TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Nov 2020

Review Makan Lontong Bersambal Manis di Lontong Klang, Seksyen 7 Shah Alam

Assalam wbt dan Hi,

Selalunya memang dapat review berbintang-bintang di sini. Jadi kami cubalah nasib kalau-kalau ada tempat duduk pada waktu sarapan. Kami tiba dalam pukul 9 pagi, jadi masih ada lagi stok lontong pada hari itu. Lokasinya berada dekat di belakang stesen Shell Seksyen 7 atau Unisel. 

Yang menarik lontong di sini, dihiasi dengan telur rebus separuh, tiga keping tempe dan sebiji bergedil. Kuantiti just nice, memuatkan perut kami yang makan tidak banyak. Pelanggan memang ramai sampai kena beratur. Kami makan sambil ditemani penyanyi busker, jangan lupa bagi sekurang-kurangnya RM1 sebelum pulang. Dibuka seawal 745 pagi hingga pukul 11 pagi sahaja. Jadi siapa cepat dia dapat. 


Lontong Klang

Nasi Lemak

Sebaris dengan 99 Speedmart dan Mamak Hakim Seksyen 7 Unisel


Pada pendapat aku, sambal untuk lontong dan nasi lemak agak manis. Manis sangat. Untuk air teh tarik juga sangat manis. Hehe...Selamat datang penggemar makanan manis, dialu-alukan datang. Yang cut kemanisan setiap hari macam kami, bukan pilihan yang terbaik. Bagi aku, lontong mesti kena pedas, mungkin kerana kami orang Selatan. Lain orang, lain pilihannya. 

Sekian, terima kasih. 

29 Nov 2020

Nasi Lemak Sedap dan Roti Jala Sedap di Restoran Ubi Kayu Putra Height

Assalam wbt dan Hi,

Misi pencarian lontong sedap dan nasi lemak sedap diteruskan walaupun PKPB. Jadi kami singgah di Restoran Ubi Kayu yang terletak di Putra Height. Sebelum ini, Restoran Ubi Kayu ada dibuka di USJ 22 berdekatan dengan One City tetapi sudah ditutup. Jadi kami pergi di Putra Height. Kedudukannya agak strategik kerana betul-betul di depan trafik light simpang tiga, jadi confirm takkan sesat. Tapi still, korang bolehlah google jalannya, memang ada di internet. 

Font Ubi Kayu itu sendiri aku pun suka. Haha... adoyai

Nasi lemak, RM3.50 dengan telur mata.

Nasi lemak hijau yang sangat harum dan sedap. Kepedasan sambal just nice dan boleh dimakan tanpa mengalirkan air mata. Yeah. Kepuasan dirai. Setara dengan Nasi Lemak Lenggong. Kemudian, portion nasi lemak juga agak banyak, boleh berkongsi dua orang kalau korang jenis bukan pemakan yang banyak. Kalau korang sejenis makan banyak, tak cukuplah kot. 

Roti jala, RM3.

Roti jala nampak saja tiga keping itu sedikit, tetapi puas. ketebalannya memang memuaskan. Jadi sekeping pun sudah cukup kalau korang bukan pemakan yang banyak. Cuma kuahnya terlalu sedikit, mungkin boleh minta extra tetapi kami malu. hehe.. Karinya pun sedap.


Menu lain yang meletop kebabom di sini.
1. Lontong
2. Mee Jawa
3. Mee Kari

Dibuka seawal 8 pagi, kalau korang datang dalam pukul 11 pagi, insha Allah semua menu yang hot kebabom ini sudah habis. Yang tinggal hanyalah lauk makanan tengah hari. 


Okay selamat menjamu selera!


28 Nov 2020

Pengalaman Bercinta Masa Zaman Sekolah

Assalam wbt dan Hi,

Kalau orang cakap tentang pengalaman bercinta, aku juga ada pengalaman ada crush dan bercinta. Haha.


Crush yang pertama ialah masa zaman sekolah menengah rendah. Zaman sekolah perlu ada crush supaya kita rapat dengan kawan. Kalau ada crush lalu, boleh jadi gosip bercerita. Nak nak lagi kalau kita duduk di asrama ya. Haha. Masa itu aku suka cinta pandang pertama masa Tingkatan 1. Tapi memang kerana aku suka dia, aku kenal dengan dua kawan aku yang aku masih kawan sampai sekarang iaitu Atun (Radhiatun) dan Dyeng (Dyeng Juraidah Hanim). Sebenarnya budak itu atau namanya R*jh*n sudah ada girl friend tapi aku in denial. Kelakar sangat. But still aku confess for the first time, masa itu zaman convo sekolah menengah rendah, terus bergambar. Gambar itu aku dah lama koyak pun. 

