TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

11 Oct 2023

Seloka Subuh itu Terjemahan Diri

Assalam wbt dan Hai,


SESUNGGUHNYA, SUBUH ITU TERJEMAHAN DIRI 

Jika subuhnya sentiasa dipelihara.
Tanda akan selamat dari neraka.

Jika subuhnya tiada dia tinggal.
Allah melindunginya dari aral.

Jika subuhnya didahului sunat.
Berganda isi dunia dia mendapat.

Jika subuhnya bergelapan ke musolla.
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.

Jika subuh ke cerah berwirid lagi.
Mendapat pahala umrah dan haji.

NAMUN...

Jika subuhnya tiada dijaga.
Pada wajahnya tiada cahaya.

Assalam wbt dan hai,


Jika subuhnya sengaja terlupa.
Tanda imannya tiada bernyawa.

Jika subuhnya terasa berat.
Tanda munafik sudah mendekat.

Jika subuh tiada dipeduli.
Tanda iman menghampiri mati.

Jika subuhnya tiada berjama’ah.
Tanda hidupnya akan hilang barakah.

Jika subuhnya tiada ke masjid.
Tanda imannya ada penyakit.

Jika subuhnya selalu terlewat.
Tanda imannya semakin cacat.

Jika subuhnya diakhir waktu.
Tanda iman semakin kelabu.

Jika subuhnya hari dah siang.
Tanda rezekinya sudah hilang.

Jika di subuh masih berdengkur.
Tanda syaitan memeluknya tidur.




6 Oct 2023

Kisah Mukjizat Rasulullah : Berteduh di Sepohon Pokok

Assalam wbt dan Hai,

Kisah Mukjizat Nabi : Bereteduh di Sepohon Pokok

Rombongan dagang dari Makkah baru sahaja tiba di Syam. Maisarah tidak segera masuk ke pasar. Dia pergi menziarahi seorang rahib Nasrani yang tinggal berdekatan bandar itu. Begitulah selalu apabila dia datang ke negeri asing itu. Sebelum pergi bertemu rahib berkenaan, terlebih dahulu Maisarah meminta kebenaran Nabi Muhammad SAW. Walaupun dia adalah petugas khas yang diwakilkan oleh majikannya untuk menemani dan membantu Nabi, Maisarah sangat memuliakan dan menghormati Nabi.

Dari jauh Maisarah melihat gereja rahib Nasrani yang ingin ditemuinya. Di situlah rahib itu beribadat. Apabila semakin dekat, Maisarah melihat sang rahib sedang berdiri di hadapan pintu biaranya. Kedatangan Maisarah disambut dengan senang hati.

"Dialah nabi umat ini," kata rahib Nasrani kepada Maisarah, sambil pandangannya dihalakan tepat ke satu arah.

Maisarah berpaling untuk melihat apakah yang diperhatikan oleh rahib Nasrani itu. Dia melihat Nabi Muhammad SAW sedang duduk berehat di bawah sepohon kayu tidak jauh dari situ.

"Tidak ada seorang pun yang duduk di bawah pohon itu melainkan dia seorang nabi," kata rahib Nasrani itu lagi.

"Kenapa tuan kata begitu?" tanya Maisarah inginkan kepastian. "Tentu sudah ramai orang yang selalu berteduh di bawah pohon itu."

"Tidakkah kamu perhatikan sewaktu ke mari tadi Adakah di situ memang ada sepohon
kayu?"

"Saya agak tergesa-gesa tadi. Tidak sempat memerhati keadaan sekitar," jawab Maisarah.

"Kamu tidak bertanya kepada teman-temanmu tentang pohon kayu itu?"

"Tidak terfikir pula begitu," jawab Maisarah.

"Kamu sudah pernah datang ke mari. Bagaimana keadaan pohon itu?" rahib Nasrani terus hendak menguji Maisarah.

"Sudah agak lama yang tidak datang ke sini. Saya tidak ingat lagi. Lagipun di sekitar ini banyak pohon kayu," jawab Maisarah.

