TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Aug 2017

Kenapa Takaful Company Tidak Mencukupi?

Assalam wbt

Hari ini, pengisian berkaitan insurans / takaful.

Sesiapa yang tiada insurans / takaful, kenapa selalu bagi alasan ?

💮 saya sudah ada insurans majikan
💮 saya masih muda
💮 saya tidak cukup duit
💮 saya tidak percaya apa-apa berkaitan takaful / insurans (ejen, syarikat etc)
💮 saya tidak ada masa utk dapatkan
💮 saya tidak tahu / tidak mahu ambil tahu


Sengaja saya buat 3 gambar ilustrasi tentang takaful. gambar ehsan google. saya cuma edit sahaja.

Apa yang selalu orang tak sedar tentang kepentingan insurans / takaful? Kenapa Takaful Company tidak mencukupi? Jangan terlalu bergantung dengan Takaful Company okey?


KES 1


Pengamatan daripada kes 1 di atas, syarikat tempat Zulyn dan Adura berkerja mengalami kesukaran. Benefit Takaful telah dimansuhkan. Sebulan selepas itu, Zulyn dan Adura disahkan menghidap penyakit cyst. kita dapat lihat, kos rawatan Zulyn akan menggunakan Takaful personal beliau sepenuhnya, manakala Adura terpaksa berdepan dengan masalah kewangan kelak.

mahu jadi seperti Zulyn atau Adura?

KES 2

Pengamatan daripada kes ke-2 seperti di atas, semasa di syarikat lama, Zulyn dan Adura telah disahkan menghidap penyakit kanser. Ketika mula bekerja di syarikat baru, polisi takaful tidak boleh menanggung kos rawatan penyakit Zulyn dan Adura. 

Beruntung Zulyn sudah memiliki Takaful personal. Adura terpaksa berdepan dengan masalah kewangan kelak. 

mahu jadi seperti Zulyn atau Adura?

KES 3


Pengamatan daripada kes ke-3 seperti di atas, Zulyn dan Adura telah menukar kerja ke tempat lebih baik. Sebulan selepas bekerja, Zulyn dan Adura disahkan menghidap penyakit cyst. Walaupun company baru mempunyai benefit Takaful, tetapi oleh sebab mereka masih di "waiting period", kos rawatan tidak boleh ditanggung. Waiting period ialah tempoh menunggu (120 hari) sehingga polisi takaful lulus.

Jangan risau, kos rawatan Zulyn akan menggunakan Takaful personal beliau sepenuhnya, manakala Adura terpaksa berdepan dengan masalah kewangan kelak.

mahu jadi seperti Zulyn atau Adura?




watak dan nama company takaful / insurans hanyalah rekaan semata-mata
..................................................................................

Situasi begini banyak berlaku di kalangan masyarakat kita. tapi kesedarannya masih belum cukup membuatkan sesetengah orang membeli polisi insurans. sedangkan kereta juga ada takaful, lagikan kita nyawa manusia. kenapa? maybe kena kawal pembelian keperluan dan kehendak setiap bulan. 



Sekian, terima kasih... 

24 Aug 2017

Pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat di Masjid Negeri Shah Alam 2017

Assalam wbt.

Pada 7 Ogos 2017 yang lalu, kami sekeluarga telah mengadakan lawatan ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat yang bertempat di Masjid Negeri, Masjid Besar Shah Alam, Selangor. Pameran ini diadakan pada 10 Julai sehingga semalam, 23 Ogos 2017. Tiket masuk RM20 bagi orang dewasa, RM10 bagi kanak-kanak atas 5 tahun dan percuma untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Jadi jumlah keseluruhan kami ialah RM40. Berbaloi sebab bukan senang nak tengok dengan mata kepala sendiri semuanya. Kita entah bila nak sampai di Tanah Madinah dan Tanah Mekah.

Mari kita tengok gambar-gambar di bawah.

ini artifak Hassan dan Hussin (cucu Rasulullah)




ini ialah janggut Rasulullah 



ini cap Mohor zaman Rasulullah (ada tulisan jawi tu kat kiri, nampak tak?) 


di bawah ni ada beberapa pedang. tapi pedang para sahabat saja. pedang Rasulullah tidak dipamerkan. apabila saya bertanya dengan staff yang bertugas, pedang Rasulullah tidak berjaya dipinjam. buat pengetahuan, Rasulullah ada lebih kurang 6 pedang. tapi yang masih disimpan mungkin dalam 4 bilah. salah sebuah negara yg dikatakan menjaga pedang tersebut ialah Brunei. tapi tak dapat dipastikan kesahihannya. boleh check sendiri kot.







ini rambut Rasulullah. dikatakan rambut ini sentiasa memanjang dan pernah dipotong.

ini capal Rasulullah. masa nampak saja terus nak menangis. rasa rindu sangat dengan Rasulullah. besar capalnya. saiz macam 10 (kaki lelaki kot). 

ini serban Rasulullah. masa kami sampai di kotak kaca ni, bau harum sangat. bau badan. tak dapat nak gambarkan macam mana. tapi memang wangi harum semerbak. tapi masa kami tegur, nak cari semula bau ni kat mana, dah tak boleh jumpa dan dah tak bau. oh ya, baju Rasulullah tiada.

ini tapak kaki Rasulullah. dikatakan apabila Rasulullah memijak atas batu ni, batu melembutkan dirinya dan terhasillah bentuk tapak kaki. dan orang simpan untuk dijadikan kenangan. 


sebenarnya ada banyak lagi yang dipamerkan tapi kami tak berkesempatan nak mengambil semua gambar kerana ramai orang. bergilir-gilir nak ambil gambar. harap perkongsian ini bermanfaat. semoga suatu hari nanti kita berkesempatan untuk menziarah Makam Rasulullah SAW. insha Allah.


Sekian, terima kasih. 

21 Aug 2017

DIY Pelita Raya

Assalam wbt

Bila nak dekat Raya Aidil Adha, sengaja mahu mengimbau kembali kenangan kami masa kecil dahulu...

Walaupun dah lama, saje nak bercerita... Dedolu kami DIY pelita sendiri. masa ini, kami sekeluarga masih susah juga, pelita ni masuk dalam list kehendak bukan keperluan. Jadi, kami tak boleh beli tapi kami nak pasang pelita.

Mak bagi idea yang bernas macam beras... mak suruh DIY sendiri guna tin. apa yang kami perlukan,

1) tin kosong
2) dawai
3) kain batik (sikit je) yang dah tak dipakai
4) tenaga.
5) batang kayu untuk gantung pelita

Mula-mula kami berjalan sekeliling kampung dengan berbasikal. kami cari tin kosong. tin minuman tu aje. batang kayu pun ambil kat kebun getah sebelah rumah. kain batik untuk dijadikan sumbu, kita ambil yg mak dah tak guna. dawai pun pakai apa yg ada..

TARRAAAAA !!!!

17 Aug 2017

Review Bercuti di Gold Coast Morib, Selangor

Assalam wbt

Kami dapat percutian FREE di Morib. kos maybe dalam RM270. 2 hari 1 malam, termasuk pakej tiket masuk ke taman tema air untuk 2 orang dewasa dan 2 orang budak. bebudak bawah 110cm free. kalau actual masuk taman tema air, RM35 untuk dewasa. WEBSITE


check in pukul 3 petang. check out pukul 12 tengah hari.


jenis studio suite (ada dua katil)
 
bilik ini paling murah tapi ada jakuzi...siap ada tingkap yg menghubungkan bilik air dan katil. jadi sementara dak kecik main air, boleh tengok dari katil aje.

taman tema air tak besar sangat. tempat nak main air limited sebab ada kawasan yang dia tengah buat renovation. pesta buih pun kejap aje.. ada lah beberapa minit live band. tapi kejap aje lah. hehe... bangunan Gold Coast Morib besar juga.. luas...

boleh pakai sampai besok. janji jangan tanggalkanlah.. let say, pergi hari Sabtu, dah penat main air, masuk bilik, besok pagi ahad boleh main air lagi... oh ya kalau nak main air malam, kena tambah RM10...







 

Naqib suka benar main benda ni... siap terbalik balik lagi. hehe...


kat sini lah ada pesta buih tu...