Aku cuba-cuba couple kali pertama masa Tingkatan 2 dengan seorang budak nama dia Syahmi. Syahmi yang cuba memikat aku dulu, ya sama kelas dengan budak Atun dan Dyeng tadi. Dak Atun dan Dak Dyeng bagitahu aku supaya aku cuba saja terima. Hah, tapi dia ini psiko sikit. Over reacted. Dia sangguplah beli kaset "Rozana" dan walkman, bagi aku dengar. Lepastu bagi aku macam-macam. Kalau waktu weekend, dia akan selongkar meja aku dan pergi baca semua buku nota aku, nak tahu kalau-kalau aku tulis diari atau apa-apa. Hah tapi walaupun aku couple dengan Syahmi tapi kan aku suka R*jh*n kan. haha. Kelakar. So Si Syahmi jumpa aku tulis main kira-kira peratus nama dengan pasangan dalam buku aku, dan kantoi dan aku pun cuba nak clash tapi Syahmi taknak, lama-lama gaduh punya gaduh aku dapat keluar daripada cengkaman dia. 😅Sebenarnya Syahmi baik, pandai, anak yang baik, cuma aku saja yang tak suka. Kemudian, nak jadi cerita, sekolah menengah atas, sama sekolah dengan dan kat universiti pun sama dengan dia. Hmm cuma sekarang ini, Syahmi sudah kembali ke Rahmatullah sebab menghidap kanser. Sebelum dia jatuh sakit, aku sempat jumpa dia di KL Sentral, rupa-rupanya itu kali terakhir aku berborak dengan dia, dan aku pun lupa nak ambil gambar dengan dia masa itu. Al-Fatihah (dibaca). 

Crush kedua aku ialah H*zr*n, masa Tingkatan 4. Okay yang ini aku kenal sebab aku jadi budak Koop sekolah. Koop itu ialah Koperasi sekolah. Aku suka sebab dia kelakar tapi yang ini aku memang bodoh-bodoh alang! Aku memang obvious tunjuk yang aku suka budak ini. Agaknya sama psiko macam dak Syahmi tadi. Kihkih. Budak ini nampak suka kat aku tapi dia malu nak mengaku, so apa yang dia buat, dia selalu buat-buat main tarik tali dengan aku. Gaya macam suka, tapi sebenarnya tak, gaya macam tak suka, tapi sebenarnya ya. Pening aku dengan dia. Kerana aku ada crush ini juga, aku rapat dengan beberapa orang iaitu Tim (Shatima), Tiqah (Atiqah), E (Imani), Dibah (Adibah) dan Zati (Zati Iwani). Sebenarnya penting sangat ada crush masa zaman sekolah, nampak tak? Kau boleh gosip, boleh borak-borak dll. Masa aku kerja, aku jumpa semula dengan budak ini tapi masa itu tinggal seminggu lagi aku nak kahwin dengan Bang Ajid, dan dia nak kahwin dengan pasangan dia. So memang tiada jodoh. Hah gitu... 

Couple aku kedua masa Foundation zaman universiti. Nama dia Sy*f*q, sama jurusan dengan aku. Aku cuba-cuba bercinta juga dengan dia. Budak ini sejenis psiko obses macam Syahmi jugak. Haha. Jadi dia memang tak suka kalau aku sengih-sengih bergembira dengan lelaki lain. Mesti nak mesej kecemuburuan. Memang selalu gaduh sebab umur pun baru 19 tahun. Masa itu dia memang serious sangat yang setiap bulan dah kumpul RM500 - RM1000 sebulan sebab nak kahwin awal. Oh, aku tak terfikir lagi oi. At last, dia mintak clash dengan aku sebab dia nak couple dengan adik angkatnya yang memang memberi kasih sayang tak berbelah bagi sejak Tingkatan 4. Sudah kahwin pun sekarang, anak tiga orang. Good for him.

