Sunday, 29 April 2018

Pasaraya Borong Matahari, Tempat untuk Bershopping Barang Dapur di Shah Alam

Assalam wbt

Hari ini sengaja sis nak share tempat yang boleh dikatakan murah dan harga berpatutan di kawasan Shah Alam, Selangor. mungkin post ini berguna untuk orang yang baru berpindah di sini. hahaha. 

boleh waze kat mana pasaraya borong matahari berdekatan anda. 


Kat sini yang agak berpatutan itu hanyalah barang dapur sahaja. Sayur pun super duper berpatutan harga dia. kalah Tesco. Susu formula, kadang-kadang, ikut mood dia. Pampers drypers n pet-pet pun ikut mood dia jugak. Yang tak bestnya sini, tak boleh guna debit card atau credit card. diulangi TAK BOLEH ! tapi disediakan atm kat dalam bangunan, cuma kalau tetiba ramai pulak orang beratur kat situ, nasib nak menunggu lama betul. hehe...

Begini mengikut pengiraan sis
1. 99 Speedmart - Kalau beras (beras rata-rata lebih murah, esp Faiza), susu formula (semua jenis) dan telur, sebab lebih bagus harganya dan yakin bersih. kahkahkah. (if guna pampers drypers color kuning, better beli kat sini sebab lebih murah iaitu RM27.50 saja, kat tempat lain RM32.50 kot)
2. Tesco - Susu Dutch Lady, Pampers tescolove, wiped tissue, sabun mandi bebudak jenama tesco, sabun basuh pinggan jenama tesco (RM1.50 je weyh, tapi serius okay) , barang jenama tesco, sis sangat suka! hihi
3. Aeon Big Seksyen 24, Shah Alam - Ikan (sebab murah dan senang nak mintak siangkan tak macam kat Tesco, berkira. hahah), Barang elektrik, Tisu dapur jenama AeonBig(lebih tebal), sabun basuh botol pureen - aeon big seksyen 24 (motip datang sini nak beli ini aje?)
4. Sabun basuh baju - ofcoz SABUNKU
5. Matahari - segala macam barang dapur, ayam, daging, sosej, frozen food, (ikan, sotong, udang better tak payah kot), segala jenis ikan masin, ikan bilis, keropok, tepung, minyak masak paket Rm2.50 kat sini pun ada.
6. Pasar tepi2 jalan - untuk membeli sotong udang longgok. hahaha....



Okay itu saja tulisan hari ini, semoga membantu. hehe.. selamat membeli




Tuesday, 24 April 2018

Bagaimana Iron atau Seterika Berfungsi?

Assalam wbt dan Hi

Hari ini aku nak menulis yang agak teknikal. Aku selalu terfikir, bagaimana seterika berfungsi. Aku seorang sahaja kot yang fikir pelik-pelik. haha Sumber 1 Sumber 2 Sumber 3

iron yang super power! 

bagaimana iron berfungsi? di dalam iron, terdapat logam bimetallic bermaksud dwilogam atau logam yang terbentuk daripada dua elemen. apabila current / arus melalui coil atau apa jua elemen pemanas / konduktor elektrik, ia akan menjadi panas. Haba akan dipindahkan melalui dasar plat seterika korang yang rata itu. Dan apabila kita letakkan seterika yang panas tadi di atas baju yang renyuk, haba akan dipindahkan lagi melalui proses conduction / konduksi. (Konduksi secara bahasa ialah memindahkan tenaga dari satu atom ke atom yang berjiran dengannya melalui proses pelanggaran) Haba ini sebenarnya melonggarkan atau melemahkan ikatan atom atau molekul fabrik baju kita. apa pulak lah hai molekul atau atom ini. (iklan, molekul atau atom ialah benda asas yang paling kecil dalam membentuk sesuatu elemen yang besar)


kenapa kadang-kadang iron kita bunyi seperti satu petikan? Sebenarnya, dwilogam ini ialah thermostat. apa itu thermostat? ia fungsinya untuk memastikan iron tidak terlalu panas jika lama kita gunakan atau tinggalkan atau idle. thermostat ini memastikan arus atau current utk mengkonduksikan haba dari masa ke semasa. jadi bila iron kita idle, arus yang bergerak tadi secara automatiknya tidak aktif dan kurang panas iron kita, atau under control-lah senang cakap. 

apa-apa pun, iron memang akan menggunakan banyak tenaga untuk dipanaskan, jadi penggunaan iron yang tidak dirancang boleh menyebabkan bil elektrik naik. haha. mungkin boleh dibincangkan pada masa akan datang.

okay... selamat malam, terima kasih

Friday, 20 April 2018

Review Teater Terowong di UiTM Puncak Perdana

Assalam wbt

Kami semalam berkesempatan untuk datang menyaksikan TEATER TEROWONG di UITM Puncak Perdana. Macam mana boleh jumpa teater ni? jawapan dia, sis ig-walking sahaja dan terjumpa.


Bahagian 1 - Tentang Teater

Mengisahkan tentang 7 orang yang berada di terowong dengan tujuan masing-masing.
Johan - mencari harta
Suraya - kononnya bertapa dan lari dari dunia realiti tapi maybe sebenarnya lari daripada dua lelaki jahat yg mencarinya
Ayiem & Alya Karmila - Wartawan daripada tivi 39 suku (kot). mencari maklumat Datuk yang hilang kerana penyelewangan wang
leaki X pakai baju construction - mencari jalan keluar sebab sudah sesat
dua lelaki (jahat / tak tahu siapa) - mencari perempuan simpanannya (Suraya) dan juga bos kepada lelaki X

mereka masuk ke terowong dengan tujuan masing-masing. apabila terjumpa, tahu tentang ada ura-ura di terowong tersimpannya harta karun, terus berubah niat asal.


Bahagian 2 - Something Unclear

Yang aku rasa tak berapa clear jalan cerita ini.
1. at first, lelaki (kuli) memanggil Johan, En Boss, tetapi bila hampir berakhirnya cerita, mereka berjumpa, tetapi mereka saling tak mengenali?

2. at first Suraya kata dia nak bertapa, sebenarnya ada agenda lain, tapi sampai ke sudah tak tahu apa agenda dia

3. bila dua lelaki jahat berjumpa dengan Suraya, si Boss cakap, Suraya ialah perempuan simpanan dia dan sudah lama mencari. sepatutnya end di situ tetapi, follow-up scene, Suraya kata mereka yg lain semua bodoh sebab percaya. Then lelaki jahat itu tinggalkan Suraya, kenapa tak bawak Suraya pergi?

4. kenapa Ayiem (Wartawan) hilang, mereka tinggalkan unsolved question? adakah Ayiem dibunuh? sebab barang Ayiem ada pada si jahat, tetapi kenapa mereka seperti tidak terlalu marah dgn si jahat?? mereka tidak mencari dan pergi sahaja selepas jumpa someone yg claim menjumpai harta.

5. ada di terowong, tetapi ada line telefon dan masih tersesat



Bahagian 3 - Perlu Diperbaiki

Pada iklan, tertulis orang luar dijemput hadir. sis orang luar ya. sis tak tahu pun mana pintu masuk UiTM Puncak Perdana tu. susah betul berpusing-pusing kami mencari jalan masuk. committee sepatutnya 

1. balas whatsapp orang luar dgn cara berhemah. scripted sahaja. jangan anggap semua orang tahu mana UiTM puncak perdana. di mana teater dijalankan? di dewan? di panggung? di khemah? jangan berharap orang luar yg datang ini, mesti kena bertanya dgn orang2 sekitar. 

2. minimum bagi peta macam mana nak datang UiTM. suggested parking lot as well.

3. sebenarnya tempat duduk kami kat depan, tapi sebab kami masuk lewat, kami duduk di belakang. tetapi tiada siapa yang alertkan kami sebenarnya kami duduk di hadapan. unless kami datang awal. jadi what's the reason tulis nama pada kerusi?

Untuk team pelakon pula,

1. oleh sebab limited tempat, lebih banyakkan scene di atas pentas ye. sebab kami yang duduk belakang tak nampak apa adik-adik lakonkan. ada sesetengahnya orang hadapan ketawa, tetapi kami kat belakang tertanya-tanya kenapa ketawa, kenapa?

2. kurangkan lawak lucah. berasmara. raba. tak sabar nak apa-apa. sikit-sikit boleh. bila dah banyak-banyak tak best sangat.

