelebang. lain kali boleh berjalan lagi.