Couple aku ketiga masa first year second semester. Nama dia M*td*n (Hafizuddin). Hah yang ini pun aku suka gila kat dia. Haha tapi nasib baik dia yang memikat dahulu kalau tak, mahu malu juga. Kenal sebab buat aktiviti subjek sama-sama walaupun lain jurusan. Orangnya hensem dan asal dari Kedah. Dia memang tak berapa cerita pasal keluarga dia, aku je yang selalu tanya. Dia selalu ajak dating tapi aku taknak sebab aku malu dengan kawan-kawan. Bukan malu ada dia sebagai boyfriend cuma malu sebab couple. Dan akhirnya dia mintak clash dengan aku, dengan alasan aku terlalu baik. Lepas beberapa hari aku dapat tahu yang dia couple dengan budak jurusan dia juga, sudah kahwin pun sekarang. Good for him. Masa aku clash dengan budak ini, aku frust gila betul eh sampai aku terpaksa bakar semua pemberian dia sebab aku nak lupakan, baca surah Yaasin tiap hari, okay yang ini kelakar. Hahahahahaa.. Apo tak matang!

Lepas daripada semua ini, aku dah tak couple tapi banyak crush. BANYAK! Haha... Seronok sangat sebab aku banyak dapat makanan dan hadiah percuma, tiba-tiba aje sampai delivery kat bawah, tiba-tiba aje ada orang jerit-jerit nama aku time aku lalu kat kaki lima, tiba-tiba aje ada budak tahu bilik aku tingkap yang mana kat kolej kediaman, tiba-tiba aje ramai follower dan tegur kat bangunan akademik. Dan masa itu aku suka sebab jadi glamour, kelakar kan, budak baru nak up... 

Kalau crush, masa zaman universiti adalah beberapa orang. Yang pertama nama dia Af*q jurusan lain, dia sama team dengan aku masa minggu orientasi. Sejak itu aku mula berhubung, selalu wish birthday. Tapi aku rasa dia sejenis masa universiti jangan bercinta, kena study. Hah, jadi lama-lama kami lost contact. Dan tahu-tahu masa lepas graduasi, dia jumpa dengan isteri dia sekarang, sama course juga. Yang aku tak boleh lupa ialah birthday dia. Birthday dia sama dengan tarikh abah aku meninggal dunia. Masa first time, dia jumpa dengan bang Ajid (2013 - aku dah kahwin dengan bang Ajid), dia yang salam bang Ajid perkenalkan diri dia nama siapa dan dia mengaku dia kawan aku. Motip sangat kan? Hehe... 

Lagi crush aku masa zaman universiti, ialah Ed*y. Aku fikir dia memang serius dengan aku. Setiap malam telefon. Oh ya dia orang Ganu jadi susahlah nak speaking bahasa biasa. Lepastu ex bestfriend aku (M*mie) sentap sebab aku kata, Ed*y suka kawan dengan dia lebih daripada aku. Yelah masa acah-acah dating bawak M*mie, tapi Ed*y layan lebih ke M*mie. Haha. Childish gile oi masa itu. Beberapa kali juga aku datingn dengan Ed*y. Dia siap nak buatkan baju kurung, ye dia pandai menjahit. Masa intern, tiba-tiba lost contact sebab dia balik semula kepada ex gf dia. Oh my bad. Tak mengapa... Hehe

Lagi crush aku masa zaman universiti ialah Az*z. Dia sama tadika dengan aku. Lol. contact semula masa zaman universiti, bukan sama uni tapi kebetulan terjumpa masa intern. Dia chef, tukang masak. Hmm aku ingatkan serius dah lah dengan dia, tapi tiba-tiba lost contact juga. Mak aku kenal dengan Az*z sebab memang duduk sama kampung dengan aku. Kebetulan mak dia ialah pangkat anak sedara abah aku.

Lagi crush aku masa zaman universiti ialah S*fw*n. Hah dia muka macam Budi Tentang Bulan, cerita budak-budak kecil dulu kan. Panggil Budi sebab Ain kata muka diorang sama. Ain ini kawan aku zaman universiti. Hehe. Serius memang tak hensem langsung tapi dia baik. Kemudian, memang rapat semua benda cerita. Aku cerita kat dia, semuuuuuuuuuuuuua crush aku di atas. Hahah, kira paling rapat dengan dia. One day masa aku nak intern, aku pergilah makan dengan dia kat kafe, lepastu dia kata, dia dah jumpa bakal isteri dia iaitu ex gf dia. Aku time tu rasa nak tepuk dahi. Laaaaaa..... dah ada gf rupanya. Kahkahkah. Okay fine. Aku pun tarik diri saja...... Hehe... 

Syukurnya sebab cinta dan crush tak mengganggu keputusan belajar aku langsung. Alhamdulillah sangat-sangat! 