3. bahagian teknikal kot. sometimes cakap terlalu kuat sehingga rasa bergema. tetapi memandangkan cerita di dalam terowong, so aku anggap ia adalah satu keperluan. so aku abaikan. bukan apa, ada sesetengah orang bercakap, contoh Ayiem dan Johan, mereka boleh sahaja cakap tidak menjerit-jerit. tapi Alya dan Suraya, menjerit sikit suaranya (kadang-kadang). adakah mic terlalu dekat?

Bahagian 4 Pujian

1. pujian untuk pelakon Johan. memang boleh jadi watak jahat. boleh dikembangkan

2. pujian juga untuk pelakon lain. ada masanya kelakar. 


Tak perlu bagi berapa bintang sebab mereka semua masih dalam proses pembelajaran. tahniah dan semoga terus berjaya! 

Tuesday, 17 April 2018

Beli Beg Quechue Decathlon Damansara

Assalam wbt

Dah lama teringin nak terjah Decathlon Damansara sebab kata banyak barang sukan yg affordable. Bukan murah okay. Mampu milik sahaja.😂😂

Tapi kami beli beg quechea yg tengah famous macam pisang goreng panas tu. Kat sini, sebuah beg berharga RM10. Yang saiz kecil sikit RM9. Kalau kat luar, harga jadi RM15 tapi still orang beli juga sebab susah nak jumpa kan. Kat shah alam, area giant seksyen 13, tesco, tiada orang jual beg jenis ini.

Parking boleh tahan banyak. Jadi jangan risau okay. Nak ke sini jalan agak bahaya kalau datang dari arah uturn. Hati2 okay. Then, parking boleh free kalau beli barang. Tiket parking sejam RM2 kalau tak silap. Heyyy RM2 pun duit tauuuuu....


Beza beli kat sini dengan yg kat luar sana. Ada tagging

Nah free saja bila beli barang

Excited kemain. Tapi cuma 10minit je. Masuk dalam kereta terus campak entah ke mana. 😁😂😂😂😂

Monday, 16 April 2018

Menunggang Kuda di Rubinga Heritage

Assalam wbt

Alhamdulillah dapat juga merasa menunggang kuda. Sunnah belajar memanah, menunggang kuda dan berenang. Ini naik beberapa saat pun dah excited mak.

Biar gambar berbicara. Kat Selangor atau klang valley, ada juga tempat nak merasa menunggang kuda kan...

Harga dia Rm5 dewasa. Kalau naik berdua dgn anak, RM5 juga. 

Excited babah. Naqib awal2 cuak gak tapi nak naik. Naik dua pusingan. Ada orang penjaga yg pimpin kuda, jadi tak risaulah. 2 pusingan maybe jarak 50m je kot jumlahnya. Okayyy lah untuk orang yg tidak memiliki kuda. Hehe

Dak Chua pun tak takut.

Tapi tengok poney berdebar pulak siap nak nangis. Semua kuda dan poney ada nama masing masing. Tak ingat nama apa.

Nak masuk kandang arnab, bayar RM2 seorang. Bagi arnab makan lobak. Tak besar mana tapi arnabnya banyak warna cuma jenis apa aku tak pasti. Haha

Ada burung merpati tapi di dalam sangkar. Tak boleh masuk tau.

Penat2 makan aiskrim nebudak ni.

Okay siapa nak datang sini, boleh rujuk sini. Rubinga Heritage ini dibuka pada pukul 5 petang hingga 7 petang. Kejap saja. Jangan datang masa hujan okay?? Oh ya, ada toilet. Ada surau (ambil wuduk di luar surau). 


Wohaaaa. Nak datang sini boleh google atau waze Rubinga Heritage Sdn Bhd. Memang jumpa. Ada yang cakap waze dahulu taman melewar etc. Sis cuba follow tapi tetap tak jumpa. Jadi caranyaaaa, pergi tanya penduduk kat sini. Insha Allah mereka membantu.

Inilah gambar jambatan sempit yg nak menghala ke Rubinga Heritage. Mujur naik myvi sahaja. Kalau naik lagi besar, mungkin tak muat ! Hehe... Habis bercalar tepi kereta tau. Tapi kami tengok penduduk kat sini alah bisa tegal biasa sahaja. Sebenarnya ada laluan lain tak perlu melalui sini. Tapi try and error lah tau...

Kepuasannya 8/10 kot..  terima kasih !

