Monday, 21 August 2017

DIY Pelita Raya

Assalam wbt

Bila nak dekat Raya Aidil Adha, sengaja mahu mengimbau kembali kenangan kami masa kecil dahulu...

Walaupun dah lama, saje nak bercerita... Dedolu kami DIY pelita sendiri. masa ini, kami sekeluarga masih susah juga, pelita ni masuk dalam list kehendak bukan keperluan. Jadi, kami tak boleh beli tapi kami nak pasang pelita.

Mak bagi idea yang bernas macam beras... mak suruh DIY sendiri guna tin. apa yang kami perlukan,

1) tin kosong
2) dawai
3) kain batik (sikit je) yang dah tak dipakai
4) tenaga.
5) batang kayu untuk gantung pelita

Mula-mula kami berjalan sekeliling kampung dengan berbasikal. kami cari tin kosong. tin minuman tu aje. batang kayu pun ambil kat kebun getah sebelah rumah. kain batik untuk dijadikan sumbu, kita ambil yg mak dah tak guna. dawai pun pakai apa yg ada..

TARRAAAAA !!!!

No comments :