P/S Aku kenal bang Ajid selepas kenal semua orang di atas. Hehe.

27 Nov 2020

Makan di Super Saigon Main Place Subang Jaya

Assalam dan Hi,


Hari ini aku nak berkongsi review makan di Super Saigon yang terletak di Main Place USJ 21. Makanan di sini berasaskan makanan dari Vietnam. Memang sangat menarik. Rasanya baru dibuka selepas PKPB hari itu, sebab sebelum ini kedai makan yang lain. Cara nak order masih lagi cara lama iaitu isi tempat kosong dan panggil waiter/waitress dengan loceng. Yang paling menarik, setiap makanan ada jumlah kalori. kahkah, tersedak kami nak order apa. 

Nak tahu menu, lokasi semua, korang boleh buka website di sini Super Saigon 


Luas dan selesa



SPECIAL BEEF COMBINATION

Tengokkan gambar di dalam buku menu, nampak tak sedap dan takut tak pedas tetapi sebenarnya pedas gila oi tapi memang kena pedas untuk jadi lebih sedap! Semangkuk boleh dimakan oleh dua orang dewasa. Bahagiannya agak besar juga. Boleh minta mangkuk extra ya. Oh ya, isi mi adalah sejenis cha kuey teow.


quinoa fried rice

Oleh kerana makan nasi adalah too mainstream, jadi kami tukar kepada quinoa. Teringat quinoa sebab Pokjib Bosskur selalu sangat promote! haha. Jadi kami pun cuba. Wah sedaplah !!! Semangkuk ini, penuh dengan isi telur, cendawan wah memang tak rugi dan tak muak. Kenyang dia tak berapa kenyang, just nice saja. 




VIETNAMESE BLACK COFFEE (HOT OR ICED)

Haaaa yang ini yang paling sedap! Kalau korang suka jenis kopi pekat, better minta jangan letak susu kot. ataupun korang jangan kacau gelasnya nanti tertinggal susu di bahagian bawah. Yang paling menarik, gelas kopi ini mengikut konsep sains !! Haha. gelas di masukkan ke dalam gelas, sama konsep macam termos! Jadi, memang boleh tahan panas lebih lama.. Yeay! 





Kopi ini memang RECOMMENDED HABIS! haha yeayyy! Oleh sebab sedap, aku cari kopi pracampur 3 in 1 seperti ini. Next post aku review ya....  Okay kesimpulannya kalau kami datang balik sini, kami boleh repeat black kopi Pho Vietnam dan sup special beef combination. Hehe... Nantilah bila-bila. Terima kasih ! 


24 Nov 2020

Kisah Tanda Orang Yang Bersyukur

Assalam wbt dan Hai,

Kami pergi sarapan pagi di Warong Pak Ali yang terletak di Food Court Batu Tiga. Pak Ali seorang yang sangat baik, aku rasa. 

Semasa kami hendak pulang, Pak Ali berkata, "Alhamdulillah sebab dah dapat 15 keping hari ini".

Kami tersenyum di sebalik mask.

Untuk orang yang tidak bersyukur, Sifolan akan berkata, "Hari ini dapat 15 keping je".

Nampak ada bezanya bukan? Jadi kita mesti memilih untuk menjadi hambaNya yang bersyukur. Insha Allah. 

gambar ehsan google

Terima kasih 







20 Nov 2020

Set Emas Rama-Rama dan Biskut Tawar Zhulian Sudah Ada di Pasaran

Assalam wbt dan Hi,

Katalog paling latest untuk barang kemas Zhulian adalah seperti berikut. Masih lagi pulut dakap, versi Koleksi Aina Amanda. Ada Biskut Tawar, ada Pulut Dakap Sherra dan Pulut Dakap Rama-rama. 

WHATSAPP KAKNA







Jangan lupa whatsapp Kakna kalau ada yang berminat ya... di WHATSAPP Terima kasih. 



19 Nov 2020

Kerepek Pisang Tanduk Sedap Subang Jaya


Assalam wbt dan Hi

Kalau korang suka nak mengunyah-nguyah kerepek pisang tanduk yang super sedap, masin pun just nice, kemudian rangup gila sangat! Korang boleh contact dengan nombor ini 0193535611. Aku sebenarnya dah banyak cuba beli kat random orang tapi tetap juga tak kena dengan jiwa tapi yang ini memang sedap betul sangat2! Tak perlu kata apa-apa.