 

RUMUSAN
1) bawa tempahan by email tu nanti tunjuk kat receptionist. senang sikit. ada deposit RM50. dipulangkan bila kita nak pulangkan kad bilik
2) kat taman tema air, boleh pakai baju apa-apa... tak perlu pakai swimming suit macam kat Sunway Lagoon... jadi senang sikit. oh ya. ada access ke Pantai Morib... tapi kami tak sempat nak pergi pula.
3) makanan (nasi nasi) susah gila nak dapat. yg ada kat dalam tempat ni, mahal sangat. haha.. pastu kedai / restoran berdekatan tu adalah sangat jauh .. jadi kena rancang perjalanan. dah la lampu jalan tak banyak...
4) kedai serbanika dorang bukak 23 jam kalau tak salah. ke 24 jam... jadi kira okey lah.. boleh juga beli Maggie kalau terdesak. hehe
5) waze aje morib gold coast, terus jumpa. senang sangat...
6) line internet agak slow di kawasan ini.
7) ada tv. ada aircond. ada water heater. ada kettle, ada iron. ada plug (2 sahaja)
8) parking lot banyak sangat. jangan risau tak dapat parking. parking free utk siapa yg bercuti kat situ. yg saje-saje datang tu aku tak pasti pulak.
9) free sarapan utk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. boleh makan daripada pukul 8 - 11 pagi
 
KOMEN TAK BEST AKU
1) bilik luas, tapi aircond tak kuat langsung. call receptionist, dia pass kan call kepada hotline maintenance. kita perlu cakap dengan pihak maintenance sendiri. tapi pihak maintenance tak angkat call pulak. call tak dapat aje, last2 terpaksa redha aje lah tak sejuk air cond. maybe kena servis kot
2) modem internet ada, tapi tak dinyatakan prosedur camne nak login / nak connect. bukan semua orang familiar camne nak buat.
3) takde nombor telefon pihak yg penting-penting. contoh, balai polis berdekatan, bomba berdekatan, hospital berdekatan, nombor orang maintenance hotel,.. maybe emergency tu dia expect kita google, or call 999.
4) tombol pintu dah pecah. kena hempas pintu kuat2 bila nak kunci. (bahaya betul sebab Naqib terbukak pintu.. ingatkan kita dah kunci rupa-rupanya sebab tombol tu dah pecah sikit, tak ketatlah pintu tu kan)
5) kawasan tepi tepi tempat taman tema air tu, yg bahagian simen-simen tepi longkang tu kan, banyak yg pecah-pecah. bahaya sikitlah untuk bebudak dan mak pak budak yg berjalan.. tak perasan ke camne luka tu,...
 
tu je sikit sebanyak review aku... moga bermanfaat. 


15 Aug 2017

Ujian PAC Pegawai Penerangan S41 di Politeknik Port Dickson (2017)

Assalam wbt

Alhamdulillah dapat peluang join PAC Pegawai Penerangan S41 pada bulan Mei 2017 yang lalu. entri ni lama betullah baru nak buat kan...akhirnyaaaaaa boleh tutup buku untuk tajuk ini.. nah... 

Iklan: Belilah di IG zhulian_chua


Memula ambil nombor giliran. secara rawak. beratur dan dapat nombor. depa bahagikan group ikut nombor. let say, nombor 1 - 11 satu group. nombor 12 - 24 satu group. macam tu lah. jadi in case dalam group takde perempuan atau takde lelaki,. ikut nasiblah... masa beratur tu, dia bagi borang tulis nama, name card (berdasarkan nombor) dan tajuk untuk Public Speaking dan Pengucapan Awam. kita diberi masa dalam 30 minit untuk bincang atau cari info.


nasib baik dapat tajuk senang.. kalau tak lagi nangis nak cakap apa.
 
dalam bilik, ada dua baris kerusi, sebelah pembangkang dan sebelah pencadang. rawak juga duduk mana.. tak ikut numbering....

pertama
sesi perbahasan ala-ala parlimen. satu jam 15 minit. tajuk "Kepentingan dan Peranan Kerajaan dalam Media Sosial".. sepatutnya formatnya cakap ala-ala parlimen.. "yang berhormat" etc... tapi aku tak reti. main hentam aje... kena ada sebut,

"terima kasih YB atas hujah tadi... " then baru sambung balas...

oh ya, ada masa 5 minit je nak cari isi. itu pentingnya ulang kaji.... tajuk-tajuk telah dibincangkan pada post yang lepas... Rujuk Sini

dan bila dah habis selesai tu, panel (ada dua orang) akan sebut nombor random. Nombor 20, sambung.. Nombor 11, sambung... gituuuew.. susah kau terkejut kite...



kedua
sesi pembentangan, masa diberi 30 minit untuk persediaan. ada tajuk. "Kempen Derma Darah"
perlu pilih ketua.. pastikan KETUA yang BAGUS. yang boleh bahagikan kerja dengan sebaiknya. masa group kami, ketua tak reti bahagi tugas. caca marba... kesian...