"Baiklah," kata rahib Nasrani dengan lembut.
"Pergilah dahulu hantar temanmu itu ke pasar. Nanti kamu ke mari semula."

Maisarah pun meninggalkan rahib Nasrani itu. Dia menemani Nabi Muhammad SAW ke pasar untuk memulakan perniagaan.

Tidak lama kemudian Maisarah datang semula. Dia tertoleh-toleh mencari pohon kayu tempat Nabi berteduh tadi. Aneh, pokok tersebut sudah tidak ada di tempatnya.

"Ke mana perginya pokok itu?" soal Maisarah kepada rahib yang memerhatikannya. Rahib itu
hanya tersenyum.

Tahulah Maisarah yang di situ tidak pernah ada sebatang pokok pun. Bermakna, benarlah kata rahib Nasrani itu tadi.


Jom Selawat. 



Terima kasih. 

5 Oct 2023

Kisah Mukjizat Rasulullah: Pokok Menghadap Nabi

Assalam wbt,
Kisah Mukjizat Rasulullah: Pokok Datang Menghadap

Di Kota Makkah, ada seorang lelaki yang gagah perkasa bernama Rukanah bin Abdu. Setiap kali diadakan pertandingan beradu kekuatan, Rukanah pasti akan menang. Tidak ada siapa yang dapat mengalahkannya. suatu hari, Nabi Muhammad SAW bertemu Rukanah bin Abdu. Nabi mengajak Rukanah memeluk agama Islam. Tetapi Rukanah menolak. 

Dengan angkuh Rukanah berkata, "Kalau saya tahu apa yang kamu bawa ini benar, tentu saya akan mengikutimu."

"Bagaimana kalau saya berjaya mengalahkanmu? Mahukah kamu percaya kepada saya?" tanya Nabi Muhammad SAW.

"Baiklah, kalau kamu boleh menjatuhkan saya, saya akan mempercayaimu," balas Rukanah.

Dia yakin Nabi Muhammad SAW tidak akan mampu mengalahkannya. Namun ternyata Nabi bertindak lebih pantas daripada Rukanah. Belum sempat Rukanah membuat serangan, tangan Nabi Muhammad SAW lebih dahulu singgah di dadanya. Rukanah rebah terduduk. Dalam keadaan terpinga-pinga dia bangun kembali. Dia sungguh tidak menyangka Nabi SAW dapat menjatuhkannya dengan begitu mudah.

Rukanah tidak puas hati. Dia menyuruh Nabi Muhammad SAW memukulnya sekali lagi. Dia tidak akan menepis atau mengelak. Rukanah mahu menguji kekuatan pukulan Nabi. Oleh itu, dia hanya bertahan.

Nabi Muhammad SAW pun menghayun tangan Baginda ke dada Rukanah. Rukanah tertolak ke belakang sebelum rebah terduduk sekali lagi. Di dalam hatinya dia tertanya-tanya, bagaimana dia boleh dijatuhkan dengan begitu mudah? Rukanah sungguh tidak menyangka, orang yang dia fikir dapat dikalahkan rupa-rupanya memiliki kekuatan tenaga yang jauh lebih hebat daripada dirinya. Walhal sepanjang pengalamannya beradu tenaga, belum ada lagi orang yang dapat menandingi kehebatannya.

Sekarang rekod itu sudah pun dipecahkan oleh Nabi Muhammad SAW. Selama ini Rukanah memandang rendah kepada Nabi yang dilihatnya bersifat lemah lembut dan tenang. Tidak pernah dia melihat Nabi berwatak keras.

"Hairan sungguh. Bagaimana kamu dapat menjatuhkan saya?" Rukanah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, seperti tidak percaya dengan kekalahannya.

"Ada lagi yang lebih ajaib, Nabi Muhammad SAW memberita Rukanah. "Kalau kamu mahu takut kepada Allah dan mengikut perintah saya, saya boleh tunjukkan."

"Apa dia?" soal Rukanah.

"Saya boleh panggil pohon itu, dan ia akan datang kepada saya," kata Nabi.

"Cubalah panggil, saya mahu lihat."