Setengah kilo ialah RM18 sahaja. Bagi aku sahaja sebab aku selalu jumpa harga RM19 ke atas saja. 😂 Rasa-rasanya kalau korang nak COD ke Shah Alam pun boleh kot, korang boleh whatsapp nombor yang aku share tadi. 


Terima kasih. 

18 Nov 2020

YEAY! Ulang Tahun Blog DIARIANAKIN Yang Ke-9

Assalam wbt dan Hi,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab blog Kakna sudah pergi sejauh ini. Kahkahkah macamlah dapat anugerah. Okaylah, syukur sebab dapat bertahan menulis blog selama 9 tahun. Hoyyeh. Sebenarnya, kakna tiada audien yang tetap sebab apa yang kakna tulis tersangatlah random! Ikut mood nak tulis apa-apa pun. Dan dalam blog ini juga, kakna menjual barang Zhulian, mungkin sebab itu stats blog menurun. 


Selepas 9 tahun, jumlah views ialah 982,637 (selepas semalam)

1) Yang menyumbang sebanyak 163,942 views



Yeah no 3 dalam search engine. hehe

2) Yang kedua membawa view sebanyak 42,373



3) Yang ketiga membawa view sebanyak 34,324  ➡️ masa ini belum ramai orang share macam mana nak isi e-NCR Nikah Johor. Jadi, banyaklah hits. Now dah ramai yang share, jadi tak berapa ramai view.


4)  Yang keempat membawa view sebanyak 24,049 ialah nak cari susu botol untuk Naqib. 


5) Yang kelima iaitu membawa 16,770 views. Haha masa aku temuduga Pegawai Penerangan hari itu. Rugi kerajaan tak ambil aku bekerja. Hahaha


Sekian terima kasih. 





17 Nov 2020

Memori Bersama Abah "Tolong Ambilkan Remote"

Assalam wbt dan Hi,

Kisahnya, @The.Cencorot ada share tentang gambar ini. Dulu-dulu masa kami masih kecil, abah selalu saja panggil kami, walaupun kami di dapur atau sedang tidur pun dipanggil-panggilnya. Lepas itu, dah sampai depan tv, abah kata, "Tolong ambilkan remote tv tu..." 

Masa itu, bukan main marah sebab remote itu lagi dekat dengan abah daripada kami. 

Tetapi sekarang ia menjadi satu memori yang sangat indah buat kami.





Terima kasih. 




15 Nov 2020

Teka Teki PKPB : Berapakah Jawapan 6 bahagi 2 (1+2)

Assalam wbt dan Hi,


Adapun dahulu masa zaman sekolah rendah, kita ada belajar tentang darab, bahagi, tolak dan tambah. Yang penting, apa yang ada di dalam bracket ataupun kurungan perlu diselesaikan terlebih dahulu. 

Jadi persoalannya yang menjadi viral pada hari ini ialah

6 bahagi 2 (1+2)

Hal ini ditafsirkan dengan dua jawapan kerana bracket tidak jelas berada di mana. 

Pertama; Jika sesorang menafsirkan semua sekali berada di bawah (penyebut), maka jawapannya adalah 1. 



Kedua: Jika seseorang menafsirkan secara simple 6 bahagi 2 kemudian mendarab dalam bracket, maka jawapannya ialah 9. 



Dari itu, bagi pendapat saya, tidak perlu bergaduh sebab bergaduh boleh membawa kemudaratan. Hehe. Berlapang dada dalam menerima pendapat orang lain. 


Sekian terima kasih! 


14 Nov 2020

Teka Teki PKPB - Bisa Kami Jelaskan

Assalam wbt dan Hi,

Mari pening bersama-sama. Kalau korang faham, apa maksudnya gambar ini?



Jawapan:

Gambar 1 - Dalam sebuah keluarga ada mak (baju pink), bapak (baju oren), anak dgn sorang laki (tukang kebun) yg membuat persediaan birthday anak itu. Buat surprise birthday anak dia. 

Gambar 3, masa ank tiup lilin, berdoa, semoga orang tua ku makin kaya... (anak kita selfless - maksudnya tak mementingkan diri)

Gambar 4, kiranya doa anak jadi pelik sebab kenapa nak doakan makin kaya, sedangkan bapanya (baju oren) memang sudah kaya. Jadi, mak dgn tukang kebun itu rasa gelabah, sebab anak itu memaksudkan mereka, bukan sama sekali bapak (baju oren).

Persoalannya... Siapa bapak sebenar budak tu...  itu y mak dia kata, ok-ok saya boleh jelaskan....


