Monday, 20 February 2017

Nugget PRIDE Sedap Lagi Murah dan Banyak dalam Satu Paket

Assalam hi

Aku selalu tercari cari nugget yg murah, banyak, jimat dan yg penting sedap. Jawapannya, nugget jenama PRIDE !

Kalau kat 99 speedmart, harganya cuma RM10.90 tapi isinya 40 biji ! Eh banyak kot !! Selalunya tu, RM10 dalam 20 biji je kot... Ni makan sampai kenyang pun belum habis2. Banyak perisa. Ada tempura fish, tempura chicken, spicy, etc... Tapi dia ada banyak jenis nugget under Pride.. Yg aku maksudkan yg bentuk normal tu aje. Yg xde ibu roti tu..

nah gambar, sorry lah enpon aku takleh nak rotate. Hehe. Pastu aritu aku beli masa ada promo, dapat free hand towel. Saiz kecil je masa dapat, rendam 5 minit dalam air sejuk, pastu mengembang jadi towel. Wahhh hebat haha

Sunday, 19 February 2017

Butik Dalila, Aeon Big Seksyen 24 Shah Alam

Assalam wbt

Butik Dalila, lokasi dalam aeon big seksyen 24 shah alam. Ada jual wide shawl serendah RM8! Pilihan banyak sangat color. Boleh beli borong. Borong shawl kat shah alam kan, tapi caranya aku tak tahu. Boleh datang butik tu sendiri..

Oh ye dorang takde online social media. Datang sendiri okey. Aku beli shawl RM8 ritu okey tebal. Tak menyesal beli. Then tadi beli yg RM10. Ada dua jenis, biasa dan instant. Tudung lain ada juga. Shawl bubble yg instant atau tak. Bawal pucci pun ada RM10 sehelai. Tudung sarung yg warna plain pun ada RM12 sehelai... Okey dah jumpa kedai best jual shawl yang murah kat shah alam. Mark this shop !

Actually aku xtau butik ke tak. Tulis je. Hihi.. K bai.

Tuesday, 14 February 2017

Review Nasi Kukus Selera Pantai Timur TTDI Jaya

Assalam wbt

Mana nak cari nasi kukus murah. Datang sini lah. Kat TTDI jaya. Sila waze nasi kak wok ttdi jaya. Nasi kukus ni sebaris. Bumbung color pink.

Okey basically RM4. Tapi kau kena state

"SAYA NAK NASI KUKUS BASIC SAHAJA"
dengan itu kau dapat la harga RM4!

Tapi kalau kau main tunjuk2 lauk lain, dia akan jadi more than RM4 dan mencecah RM9! Pastu rasa frust macam aku. Hahahha

Lauk aku. Nasi dan kari basic. Ayam percik. Jadi RM6.50 sbb ayam percik kecik.... Limau ais RM1.80 dan tempe. Persoalannya tempe berapa harga? Aku bayar RM10.30 ...

Buat persamaan

10.30 - 6.50 - 1.80 = 2.00

Tempe tak banyak mana.. Harga RM2.00

Nyesal beli tempe !!! Boikot tempe ! Hahahah #tetibeee

Jadi lepasni aku xnak dah la tambah merepek gini. Rasa2 nak boikot kedai ni. Kahkahkah... K lariiiiiiii,.............

Saturday, 11 February 2017

Soalan Ramalan Temuduga Kastam

Assalam wbt

Ini soalan n jawapan yg aku prepare masa nak temuduga kastam dulu. Ada yg xtau jawapan. Ada yg korang cari sendiri k.. Haha

1) basic. nama pengarah kastam? Struktur organisasi ? Tugas penguasa kastam? Tugas penolong penguasa kastam?
Jawapan : refer web

2) isu semasa kastam?
Jawapan : baca paper

3) kenapa nak jadi pegawai kastam?

4) kenapa SPA memerlukan anda? (Jawab berkait job scope anda ada kaitan dgn job scope kastam)

5) fungsi jabatan kastam?

6) jenis2 cukai yg kastam tetapkan? Cukai yg anda tahu?

7) kadar cukai fast food restoran?

8) kaitan kos yg kita belajar dgn kastam?