Nabi SAW memanggil sebatang pokok yang ada di situ. Tidak terfikir oleh Rukanah bahawa pokok itu boleh terbokeh dengan sangat mudah. Kemudian pokok itu bergerak mendekati Nabi. Pokok itu berdiri tegak di hadapan Nabi SAW, seolah-olah sedang menunggu perintah daripada Baginda.

Tercengang-cengang Rukanah bin Abd Seperti tidak percaya, dia melihat pokok boleh berjalan. Pokok itu pergi menghadap Nabi SAW kemudian kembali semula ke tempat asal dengan perintah Nabi. Akar-akarnya yang berselirat di atas tanah menyerap masuk ke dalam tanah semula. Tegaplah kembali pokok itu di situ.

Allah SWT berkuasa menjadikan apa sahaja yang Dia kehendaki. Allah memuliakan Nabi Muhammad SAW dengan mukjizat yang luar biasa bagi menundukkan musuh-musuh Baginda.




Sekian, terima kasih. 


6 Sept 2023

Mukjizat Rasulullah (Bahagian 2): Dipayungi Lelaki Misteri

Assalam wbt,

Hari ini kita sambung Sirah Rasulullah Bahagian 2, Dipayungi Lelaki Misteri

Khadijah binti Khuwailid ialah ahli perniagaan Makkah yang terkenal. Khadijah memiliki harta kekayaan yang banyak. Selain harta kekayaan yang diperolehi hasil usahanya sendiri, dia mewarisi kekayaan yang ditinggalkan oleh suaminya yang sudah meninggal dunia.

Seperti kebiasaan apabila tiba musim berniaga ke luar Makkah, para pedagang dan saudagar Makkah akan mengupah petugas yang diyakini bagi membawa serta menjual barang-barang mereka. Begitu jugalah dengan Khadijah binti Khuwailid. Dia sangat berbesar hati apabila Abu Talib menawarkan anak saudaranya (Nabi Muhammad SAW) untuk membawa barang-barang dagangannya.

Khadijah tidak berfikir panjang lagi. Memang dia sangat memerlukan orang yang jujur, baik budi pekerti dan amanah seperti anak saudara Abu Talib itu.

Bagi memudahkan urusan perjalanan dan di tempat berniaga, Khadijah menugaskan seorang pembantu khas yang bernama Maisarah ikut serta bersama rombongan dagang itu. Antara tugas Maisarah ialah menguruskan makan minum, tempat rehat dan keselamatan sepanjang perjalanan.

Apabila hari semakin panas, anggota rombongan lain yang bergerak bersama mereka mula menunjukkan tanda-tanda keletihan. Tetapi keadaan Nabi Muhammad SAW tidak pula begitu. Baginda tenang sahaja, sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan. Malah Baginda lebih kuat dan bertenaga berbanding anggota rombongan yang lain. Wajah Baginda tidak berpeluh, sebaliknya bersih dan sentiasa berseri dengan senyuman. Maisarah berasa hairan melihat keadaan Nabi Muhammad SAW.

Ketika leka memikirkan keanehan yang disaksikannya itu, Maisarah dikejutkan dengan satu lagi kejadian yang tidak masuk akal. Maisarah jadi bertambah hairan. Dia bertanya kepada orang lain, adakah mereka juga nampak apa yang dia nampak.

"Tidak. Kami tidak nampak apa-apa pun," jawab mereka. "Jangan-jangan kamu berkhayal?" tambah mereka lagi.

"Tidak. Saya tidak berkhayal. Memang saya nampak jelas dengan sepasang mata saya ini," balas Maisarah dengan bersungguh-sungguh.

Keesokan harinya, Maisarah melihat lagi perkara yang sama. Dia melihat dua orang lelaki melindungi Nabi Muhammad SAW daripada panas matahari. Mereka berada di kiri dan kanan Nabi. Anehnya, kaki kedua-dua lelaki itu tidak mencecah bumi. Menjelang petang, apabila cuaca sudah tidak lagi panas, kedua-dua lelaki itu tidak lagi kelihatan.