Okay, sekian terima kasih

13 Nov 2020

Barang Zhulian Yang Kami Gunakan ialah Syampu Rambut Eltina dan Hair Repair Eltina

Assalam wbt dan Hi.

WHATSAPP KAKNA

Nak ceritanya, kami sekeluarga memang suka gunakan produk Zhulian siri Eltina. Wangi berbau lemon, sesuai dengan rambut. Kami ada sikit kelumumur tak adalah teruk, jenis biasa-biasa. Kemudian pakai Hair Repair Eltina, kelumumur tadi tak berkumpul atau tak berkerak. Alhamdulillah. Bukan nak bagi testimoni sebab saya ejen Zhulian tapi saya memang suka. 

Kalau pakai tudung, kemudian gunakan Hair Repair Eltina takkan berbau busuk rambut kita, masih wangi sampai ke petang. Tapi tidak juga pening. Ada sesetengah itu kalau kita pakai hair repair atau serum rasa pening sampai ke hidung, padahal yang pakai itu kepala. Hihi. Yang ini memang tak pening. Dah berapa kali repeat juga.
Harganya RM31

Harganya RM24


Kalau korang nak beli, bolehlah whatsapp ZHULIAN_CHUAA

Saya belum sempat nak masukkan dalam Shopee. Nanti saya masukkan ya. lepastu jemput beli kat kedai Shopee saya saja senang dan mudah. 

12 Nov 2020

Bingo Template untuk IG Story 2020 : PKPB Checklists

Assalam wbt dan Hi.

Nah ini Bingo Template untuk orang BBNU. Hari itu, aku buat utk MBNU (Makcik makcik Baru Nak Up). Haha. Sebab umur aku pun sudah berapa, memang sebab-sebab macam itu. Hahaha... Nah bolehlah korang buat letak kat IG Story nanti ya...

Aku ada juga share di IG tau.... ZHULIAN_CHUAA 

Jangan lupa follow! Hahaha...................



Terima kasih.


11 Nov 2020

Choose BYoung Advanced Functional Beverage for Your Body Supplement When You in 30s and 40s

Hi and very Good Day, 

Abstract: Actually I am not a good English talker since my surrounding all speaks mother tounge, Malay language. Haha. Even in the office, we are also speaking in Malay language. Maybe when I speak on the phone with customers or suppliers then, I speak English which my English day by day become worse. OMG. But somehow, I do want to speak in English and I try my best to explain all this BYoung as a good supplement for our cells body. 😀

It is possible to get all of the nutrients you need by eating a variety of healthy foods so you dont have to take one, say experts once. But, most of us fail to meet dietary recommendations due to strict dieting, or poor appetite. Supplementation is intended to bridge the nutritional gap so that we maintain the proper balance of nutrients from food and supplementation. This will enhance the nutrient density of your diet.

Then, why you need nutrient? As you are 30s or 40s or older, your body might not able to break down and absorb nutrients from your foods as it used to. (big texture/size of foods). 

BYoung is not a simple supplement but it is a food supplement, a cell body supplement. It can replace your daily intake calorie. Instead of having breakfast and lunch, you may have Byoung. Do whatsapp me for the detail. I will further explain.  www.wasap.my/60176806258 

Why BYoung? 

1. BYoung is a refined and advanced proprietary scientific formulation which consists of 59 ingredients that work synergistically to provide you with amazing breakthrough functional food advantages. 
2. BYoung is guaranteed with Liability Insurance of USD 1,000,000. (means, its almost impossible to not get a good result when you consume BYoung). 

Let me explain how BYoung works on our cells body.

1. Lets recap about body anatomy

God creates human as the best creatures in this life. The smallest element in our body is a cell. Cells are the basic building blocks of all living things. The human body is composed of trillions of cells. From atom/cell, then a group of atom/cell becomes molecules. From a group of molecules then becomes organelle, then tissue, then organ, then finally a group of organs becomes a system. Then, combination of systems, we can say it as human. 

Cells > Tissue > Organ > System
For example, Muscle Cells > Muscle Tissue > Stomach > Digestive System




2. What are the Systems in Human's Body?

Info There are 11 systems in human's body. For your information, our cells body either die or not even dying. For example:

* Red blood cells live at least 4 months  
* White blood cells live at least 1 year 
* Skin cells live at least 3 weeks
* Colon cells live at least 2 to 3 weeks
* Sperm cells live at least 4 days
* Brain cells never die and never been replaced 

There are 2 main type of cells death. whether it is programmed cell death or due to lack of blood flow.  Therefore, the died cells must be replaced with new healthy cells, which you can see how important the cells are. Later, I will emphasize how BYoung is related to the healthy cells.  

