Tuesday, 9 January 2018

Review Kriteria Breast Pump Yang Bagus

Assalam wbt

Salah satu kriteria yang bagus untuk mencari breast pump adalah melihat bahagian ini, saya kurang syorkan malish Aria. sudahlah saya beli di Pump On The Go Kelana Jaya tak remind untuk isi form warranty dalam tempoh sebulan. Sudahnya, saya tak dapat warranty pun bila rosak. geram betul.


tengok di bahagian ini, udara masuk dari belah kanan ini.

bahagian ini, boleh nampak aliran susu dari kiri ke kanan. bila kita pam susu, udara akan buat tekanan rendah dan tinggi berulang-ulang kali. sebab bahagian valve mendatar atau dekat saja dengan laluan susu, kemungkinan susu terlepas masuk kembali ke dalam tiub adalah tinggi. 

jadi, air susu yg kembali ke tiub itu, bergerak ke arah adapter pam dan akhirnya rosaklah mother board circuit semua tu. kasihan saya. 

berbanding dengan spectra, tekanan / angin / pressure datang daripada belah kanan. Aliran susu datang dari belah kiri. kebarangkalian untuk susu masuk ke arah valve putih itu sangat rendah. jadi tiada masalah seperti bila saya guna Malish. 

jadi kalau nak beli pam, pastikan bentuk pam macam ini. supaya senang di kemudian hari. 


Terima kasih.


*******************************************
Pesanan penaja,
"Sudah ada perlindungan insurans untuk diri sendiri? sedangkan kereta pun ada insurans, lagikan kita..."

Monday, 8 January 2018

Beli Shawl dengan Zzescarf ig

Assalam wbt

Baru-baru ini, saya ada membeli shawl daripada ig zzescarf.


Saiz shawl Nailaa ialah approximate 2.0m x 0.7m, wideshawl lah kiranya. Berpuas hati dan kemas jahitan juga. Harga pun berpatutan sbb flowy sangat. Saya tak suka shawl jenis keras-keras ini. Walaupun cerewet tapi dapat beli yg consider murah is why not lah kan. Kalau anda duduk di kawasan Lembah Klang, harga shawl kat sini memang boleh capai RM6 - RM10 sehelai, cuma nak cari yg kita selesa tu susah sikit. 

Semoga terus berjaya okey... Terima kasih.





Sunday, 7 January 2018

Beg Custom Made daripada Jeans

Assalam wbt

Beg Custom Made daripada kain jeans. Cantik kan? nak buat jugak ke? boleh contact dengan Huda, 0145105964. Jeans boleh bawak sendiri dari rumah, seluar jeans yg tak digunakan lagi ke?

harga untuk beg seperti ini RM60. 

nah dalam dia macam ini. 

okay saiz yg saya minta adalah seperti di atas. lebar depan 27cm, tinggi 32cm dan lebar belah tepi ialah 13cm. just nice untuk jadi beg sekolah atau beg jalan-jalan....


Cubalah... Terima kasih.


***************************
Pesanan Penaja,
Yazid Yohani
+60172000349
Prudential Wealth Advisor

Saturday, 6 January 2018

Beli Tshirt Labuh RM25 dengan Hana Closet

Assalam wbt

Boleh check ig hana.closet18 , tshirt labuh sangat flowy dan muslimah. Tidak ketat. Besar di bahagian punggung, maksudnya tidak seksi lah kan... Harga pun berpatutan, RM25 sehelai. Kalau tengah ada sales, RM120 untuk 6 pasang termasuk pos!! Berpatutan sangat kan??

Kalau anda penduduk Shah Alam, boleh check tshirt labuh yg hampir sama di Pasar Karat Seksyen 13, sehelai mungkin RM17 - RM25 tapi kena rajin berjalan sebab luas sangat kan pasar tersebut.

Sekarang tidak perlu risau. Cari di ig anda sekarang



Ada yang plain dan ada juga yg bercorak. Harga masih sama. Oh ya, cepat sangat habis stok. Jadi kalau teringin nak beli, kena selalu alert dgn stok yg admin bagitahu. 


Okey. Sekian terima kasih.


**********************
Pesanan penaja,
Yazid Yohani
Prudential Wealth Advisor
0172000349

Friday, 5 January 2018

Telekung Travel daripada Dfiya.Telekung

Assalam wbt

Sudah lama mengidam nak beli telekung travel. Bukan apa, susah nak percaya jenis telekung travel yg ringan dan tidak terlalu melekap pada badan. Suatu hari, semasa saya solat di surau office, ternampak kawan office memakai telekung travel. Jadi cepat-cepat saya tanya.

Nah jadi saya sudah beli. Telekungnya tidak terlalu melekap. Saya pilih warna hijau sebab agak gelap. Kalau beli warna cerah takut nanti ternampak bayang-bayang leher pula. Harga RM36 tidak termasuk pos.