9) cabaran masa jawab soalan exam online?
Jawapan : kekangan masa, soalan boleh refer kat internet, server lambat stop tiba2

10) beza exam online n convensional
Jawapan : takde ujian fizikal, takde public speaking / lisan

11) makna kastam? Visi misi objektif? Baju color apa ? Website nye apa ?
Jawapan : refer web

12) apa itu gst? Cara kira? Apa beza gst dan sst?
Jawapan : gst semua kena bayar takde yg dikecualikan, secara berperingkat, peniaga boleh dapat semula duit yg dah bayar gst drp kastam, 6% atau 0%... Sst hanya satu peringkat, cukai kpd pengilang aje, berbeza2, ada yg 6% or 10%

13) akta under kastam?
Jawapan : paling famous cukai perkhidmatan 1975, customs act 1967

14) tariff code ?
jawapan : stp barang yg diimport akan ade tariff dia sendiri. Baca lagi

15) kelebihan gst? Keburukan gst? Kenapa laksanakan?
Jawapan : refer web gst

16) beza cukai langsung dan tak langsung?
Jawapan : langsung - pendapatan. Tak langsung - gst drp customer dipungut melalui org tengah. Contoh, kedai kenakan cukai kpd barang yg dibeli, depa boleh naikkan harga sesuka hati

17) anggaran kutipan cukai ?
Jawapan : refer web

18) maksud integriti?
Jawapan : nilai, jati diri positif, ketelusan, ikhlas. Contoh, saudara mara nak minta tolong settlekan masalah dgn pihak kastam, caranya bagi penerangan yg betul tentang pengecualian cukai, atau bantu dr segi kewangan. Jangan salah guna kuasa

19) rasuah

20) beza kastam n imegresen
Jawapan : kastam check barang. Imegresen check orang

21) nama betul kastam?
Jawapan : JKDM jabatan kastam diraja malaysia. Bukan KDRM

22) slogan kastam
Jawapan : bersama membanteras jenayah. Trustworthy services, sincere, dedicated

23) budget & parlimen tahun ini

24) w41 - pegawai. Maksud w?
Jawapan : perkhidmatan yg bertanggungjawab dlm pengutipan hasil / pengurusan kewangan dan perakuan

25) cukai input? Cukai output? Duti import/eksais? Duti export?

26) zon perdagangan bebas?
Komen : langkawi, labuan.. Servis still kena gst, tapi barang tak kena gst

27) kelebihan FTA? Free trade agreement

28) kaitan kastam dgn engineering?
Jawapan : teknologi pengimbasan kargo / penumpanh, tracking machine

29) dialog ancaman utk orang xnak bayar cukai.

30) hari kastam sedunia?tema tahun ini? Apa yg anda faham

31) u-customs?

32) faedah NKRA utk gred 17 kerja gov?
Jawapan : naikkan taraf  hidup, program perumahan, kr1m, kir1m, klinik 1M,

33) fasiliti perdagangan?

34) isu pemerdagangan manusia?

35) contoh borang kastam yg anda tahu?

36) CKD and CBU

37) barang terlarang drp dibawa masuk ke malaysia

38) situasi ; jika ternampak pegawai atasan kita terima rasuah

39) situasi ; if one compang kurang bayar cukai. Apa proses yg pegawai kastam perlu buat?

40) isu penyelewengan komersial?
Jawapan : perdaya orang / syarikat, dapatkan barang melalui pemalsuan kad kredit, ebanking, wasiat, insurans

41) CJ5? CJP?

42) jumlah threshold (jualan tahunan) utk industri2 utk dptkan kredit gst

43) asean yg belum ada gst - brunei

44) cara check barang kt port?

45) beza LHDN dgn kastam
Jawapan : lhdn collect cukai pendapatan individu n syarikat. Kastam collect cukai barang

46) pintu masuk negara
Jawapan : klia, lcct, pelabuahan, bukit kayu hitam, pulau, jeti (seperti batu pahat / melaka)

47) cawangan kastam di negeri anda inteview

48) gst utk peniaga online ada x

49) before ni cukai 5%?

50) isu remisi cukai?

51) hasil dlm negeri?
Jawapan : cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil

Okey tu je lah.. Aku dah ngantok. Moga bermanfaat