Monday, 7 August 2017

Roti Canai Sedap Batu Tiga Shah Alam

Assalam wbt

Memang dah tak disangkal lagi, roti canai kat sini sedap gileeeeee wey.... kat mana? kat food court batu tiga Shah Alam. kat mana?

area Michelin batu tiga ada food court kan.. kat situ lah.. tepi jalan besar betul-betul... warung ni bersebelahan dgn kedai Capati Ji, dan kedai Ayam Penyet.. oh kedai Pakli ni takde nama... signboard dia kosong aje. putih bersih.. jadi obvious lah.. pekena dengan teh tarik pulak.. perghhh memang kombinasi thorrrbaik !!! sedap weyh... lembut betul roti canai dia. rangup dia pun sesuai..

menu favourite, roti canai, roti telur dan roti tampal.. harga tak mahal.. roti canai biasa dalam RM1.60 kot.. lupa.. tapi roti telur dan roti tampal RM2.00...

dibuka hari isnin - sabtu sahaja. ahad tutup.. jangan ngada-ngada nak ngidam hari ahad okey?

 
Sorry takde gambar roti canai sebab dah siap makan baru teringat nak share.. haha

No comments :