Pada keesokan harinya, dua orang lelaki yang tidak dikenali itu muncul lagi. Mereka terus melindungi Nabi daripada panas matahari. Maisarah menyaksikan kejadian pelik itu selama tiga hari. Dia mahu bertanyakan hal itu kepada Nabi Muhammad SAW, tetapi apabila berhadapan dengan Baginda, mulutnya seolah-olah terkunci.

Allah SWT memelihara dan melindungi kekasih-Nya sejak Nabi belum ditabalkan menjadi rasul secara rasmi. Semua kejadian aneh yang berlaku adalah tanda-tanda menunjukkan kehebatan dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.



Terima kasih. 

1 Sept 2023

Mukjizat Rasulullah SAW - Bahagian 1 : Bayi Luar Biasa

Assalam wbt dan Hai,

Bayi Luar Biasa

Aminah binti Wahab baru sahaja melahirkan seseorang bayi lelaki yang comel. Bapa mertuanya yang bernama bernama Abdul Mutalib ialah orang yang paling gembira dengan kelahiran itu. Abdul Mutalib menamakan cucu kesayangan itu Muhammad yang ertinya terpuji. 

Belum ada lagi orang Arab yang menamakan anak cucu mereka dengan nama Muhammad. Abdul Mutalib berharap apabila semua orang memanggil cucunya Muhammad (yang terpuji), mudah-mudahan suatu hari nanti cucunya akan mendapat kedudukan yang mulia dan terpuji, di sisi manusia lebih-lebih lagi di sisi Tuhan.

Abdul Mutalib tidak dapat bermanja lebih lama dengan cucunya. Bayi comel itu perlu diserahkan kepada ibu susuan. Begitulah tradisi orang-orang Arab yang menetap di Kota Mekah ketika itu. 

Mereka menyerahkan anak mereka kepada ibu susuan yang datang dari daerah pedalaman yang bersih dan segar udaranya. Tempat itu selalunya jauh dari Mekah. 

Suatu hari, datanglah beberapa orang wanita dari desa pedalaman ke Mekah untuk mencari bayi susuan. Mereka tidak mahu mengambil cucu Abdul Mutalib kerana bayi itu sudah tidak ada ayah dan mereka bimbang tidak mendapat upah yang setimpal. 

Seorang wanita yang miskin yang baik hati bernama Halimah tidak mendapat bayi susuan kerana terlambat tiba di Kota Mekah. Tiba-tiba untanya berlari ke arah sebuah rumah. Halimah dan suaminya mengejar unta itu. Ternyata unta itu pergi ke rumah Abdul Mutalib. Setibanya Halimah di sana, dia mendapat tahu Abdul Mutalib mempunyai cucu yang mencari ibu susuan. Sebaik sahaja Halimah melihat bayi itu, Halimah terus jatuh hati kepadanya. 

Halimah dan suamainya pulang membawa bayi bernama Muhammad. Apabila sampai di tempat unta ditambat, mereka terkejut tempat susu unta betina mereka dipenuhi susu. Walhal sebelumnya unta kurus itu langsung tidak ada susu. Sebelum itu pun Halimah sudah terkejut dan hairan. Susu badannya yang sedikit tiba-tiba menjadi banyak. Cukup untuk memberi minum bayi yang akan disusui nanti. 



Dalam perjalanan pulang ke kampungnya, Halimah dan suaminya menerima kejutan lain pula. Keldai yang Halimah naiki dan unta tunggangan suaminya seakan mendapat tenaga baru. Kedua-dua haiwan itu melangkah dengan pantas sekali. Tidak seperti semasa datang ke Kota Mekah. Tidak berapa lama kemudian, Halimah berjaya menjejaki rakan-rakannya yang pulang lebih awal. Malah Halimah pula yang mendahului mereka. 

Kehidupan keluarga Halimah semakin hari semakin makmur. Tanah yang kering-kontang bertukar menjadi subur. Rumput-rumput hijau untuk makanan ternakan tumbuh melata. Kambing-kambing ternakan Halimah menjadi gemuk dan mengeluarkan susu yang banyak. 