yang penting ada objektif, masa (duration), logo, maksud logo, bajet dari mana, kebaikan, kepentingan, siapa target audience, outcome nya apa... tulis semua dalam kertas mahjung.

ketiga
sesi English session. berborak sesame sendiri dalam bahasa Inggeris. masa 45 minit. tajuk "SME - small Medium Enterprise". ni aku tak baca, jadi takde idea nak borak apa. hahaha.. sayang sekali. tapi jangan tamak please. kalau kau dah cakap, bagi peluang orang lain cakap....

keempat
pengucapan awam. setiap orang akan bercakap 5 minit. bahasa Melayu. tajuk dah beri tadi kan? so kalau ada 10 orang cakap, kena focus kat semua orang... cakap slow slow biar orang faham.. jangan nak cepat siap aje. jangan aaa aaa, lambat tak boleh, jawapan berulang tak boleh (dah macam Jerat Sepahtu)  tak payah bawak kertas. kalau boleh 1 point dan kembang-kembangkan aje pun dah cukup... yg penting mesej sampai (ni adalah petua yg aku dapat drp panel juga)

oh ya, inb4, aku ni tak pernah buat pengucapan awam langsung. last aku cakap masa English session tahun 2006 sebab nak lulus subjek English.. isk isk isk.. mana tak teruk.. panel siap cakap boring kat kitorang...

kelima
public speaking. setiap orang akan bercakap 4 minit. bahasa Inggeris. format sama dengan pengucapan awam.
 
 
*****************************************************************
 
Selepas beberapa hari (1 - 2 June, baru ada Ujian Psikometrik) secara online... arahan semua akan diberi di dalam email... itu sahaja...
 
 
 


 

 
 
 

 

 Sekian, terima kasih. semoga yg Berjaya terus Berjaya...

 

 

9 Aug 2017

Penting tak Warmer / Penghangat Susu ?

Assalam wbt

Betul ke warmer tu penting? Bagi aku, warmer tak penting pun.. kami beli yg camni...


Bagi aku, tak penting langsung.. sebabnyaaa,, dengan air panas lagi senang nak menghangatkan susu ebm.. serious talk ! Aku prefer air panas. Takdelah amek masa lama sangat. Ambil air panas pun dari cerek / atau kami guna coway. Masa pun lagi jimat compared to warmer. Take time sangat nak panaskan. Dekat 10 minit pun so so aje.. hehe.. better sentiasa bawa air dalam flask / termos aje utk buat susu formula atau utk panaskan ebm...

Okey, semoga bermanfaat mana tau ada yg teringin nak beli ke. Yg aku punya pun nak letgo tapi takde orang beli lagi. Hahaha

7 Aug 2017

Roti Canai Sedap Gerai 16, Gerai Pak Ali Batu Tiga Shah Alam

Assalam wbt

Memang dah tak disangkal lagi, roti canai kat sini sedap gileeeeee wey.... kat mana? kat food court batu tiga Shah Alam. kat mana?

area Michelin batu tiga ada food court kan.. kat situ lah.. tepi jalan besar betul-betul... warung ni bersebelahan dgn kedai Capati Ji, dan kedai Ayam Penyet.. oh kedai Pakli ni takde nama... signboard dia kosong aje. putih bersih.. jadi obvious lah.. pekena dengan teh tarik pulak.. perghhh memang kombinasi thorrrbaik !!! sedap weyh... lembut betul roti canai dia. rangup dia pun sesuai..

menu favourite, roti canai, roti telur dan roti tampal.. harga tak mahal.. roti canai biasa dalam RM1.60 kot.. lupa.. tapi roti telur dan roti tampal RM2.00...

dibuka hari isnin - sabtu sahaja. ahad tutup.. jangan ngada-ngada nak ngidam hari ahad okey?

 
Sorry takde gambar roti canai sebab dah siap makan baru teringat nak share.. haha

3 Aug 2017

Review Mugen Bread Maker

Assalam wbt

haritu kami ada beli bread maker daripada CJ WOW Shop. jenama Mugen. betullah kot, beli bila tengah on-air lebih murah drp beli kat kedai barang elektrik atau ketika offline CJ WOW Shop... oh ya, boleh pulangkan balik barang dalam masa 7 hari selepas beli...

kalau untuk bread maker ni... serious senang.. dia ada banyak function... ada function bread biasa, French bread, dodol, nasi beriyani... tinggal campak-campak aje.. senang bila dah ada resepi.. contoh resepi roti... aku follow resepi yang ada kat dalam internet juga... tak payah gaul ke apa. semua tu bread maker yg buat... Boleh Baca Link Aku Boleh beli di SHOPEE

orang tak pandai masak pun boleh masak uols !!! serius...! kawan-kawan aku cakap, okey sedap juga rasa roti tu, macam beli kat gardenia.. over tau..... hehe..

oh ya,, dalam bread maker punya manual ada lah dorang share resepi. jangan ikut tau.. sebab nya aku dah ikut dan tak sedap! hahahahaha.... 

Nampak tak menu.. boleh pilih kat situ.. ada 16 jenis menu...


nah.. lepas tunggu 3 jam 11 minit,, dah jadi !! Alhamdulillah sedap masa first time cuba lagi..





Sekian, terima kasih ! 
IG : zhulian_chua 

2 Aug 2017

Cat untuk Kereta Yang Tercalar

Assalam wbt

Kalau ada kereta bercalar sebab terlanggar tembok camne nak buat ek?

Okey,,, boleh didapati di kedai kedai hardware atau giant atau aeon big pun ada. So far harga sama je aku tengok.

1 - Solven RM4.23
2. Cat color RM26.49
3. Clear coat RM10.59 
(Semua dah masuk gst ye harga ni)

Warna ni kena confirmkan bebetul. Contoh warna silver ada ke sampai 4 - 5 jenis silver.. 

SATU - sapukan solven 

DUA - dah yakin, sapukan cat color yg korang pilih. Sampai puas hatilah nak cat camne 

TUNGGU SEHINGGA 30 MINIT

TIGA - sapukan clear coat

nahhhh siap !!! Selamat mencuba !!!!

Sebenarnya incik somi tataupun kita tercalarkan kereta dia. By the time dia baca posting ni dia tahulah... Aiyaaaa.. mintaaaak mahaaap lah abang.. isterimu tak sengaja... Hihi 😅😅😅






1 Aug 2017

Review Beli Handphone di Direct D Petaling Jaya

Assalam wbt

Kami dah berpengalaman dua kali membeli dengan Direct D. kat mana? Waze aje sebab memang jumpa. kalau anda memang stay area klang valley memang familiar dengan tempat sini... yg belah Petaling Jaya, di sebelah highway federal. kalau subang jaya, kat SS15... kat petaling jaya, dia dalam satu premis besar.. tapi kalau subang jaya, ada kedai-kedai kecik... senang....

Harga sangat berpatutan ! berbaloi-baloi. boleh cakapkan competitive macam harga lazada lah... sama oi ! tapi yg best sebab kita boleh belek-belek dulu kan.. kalau kat lazada belek kat website aje lah. hehe... pekerja kat sini juga ramah ramah belaka.. aku tak tau lah kalau ada orang bad experience beli kat sini. tapi kami Alhamdulillah beli dua kali kat sini, ok... 

pasal warranty,,,, warranty direct ke company.. macam Vivo, kat Vivo HQ... macam Xiaomi, kat Xiaomi HQ. cuma kena simpan kotak asal handphone dan resit asal handphone....

pemandangan di dalam kedai yg meriah bebenau...

nah.. banyak percuma.. ada selfie stick.. ada keychain.. ada tah macam2 lagi...oh ya dapat juga voucher percuma percutian 3 hari 2 malam di hotel 3 bintang... tapi untuk weekdays aje.. weekend tak boleh guna voucher ni okey? oh ya, harga Vivo V5S ialah RM1200 bersama-sama hadiah yang ada di dalam gambar...


kot orang Tanya kenapa banyak percuma / free gift? free gift ni banyak kalau kalau kalau beli masa tengah nak launch... Vivo masa ni first day launch. jadi banyak sangat free gift. kalau tak hari-hari lain dia tertakluk kepada terma dan syarat.........

ni free power bank.. not bad. kebetulan power bank kami rosak.. hehe

oh ye.. masa beli Xiaomi haritu,, beli Xiaomi 4A... RM560... Termasuk screen protector yg tempered glass, original casing warna hitam, dan internet security Kaspersky... kalau beli handphone takde accessory tu, RM509 *sama dengan LAZADA* serius !!


nah langkah kanan.. siap ada makanan.... yeah...!