1. Circulatory System
2. Lymphatic System
3. Respiratory System
4. Integumentary System
5. Endocrine System
6. Gastrointestinal System
7. Urinary System
8. Musculoskeletal System
9. Nervous System
10. Reproductive System
11. Immune System


11 sistem badan manusia


You might see the difference of unhealthy cell and healthy cell


3. Lets See What is Important for Cell To Keep Healthy

What do cells need?

1. Oxygen

Oxygen is needed to help it metabolize (burn) the energy in order for chemical reaction or active transport process (ATP) in the cells to take place. Oxygen is FREE, which all human livings can breath in breath out freely. 
 
2. Nutrient 

Now, we come to the 2nd part, which cells need nutrient. Nutrient is to help cells to survive and thrive; by means cells need energy to do any activities such as creating tissue, bolstering immune system etc.  Human cells are able to receive nutrient from a wide variety of sources. 




4. Lets Check What Type of Nutrient Is Needed For Human Body

For your information, our human body do not produce nutrient. Hence, we have to eat to get nutrient. Some of the old folks saying, "We are what we eat" . 

There are 6 nutrients needed which are protein, carbohydrate, fat, vitamins, minerals and water.









BUT, do remember that lack of micronutrient might affect diseases like cancer, high blood pressure, diabetese etc...... 






Usually people ask, what is the different of macronutrient and micronutrient? Why micronutrient is so important?

However, you shall remember that, there are two type of nutrient which are macronutrients and micronutrients. Macronutrient somehow is on everybody diet but not for micronutrient. Let us think, how many people do eat vegetables and fruits everyday? If we are having vegetables on our table, it might be over-cooked, and fruits might be considered as if you have extra money, then only you will buy fruits. Is it? Therefore, micronutrient source might become only 50%; how can body cells get the energy to regenerate? 



                        


Now, let see the ingredients of BYoung as below. There are 59 special ingredients includes all good micronutrient needed in cells body. More over, the texture is very small or thin, the possibility of absorption to your cells is very high. That is why BYoung is claimed to be very crucial as a cell supplement. We give what our body cells need. 

Tengok ini, ada 59 ramuan utama. Bukan biase-biase yang setakat 10 tau, tapi 59 ramuan! uii banyak tu.........


As above is the total of nutrition information which printed out in outside of the BYoung packaging. This is to proof that BYoung is a trusted product, is tested clinically and is well wide consumption by most of Malaysia.  There's some possibility that not all products can come out with the details like BYoung. Then, it also certified by JAKIM (Halal certified) and GMP certified. 


Because of this, I am very confident to consume and sell to all Malaysians. Hehe


May all of you think carefully before you consume any supplement. If you want to talk more about this, dont shy shy to whatsapp me at www.wasap.my/60176806258 

Terima kasih. 

10 Nov 2020

9 Nov 2020

Apakah itu Ketinggian Perlembagaan?

Assalam wbt dan Hai,

Baiklah hari ini saya kongsikan tentang Perlembagaan.

Gambar ehsan google

Apakah Yang dimaksudkan Ketinggian Perlembagaan

1.Raja tertakluk kepada perlembagaan

2.Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara

3.Parlimen tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya

4.Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang didapati bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan


3 Senarai dalam Perlembagaan

1.Senarai Persekutuan (tugas-tugas Parlimen)

2.Senarai Negeri (tugas-tugas DUN)

3.Senarai Bersama (sama-sama)


Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan berdasarkan Senarai Persekutuan berikut:-

1.Hal-ehwal luar negara: Kementerian Luar Negeri dan Wisma Putra.

2.Pertahanan negara: Kementerian Pertahanan

3.Keselamatan dalam negeri: Jabatan Polis, Imigresen.

4.Undang-undang dan kehakiman/keadilan: 

5.Awam Sivil dan Jenayah.

6.Kewarganegaraan persekutuan: Jabatan Pendaftaran Negara.

7.Jentera Kerajaan: Kementerian, jabatan dan agensi awam

8.Kewangan: Kementerian Kewangan, Bank Negara, Perbendaharaan Negara.

9.Perdagangan dan perusahaan: MITI, MATRADE

10.Perkapalan dan pelayaran; Perikanan: Kementerian Pengangkutan.