Ramai penternak melepaskan kambing-kambing mereka mencari makan di tempat makan kambing-kambing Halimah. Namun, kambing-kambing mereka tidak pula gembuk dan tidak mengeluarkan susu seperti kambing-kambing Halimah. 

Halimah menyedari semuanya berlaku berkat bayi yatim yang dipeliharanya. Bayi yatim itulah Nabi Muhammad SAW.

Jemput follow tiktok saya ye. www.tiktok.com/ferrero_ferrari

Terima kasih kepada yang rajin membaca.


23 Aug 2023

Makan Nasi Ayam Penyet dari Gerai Seksyen 18 depan Ole-Ole

Assalam wbt dan Hai,

Hari itu kami makan nasi ayam penyet yang gerainya terletak di parking lot depan Ole-Ole Seksyen 18. Kan korang ada nampak banyak-banyak gerai kat situ kan, okay kat situ lah gerainya. Sorry aku tak ingat nama tapi memang ada satu je gerai yang menjual ayam penyet. Harganya memang jujur aku cakap masih murah. Yelah mana nak dapat ayam penyet harga RM7, dengan ayam bukan ayam lama. Aku pilih ikan keli, ya ikan keli pun harganya RM7. Berbaloi sangat. Sambal pun jenis sambal-sambal lama, ala-ala jawa kampung mak aku, lagilah aku berminat. Nasi pun banyak juga cukup untuk aku yang makan banyak. Okay di sini boleh bayar dengan QR pay, sajalah bagitahu kot lah tak ada cash, tak payahlah nak risau banyak. 


Okay jemput makan.

Terima kasih. 

22 Aug 2023

Homebaker@Clover - Makan Cinnamon Roll di Radia Bukit Jelutong, Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Aku memang suka makan cinnamon roll di Homebaker Radia. Aku pilih yang original, just nice wey rasa manis dia. Aku tak suka yang ada topping sebab terasa bersalah kepada diri sendiri, makan gula banyak sangat. HAHA. okay yang original ini, harganya RM24 untuk 4 biji. Cuma masa aku beli kebetulan ada promo, jadi harganya RM21, ada diskaun 10%. Alhamdulillah. Aku bagi 2 biji kat budak office aku dan aku ambil 1 biji. 1 biji lagi aku beri pada bang Ajid lah. kesian dia kat rumah wfh. 

Masa order, cashier kat situ ada tanya nak panaskan ke taknak cinnamon roll ni? aku jawab okay, panaskan. Wah, jadi dia macam panas suam-suam kuku, membuatkan lagi sedaplah nak makan. Sedap sangat, memang boleh repeat banyak-banyak kali. Kalau korang nak beli online, ini link dia. Klik HOMEBAKER

Perisa Original


Sekian, terima kasih. 

21 Aug 2023

Makan Laksa Sarawak di Seni Patisserie, Radia Bukit Jelutong Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Hari itu waktu lunch aku makan di Seni Patisserie. First time makan di sini. Aku memilih makan menu Laksa Sarawak. Memang banyak portionnya, penuh semangkuk, menjadikan kuahnya pas-pas je untuk rasa laksa sarawak. Kuah macam blended gitu, tapi tak menyebabkan mi mengembang dan masih terasa sedap. Sambal laksa sarawak nampak sikit tapi sebenarnya cukup-cukup. Hehe. Boleh repeat order. Haa, yang jenuh sikit, kita perlu order dengan QR code tapi intenet tak berapa laju masatu. kikikiki

Laksa Sarawak

Nasi Goreng

Mi Kolok Sarawak

Harganya normal seperti restoran lain, dalam range RM15-RM20 untuk satu menu. Jemput datang, terima kasih. 

20 Aug 2023

Jalan-Jalan di HL Dragon Fruit Eco Farm, Sepang

Assalam wbt dan Hai,

Hari ini kami pergi ke HL Dragon Fruit Sepang. Betul-betul berada di Pekan Sepang, melepasi trafik light sempadan Negeri Sembilan-Selangor. Kalau korang google maps, mesti jumpa punya. Tempatnya ada parking free. Masuk-masuk saja boleh nampak restoran di bahagian kiri dan korang boleh tanya staff di situ, nak masuk kat mana. Atau korang nampak signboard toilet, haa pintu masuk kebun buah naga ada di situ. Mudah saja. Okay boleh bayar tiket dengan QR, jadi agak mudah juga. Tiket dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5, jadi jumlahnya RM30. 

Kebun agak luas juga, mungkin dalam setengah ekar. Aku rasa semuanya dari spesis yang sama iaitu yang warna ungu tu. Korang boleh petik tapi organizer akan kira based on berapa biji korang petik. Ya aku tak pasti berapa sebab kami tak petik pun, just tengok-tengok saja. Tak banyak tempat open untuk tengok kebun buah naga, jadi agak jakunlah. Kalau ada tempat yang masuk percuma, tak lakulah sini kan. HAHA. 



Harga masuk ialah RM10 untuk orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. 

wajib ambil gambar si sini sebab masuk Malaysia's Book of Record, ladang buah naga terbesar di Malaysia. Yang induk kebun maybe bukan di sini. 


Selepas kita balik dari kebun buah naga, kami pergi ke restoran terlebih dahulu. menu yang disajikan semua berasaskan buah naga. kalau nasi goreng itu, warnanya ungu. air-air semuanya pun ada buah naga, suprisingly sodap weh! HAHA. okay, yang kami beli ini, air dia ada asap-asap kan, siap ada aiskrim atas dia, harganya RM15.90. Kami actually nak smoothie tapi dah habis, tak apalah yang ini pun sodap! Kemudian kami beli teh buah naga atau dragon fruit tea, sedap masam-masam. Ada juga sambal buah naga, pastu kerepek buah naga dll tapi kami tak beli. kami makan fries je, haha kegemaran ramai. Oh ya, beli tiket RM30 tadi kan, dapat baucer untuk orang dewasa. 1 baucer berharga RM10 untuk pembelian RM30. Kiranya masa aku order tadi total RM32.40 gitulah, lepas guna baucer tinggal bayar RM22.40; bolehlah, sedap pun sedap. Untung jugak. Hehe

Meh aku nak share sikit pengalaman nengok pokok buah naga.


Mula-muka mereka tanam bersama-sama, banyak-banyak batang pokok buah naga pada satu tiang. Pokok buah naga macam pokok kaktus, berduri tajam, yang aku jangka memang boleh tahan kalau tiada air. Bila dah ada akar, baru boleh membesar sama-sama pokok-pokok ini. 


Kemudian, dalam banyak-banyak batang pokok buah naga, akan ada tumbuh buah naga di bahagian mana-mana pun, tak semestinya di pangkal ke, di hujung ke, di tengah ke. Ada yang berbuah dua biji pada satu batang, ada yang sebiji je, berdasarkan ketentuan Illahi. Memang bunganya cantik sis. 


Okay ini bunga yang makin matang ye. korang nampak yang hujung tajam tu kan, kalau tekan-tekan yang bahagian atas yang berat bukan bahagian bawah. jadi semakin nak ranum buah tu, dia akan tertolak ke bawah, ke bawah, sampai lah jadi buah naga yang kita nampak tu, yang jenis berlipat-lipat kulitnya tu kan. 


Okay korang nampak tak bahagian bawah tu, pokok-pokok gabungan tadi dah ada batang kayu tapi still tak kukuh nak duduk sebatang, jadi diikat pada tiang simen. Maka yang merimbun tadi bukanlah sebatang pokok je, tapi gabungan beberapa pokok. Lepas kita petik buah naga, akan panjang lagi batang tersebut. Kalau sudah layu, mereka akan cantas saja batang tadi dan akan tumbuh batang lain lagi. SUBHANALLAH, menarik gile!


Okay, kalau dah tak ada tempat nak pergi, mehlah datang sini. korang boleh buat ala-ala lawatan sekolah macam tadi masa kami pergi, ada sekumpulan orang dewasa rasanya ada company treats kot, pun datang sini dengan satu bas. Jadi, apa tunggu lagi, sila serbu. Sekian terima kasih.