Sunday, 15 April 2018

Riadah di Taman Layang Layang Kepong

Assalam wbt

Sebenarnya aku pun tak tahu nama taman ini apa sebenarnya. Maybe taman layang layang kot? Yalah taman ini tempat bermain layang layang paling best di area lembag klang. Maybe sebab kedudukannya berdekatan dengan bukit-bukit banjaran dan menjadi laluan angin. Memang berangin saja. Best betul.

Okay... Ada ramai orang jual layang layang kat sini. Boleh pilih yg mana satu. Range harga daripada RM5. Harga tali termasuklah. Memang best sangat main layang-layang kat sini tau.
Layang-layang seperti gambar di atas berharga RM12. Brader penjual ini siap explain kenapa layang-layang yg itu mahal, yg ini murah, jadi berbaloi sangat. Oh ya, senang sangat hokey nak main layang-layang. Sis pun pestaim main, terus pandai... ! 😅😅😅 Asal ada angin kekdahnyaaaaaaa..... 

Awal-awal excited ya... 

Beberapa minit kemudian, babah main sensorang. Hehe

Nah dua budak ini main bubble je. Lagi excited! Maybe sebab diorang belum pandai kot... Okay bubble ni harga standard, RM5. 


Di sini:
1. Ada juga taman permainan. Ramai sangat orang ! Yg tak ramai orang, kedudukannya sangat jauh ! Malas nak menapak. Heheh
2. Boleh sewa basikal. Taman sangat besar !
3. Boleh bagi ikan makan... (Roti ada dijual di kedai orang jual layang-layang)
4. Boleh main kereta bebudak tu kan, yg guna remote control tu... (Bayar tau) 
5. Boleh jogging, ada tasik
6. Boleh simple work out, tempat nak sit up etc
7. Lepas dah penat riadah, ada pulak gerai2 jual makanan. Hahaha. Merosakkan aktiviti
8. Boleh bawak stroller dont worry, tapi pandai2 jaga okay
9. Parking tak banyak. Kat luar pun boleh parking, cuma menapak jauh nau 
10. Toilet ada. Tapi surau macam tiada
11. Macam mana nak pergi? Waze sahaja. Atau... Jika anda datang dari arah sg buloh / damnsara / puchong, buat pusingan uturn di bulatan besar (yg ada laluan ke selayang / rawang)... Selepas itu,, sebelah kiri, landmark, shell, petronas,, mcd, PPA1M (perumahan penjawat awam 1 malaysia) depan sikit tu dah jumpaaa.... Tak payah laju sangat nanti terlepas pula. 


Okayyy. Selamat bermain layang-layang !  

Saturday, 14 April 2018

Eskperimen saya : Beza Ais Hasil Air Masak dan Air Paip

Assalam wbt

Malam tadi saya buat eskperimen ais atau air batu menggunakan air masak atau air coway...dan satu lagi menggunakan air paip yang telah direndam lama.

Hipotesis : jika ais yang dibuat menggunakan air paip, maka akan ada banyak kesan buih manakala jika menggunakan air masak, maka ais yang terhasil adalah jernih.

Inferens (sebab atas pemerhatian) : ais yang terhasil daripada air masak atau air coway adalah jernih.

Gambar hiasan.

Ais yang terhasil drp air coway atau air masak 

Ais yang terhasil daripada air tidak dimasak atau air paip yang telah dibiarkan semalaman 

Okay hasil dia berbeza kan? Kenapa aku buat eksperimen ini? Kot lah terjumpa ais macam gambar kedua kat kedai kedai. Kita tahu lah mereka guna air paip sahaja. Jadi boleh keluarkan ais semua. Sebab takut sakit perut atau takut kotor. Itu sahaja. Sekian... 

Sunday, 8 April 2018

Kartun Go Jetters sangat Menarik

Assalam wbt

Kami baru ada iptv. Jadi Naqib suka sangat dgn channel CBeebies. Banyak cerita kanak-kanak. Salah satunya ialah "Go Jetters" . Kisah berkaitan 4 perwira dan diketuai oleh unicorn.

Yang menarik ialah, english yang mudah difahami. Cerita berkaitan tempat tempat menarik di dunia. Siap ada penerangan lagi tu. Kenapa tempat itu penting. Okay contoh menara Pisa berapa degree dia mencondong etc. Ada fakta sains sikit2. Bagus utk kanak-kanak.

Aku cari kat utube memang susah nak jumpa. Hampir tiada. Jadi kena melanggan juga tv vervayar....



Utk kita sebagai mama babah pun seronok layan... Hehe..