TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

17 Aug 2017

Review Bercuti di Gold Coast Morib, Selangor

Assalam wbt

Kami dapat percutian FREE di Morib. kos maybe dalam RM270. 2 hari 1 malam, termasuk pakej tiket masuk ke taman tema air untuk 2 orang dewasa dan 2 orang budak. bebudak bawah 110cm free. kalau actual masuk taman tema air, RM35 untuk dewasa. WEBSITE


check in pukul 3 petang. check out pukul 12 tengah hari.


jenis studio suite (ada dua katil)
 
bilik ini paling murah tapi ada jakuzi...siap ada tingkap yg menghubungkan bilik air dan katil. jadi sementara dak kecik main air, boleh tengok dari katil aje.

taman tema air tak besar sangat. tempat nak main air limited sebab ada kawasan yang dia tengah buat renovation. pesta buih pun kejap aje.. ada lah beberapa minit live band. tapi kejap aje lah. hehe... bangunan Gold Coast Morib besar juga.. luas...

boleh pakai sampai besok. janji jangan tanggalkanlah.. let say, pergi hari Sabtu, dah penat main air, masuk bilik, besok pagi ahad boleh main air lagi... oh ya kalau nak main air malam, kena tambah RM10...







 

Naqib suka benar main benda ni... siap terbalik balik lagi. hehe...


kat sini lah ada pesta buih tu...

 

RUMUSAN
1) bawa tempahan by email tu nanti tunjuk kat receptionist. senang sikit. ada deposit RM50. dipulangkan bila kita nak pulangkan kad bilik
2) kat taman tema air, boleh pakai baju apa-apa... tak perlu pakai swimming suit macam kat Sunway Lagoon... jadi senang sikit. oh ya. ada access ke Pantai Morib... tapi kami tak sempat nak pergi pula.
3) makanan (nasi nasi) susah gila nak dapat. yg ada kat dalam tempat ni, mahal sangat. haha.. pastu kedai / restoran berdekatan tu adalah sangat jauh .. jadi kena rancang perjalanan. dah la lampu jalan tak banyak...
4) kedai serbanika dorang bukak 23 jam kalau tak salah. ke 24 jam... jadi kira okey lah.. boleh juga beli Maggie kalau terdesak. hehe
5) waze aje morib gold coast, terus jumpa. senang sangat...
6) line internet agak slow di kawasan ini.
7) ada tv. ada aircond. ada water heater. ada kettle, ada iron. ada plug (2 sahaja)
8) parking lot banyak sangat. jangan risau tak dapat parking. parking free utk siapa yg bercuti kat situ. yg saje-saje datang tu aku tak pasti pulak.
9) free sarapan utk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. boleh makan daripada pukul 8 - 11 pagi
 
KOMEN TAK BEST AKU
1) bilik luas, tapi aircond tak kuat langsung. call receptionist, dia pass kan call kepada hotline maintenance. kita perlu cakap dengan pihak maintenance sendiri. tapi pihak maintenance tak angkat call pulak. call tak dapat aje, last2 terpaksa redha aje lah tak sejuk air cond. maybe kena servis kot
2) modem internet ada, tapi tak dinyatakan prosedur camne nak login / nak connect. bukan semua orang familiar camne nak buat.
3) takde nombor telefon pihak yg penting-penting. contoh, balai polis berdekatan, bomba berdekatan, hospital berdekatan, nombor orang maintenance hotel,.. maybe emergency tu dia expect kita google, or call 999.
4) tombol pintu dah pecah. kena hempas pintu kuat2 bila nak kunci. (bahaya betul sebab Naqib terbukak pintu.. ingatkan kita dah kunci rupa-rupanya sebab tombol tu dah pecah sikit, tak ketatlah pintu tu kan)
5) kawasan tepi tepi tempat taman tema air tu, yg bahagian simen-simen tepi longkang tu kan, banyak yg pecah-pecah. bahaya sikitlah untuk bebudak dan mak pak budak yg berjalan.. tak perasan ke camne luka tu,...
 
tu je sikit sebanyak review aku... moga bermanfaat. 


No comments: