Tuesday, 29 September 2015

Tempoh Habis Waktu Solat Sunat Dhuha

Assalam wbt

Aku mengulang kata2 Ustaz yg bagi ceramah pagi tadi dalam "Tanyalah Ustaz" tarikh 29.9.2015. aku tak tahu nama Ustaz tersebut sebab nama ustaz akan keluar last sekali masa dah abes program. gituew... hehe

Waktu dhuha adalah sehingga beberapa minit sebelum waktu Solat Zohor.
jika solat Zohor pada pukul 1 petang, maka pukul 12.30 tengah hari tu masih boleh lagi mengerjakan solat dhuha... 
jadi janganlah terkejut kalau2 ada orang solat waktu2 macam tu ye... hehe
(kisahnya aku pun terkejut nampak kak Aina solat waktu kol 1215. aku ingat dah takleh dhuha dah)

dan lagi solat dhuha adapun paling banyak hanyalah 4 rakaat sahaja...


Sekian info hari ini...


Saturday, 12 September 2015

Review Geylang Kopitiam TTDI Jaya

Assalam wbt

Lokasi di jalan opera U2/G taman ttdi jaya. Kat mana? Jalan yg menghadap jalan raya, belakang shell, belakang restoran mamak shazz. 

Kami datang sebab kengkonon teruja dengan JJCM tv3. Okey pasni dah jangan ikut sangat. Tak semestinye pun betul. Hahah. 

Order seperti JJCM makan. 

Sup tulang ketuk. Okey sedap. Naqib pun suka. Manis.

 1 mihun cantonese style. 

1 mee singapore style. 

Boleh tahan. Total Rm37. Harga standard. Tempat ala2 nostalgic gitu. 



Yg takbest sangat, 
-pelayan bukan Malaysia so die kurang faham apa yg kita nak. Kurang mesra pelanggan. 
-menu cuma kertas laminate je. Bole tak dorang tukar cantik sket yg ade gambo ke ape. Recommended yg mana ke
-artikel depa masuk surat kabar tu agak lama. Yg latest2 takde ke? 
-parking x banyak sangat. Tapi sebbek datang sabtu. So takpe lah. 
-oh haaa lagu setiap masa lagu karok 90an tu. haha. Tak tahu nak cakap best ke tak yg ni..

Oh ye pelanggan tak ramai sangat. Meja banyak. Bagus kalau nak ada gathering ke ape.. 

Hopefully boleh maju kan ke depan lagi. 

Wednesday, 9 September 2015

Beza bakhil dan kedekut?

Assalam wbt

Tadi aku dengar ceramah tv9. Lupa nama ustaz. Tajuk harini rabun akhirat part 1, pukul 7 program tanyalah ustaz.

Apa beza bakhil dan kedekut? 

Kedekut, dia banyak harta tapi takmo share or bahagi2 pada orang lain. Dia pakai sendiri je harta bebanyak tu. 

Bakhil pulak, dia banyak harta tapi takmo share bahagi2 kat orang lain. Die pun sayang nak guna harta tu utk diri sendiri. 

Nampak tak beza nye tu?so korang ni kedekut ke bakhil? Heheh. 

Jadi banyak harta tu sedekah, amal jariah, moga sampai bekalan ke hari akhirat. Insha Allah 

Gambar hiasan, duit raya yg incik hubby bagi kat adik dia raya lepas hahaha. 

Sekian, terima kasih. 

Monday, 7 September 2015

Eksperimen : Betul ke Telur Tak Dibasuh Susah Nak Dikupas?

Assalam wbt

Haha. Biarlah orang cakap aku takde kerja ke hape. Tapi aku saje nak pastikan betul ke tak ape yg mak aku cakap. Haha. 

Hipotesis : Telur yg tak dibasuh before direbus nanti susah nak kopek bila da siap rebus. 

Yang ditanda X tak dibasuh terlebih dahulu. Beli beli terus masuk je kat dalam piyuk. Opps. Cam geli ke? Hahahha. 

Okey selepas beberapa minit. Tiba masa nak kopek. 


Nah bukti nye. Kahkah betul lah uols ! 

Kesimpulan : hippopotamus. Eh hipotesis diterima ! 

Sekian, mekaseyh. 


Sunday, 6 September 2015

20 Petua Turunkan Bacaan Kuning Anak

Assalam wbt 

Sajelah nak shAre bende yang dah jadi setahun setengah yg lalu. Haha. Mase tu Naqib punya bacaan kuning tak tinggi sangat. 13 aje. Atau pun 221. Tak berganjak seminggu. Setiap hari kene cucuk kat kaki. Kesian. Dalam 2 minggu juga lah suffered from jaundice ni. Nangis tak berlagu rock dan rap lah aku. Pantang pun langgar je sebab sedih sangat. 

Okey ini antara ikhtiar yg kami buat. 
1) mandikan Naqib dengan daun kucai. Daun tu camne? Ada banyak kat pasar. 
2) mandikan dengan air kelapa muda 
3) minumkan ubat kuning dari kedai tabib cina 
4) letak daun lidah buaya kt ubun Naqib setiap masa. Biar sejuk katanya. 
5) mandikan dengan air daun belimbing 
6) kita minum soya banyak2 biar susu kita jadi obat 
7) kita makan ubat yg klinik bagi biar susu kita jadi obat
8) titiskan air susu kambing 
9) titiskan air anggur hijau 
10) sapu air zam zam 
11) jemur kat matahari pagi taw. Kol8-10 pagi aje. Kalu boleh takyah pakai baju seluar. 
12) elakkan pakai baju kuning / langsir kuning / cadar kuning (aku ikut jelah yg penting Naqib boleh baik masa tu. haha) 

Yg tak cuba 
1) suwok / jampi dgn orang alim. Bagi air cam ala2 air penerang hati tu kan. 
2) gi jumpe bidan kampung yg boleh jilat2 anak yg demam kuning. (Ada kat rengit) 

Yang perlu buat
1) kata sepupu aku mase preggy minum soya banyak2. Yg ni aku xtaw keberkesanannye tapi die cakap okey
2) kata kak mai, otai opis aku kene consume shaklee product. Nanti aku riki riki jenis yg mana satu 


Aku pun xtaw berkesan ke x. Tapi cubalah ! Hihi 

Yang paling bagus .. Nota nye. Budak2 demam kuning sangat pasif. Suka tido manjang. Jadi rajin2 bangunkan anal. Dan bagi die minum susu badan. Itu adalah ubat nyata yg paling thorrrrbaek ! 

Kisahnyaaa. K bai. Tenkiyu

Saturday, 5 September 2015

Review U Cafe, Wangsa Walk

Assalam wbt 

Tadi kami ada reunion. Lokasi pilihan adalah u cafe. Kat mana? 


Makanan sedap. Sedap betul sandwich tuna n mushroom sup yg kami order tadi. Lokasi ok selesa. Cume maybe sempit sikit. Limited lah pelanggan boleh masuk. Lokasi die kat luar bangunan utama wangsa walk. Makanan standard harga rm8 ke atas. Yg ada cecah rm60 pun ada. Heheh 

Tapi apa2 pun best reunion. Jumpe kawan2. ;) 



Okey gambo lagi sket. 


Kbai. Haha





Tuesday, 1 September 2015

Cara Menghadapi Orang yang Suka Berlagak

Assalam wbt

ini based on real story uols. just sharing. mesti ramai orang berlagak di sekeliling kita. haha.. ada kadang2 kita sentap juga kan? pastu berlagak macam die sorang je yang tahu. macam die sorang je yg pandai kan? hehe

ada ustaz Kazim cakap, kalau orang berlagak kat kite. kite balas balik lebih berlagak. contoh.
"aku ada kereta besar, Range Rover tu best giler"

kita balas "aku punya helikopter pun xtahu nak landing kat mana" okey itu jawapan yg buat orang berlagak itu sentap kalau die sedar. atau die akan ejek kita balik..,

so cara yg berkesan dan aku try ialah.

1)let go perasaan sentap kau jaoh2.., nangis puas2 dan jangan simpan dah. please open up your heart and your mind !

2)kalau orang berlagak tu rasa die adalah orang paling hebat. maka kita sebut je banyak2 kali depan die supaya last2 die diam sendiri. contoh, die nak orang puji die pandai, kita puji je die pandai. die akan stop camtu je hehe

3)kalau orang tu rasa die pandai, bila die tanya pasal perkara tu, kita tak yah cakap kita tahu depan die. kita cakap je kita tak tahu dan die akan cerita semuanya dengan kita. dengan itu kita tak perlu berdebat dan rasa sakit hati

4)kalau orang tu rasa die boleh buat something tu bagus, contoh situasi die pandai berniaga, cukup cakap noted. jangan komen apa2. sebab ia akan membuatkan orang tu x nak kalah ngan kite. dan kalau hati kite yg marah, nanti ngumpat pulak.. ye x?

5)kalau orang tu rasa die asek nak berlagak2 tak sudah sedangkan kita tak tahu pun sebab apa... gi lah beli hadiah / sarapan pagi / etc just wish his/her best dan mintak maaf. insha Allah nanti lembut lah tu.

5 cara ini bukanlah mesti. tapi sangat penting kalau korang nak sustain dalam kehidupan zaman sekarang. all the best :)


thanks & regards.