11.Perhubungan dan Pengangkutan: Kementerian Pengangkutan.

12.Kerja-kerja persekutuan: Kerja Raya dan Pembekalan utility.

13.Kerja penyelidikan/siasatan: Bancian , penyelidikan sains dan Teknik

14.Pelajaran: Pelajaran Persekutuan.

15.Ubat dan kesihatan: Kementerian Kesihatan.

16.Buruh dan Keselamatan social: Kementerian Tenaga Manusia dan Jabatan Buruh.

17.Hari Pelepasan Persekutuan: Jabatan Perdana Menteri

18.Akhbar dan penapisan: Kementerian Keselamatan

19.Syarikat Kerjasama: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

20.Pelancongan: Kementerian Pelancongan

21.Kebajikan orang asli: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.


Pembahagian Kuasa perundangan berasaskan Senarai Bersama:-

1.Kebajikan Masyarakat

2.Biasiswa

3.Ternakan

4.Perlindungan binatang dan burung liar.

5.Perancangan Bandar dan kampung.

6.Pemaritan dan pengairan

7.Pemulihan tanah perlombongan

8.Pemulihan tanah perlombongan.

9.Kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar.

10.Kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit.

11.Perumahan.

12.Kebudayaan dan sukan.


Pembahagian Kuasa Perundangan berasaskan Senarai Negeri:-

1.Hal ehwal agama Islam

2.Tanah

3.Pertanian dan Perhutanan

4.Kerajaan Tempatan

5.Jentera pentadbiran kerajaan negeri

6.Kerja-kerja negeri dan kerja air.

7.Hari kelepasan negeri .

8.Penyu dan menangkap ikan di sungai.

9.Siasatan bagi maksud negeri

10.Persekutuan, muzium serta rekod purbakala dan sejarah.


Bahagian Perlembagaan Persekutuan

Berapa banyakkah bahagian dan perkara yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan?

15 Bahagian dan 183 Perkara

1.Bahagian 1 – Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan

2.Bahagian 2 – Kebebasan Asasi

3.Bahagian 3 – Kewarganegaraan

4.Bahagian 4 - Persekutuan  

5.Bahagian 5 – Negeri-negeri

6.Bahagian 6 – Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri

7.Bahagian 7 – Peruntukan Kewangan 

8.Bahagian 8 - Pilihan Raya

9.Bahagian 9 – Badan Kehakiman

10.Bahagian 10 – Perkhidmatan-perkhidmatan Awam

11.Bahagian  11 - Kuasa Khas menentang perbuatan subversive, keganasan terancang, dan perbuatan dan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa darirat

12.Bahagian 12 – Am dan pelbagai

13.Bahagian 12A – Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak

14.Bahagian 13 – Peruntukan Sementara dan Peralihan

15.Bahagian 14 – Kecualia bagi kedaultan dsb Raja-raja

16.Bahagian 15 – Prosiding terhadap YDPA dan Raja-raja




Sekian, terima kasih.

8 Nov 2020

Minuman Bijiran Cereal ZHULIAN Drinks ❤ NUTRIUM FB2548 Bebas Kolesterol

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Kalau sesiapa sedang mencari-cari minuman bijian atau cereal drinks atau cereal beverages yang bebas kolesterol, rasanya boleh cuba dengan NUTRIUM daripada Zhulian :) Harga di kedai ialah RM43, tetapi harga kasih sayang adalah RM40, pos RM8 untuk Semenanjung Malaysia dan RM12 untuk Sabah/Sarawak. 





❤ Minuman Bijiran Cereal Drinks ❤ NUTRIUM FB2548
❤Minuman berkhasiat lagi sihat di rumah mahupun ketika di luar.
❤Padat dengan kebaikan serat drp gandum, jagung, soya, berasm beras perang.
❤Secawan NUTRIUM untuk mengisi perut sambul mengekalkan sistem pencernaan yg sihat
❤Diperkaya dengan multivitamin yg menolong bagi fungsian tubuh yang sihat ketika anda sibuk dgn rutin harian
❤Sewaktu anda sedang kesuntukan masa utk duduk menghadap makanan, sediakan saja secawan NUTRIUM.

🌼 Sumber serat makanan, protein, vitamin A & C dan zat besi
🌼 Minuman bebas kolesterol
🌼 Mengandungi kalsium yg membantu perkembangan tulang dan gigi yg kuat
🌼 Mengenyangkan, memuaskan dan baik utk sistem pencernaan.

20 sacet x 32g