Boleh wasap beliau.

macam ini beg dia, bagi saya, tak berapa best sebab susah nak lipat dan tiada zip.

jadi saya guna pouch yang ada zip. mudah sikit.

banyak pilihan warna tau. jemputlah datang ke ig beliau. jenis kain, ala-ala cotton tapi bukan plastik yang ringan gila macam telekung travel murah RM20 jual kat area Masjid Jamek. ini up sikit standard jenis kainnya. insha Allah berbaloi harga dgn kepuasan. 



Okayy terima kasih. 

Thursday, 4 January 2018

Jalan-Jalan di Akuarium Coral, Menara Kuala Lumpur

Assalam wbt

Saya nak menyambung lagi cerita semalam, Akuarium di Menara Kuala Lumpur. Fuhh. Banyak ikan juga kat sini. Kalau ambil pakej dgn KL tower tu boleh jadi murah, macam harga seringgit saja.

Aquarium @ KL Tower, kalau pergi berasingan harganya RM13 untuk satu tiket.

Saiz taklah sebesar Aquaria KLCC, tapi just nice. yang penting ada Baby Shark doo doo doo.
 
Nasuha terkejut sangat masa tengok Baby Shark, menjerit-jerit, tak tahu sama ada gembira ataupun sedih. hehe. Yang penting, percutian ini sangat menarik ! Jemputlah datang !
 
 
Terima kasih.
 
**************************
Pesanan Penaja,
Yazid Yohani (Prudential Wealth Advisor)
+6017-2000349

Wednesday, 3 January 2018

Jalan-Jalan di Menara Kuala Lumpur

Assalam wbt

Alhamdulillah sudah sampai kita di tahun 2018. Semoga apa yg kita hajati akan tercapai pada tahun ini. Insha Allah. Sambungan kepada Taman Eco Rimba KL hari itu, berjalan sehingga ke hujung tower I kami tiba di Menara Kuala Lumpur. Alhamdulillah tercapai wishlist Mama.

Okay, perkongsian ini sepatutnya saya coretkan pada tahun lepas (lah sangat), tetapi oleh sebab kekakangan waktu, saya coretkan hari ini. Kami sekeluarga telah pergi ke Menara Kuala Lumpur yang terletak di ibu kota. Kalian boleh waze sahaja supaya tidak sesat. Ada tapak parking percuma tetapi tidak banyak. Saya tidak pasti parking di bahagian lain kerana kami parking kereta berdekatan dgn Taman Rimba Eco,KL dan berjalan kaki sehingga ke sini.



Nampak tak harga tiket dewasa tahun 2017 ialah RM32, Kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas, RM21. Yang lain-lain percuma. Harga tiket OKU dan warga emas tidak dinyatakan di dalam ilustrasi, jadi kami pun tidak tahu.  (oh ya, dulu tahun 2004 kot, harga dia RM8). 

Kami pilih observation deck sahaja. ada tingkat T1, T2, T3, (T1 - untuk observation sahaja, T3 - untuk wedding), Lif untuk observation dan wedding adalah sama, tapi tempat beratur yang berbeza. di mana nak beratur, nanti staff akan tolong tunjukkan, jangan risau. 



Ada beberapa pakej.
1) Combo A : RM33 dewasa  || RM23 kanak-kanak (KL Tower - observation deck & Akuarium)
2) Combo B : RM38 dewasa  || RM28 kanak-kanak (KL Tower - observation deck & upside down house)
3) Combo C : RM50 dewasa  || RM40 kanak-kanak (KL Tower - observation deck & mini zoo)
4) Combo Sky Deck : RM80 dewasa || RM44 kanak-kanak (Sky Deck - observation deck - pilih antara Akuarium, Mini Zoo atau Upside down House)

Kalau nak naik untuk lihat panorama yg kat bahagian luar itu, nama dia SKY DECK ya.


ini pemandangan dari bahagian atas. Lawa, nampak KL.... tetapi kalau anda kerja di KL dan berada di tingkat 45 ke atas pun sudah cukup untuk membayangkan perasaan tengok panorama seperti ini. Yang berbeza, kita naik mercu tanda negara. 

Oh ya, depan Naqib ada Menara TRX tapi belum siap dibina. Kalau dah siap dibina nanti, kita cuba naik pulak ye.... 

Nasuha Naqib tengok jakun juga lah sebab kecil-kecil semuanya. 

Ada lakaran tower yg tinggi-tinggi di serata dunia. Yang paling last, Menara Alor Setar. sama betul dengan Menara Kuala Lumpur, yang membezakan ialah ketinggian sahaja. 

Sempat merakam kenangan.

Nah kami ambil Pakej Combo A. Ada GST tau.

Nampak tak?


Sekian, terima kasih. Jemputlah datang ye....


***********************************
Pesanan penaja,
Yazid Yohani, Prudential Wealth Advisor.
+60172000349.