Tuesday, 8 November 2016

Review Buku Sila Pukau Suami Anda Karya Syed Yusainee

Assalam wbt
Aku nak kenal attitude suami aka incik hubby lebih dekat. Maka aku gagahkan diri pergi mph dan beli buku "Sila Pukau Suami Anda" karya Syed Yusainee ... Buku berharga RM19.. Buku suami isteri. Kalau nak beli before kahwin, aku cam tak berapa galakkan kottt. Hihi. No offense k penulis.... Oh ye penulis ni dah kawen berbelas tahun lah. Jadi experience dia valid bagi aku!
Dan ini komen aku..
Buku ini tak sesuai dengan aku sebab bagi aku tujuan tulisan jika anda ada masalah dgn suami. Contoh
1) jika suami ada perempuan lain
2) jika suami suka makan kat luar
3) jika suami suka keluar dgn member balik lewat malam
4) jika suami suka berahsia, contoh taknak share wasap / tak bagi bukak enpon dia
5) jika suami baru berjinak2 nak ada perempuan lain
6) jika ada masalah nak dapatkan sesuatu drp husband. Contoh nak mintak dia belikan baju, barang kemas etc
Kalau hangpa ada masalah dgn husband macam kat atas ni, disyorkan beli sesangaat... Serious !! :)
Oh ya, aku dah beli lagi 2 buku drp PTS pulak. Haha. Nanti aku share juga. Kbai...

Friday, 4 November 2016

Krim Ruam Jenis Roll Tak Bagus

Assalam wbt
Kalau ada klinik bagi krim ruam / rashes cream berbentuk roll macam dalam gambo ni jangan guna lah ye... Tak bagus...
Ritu kami gi satu klinik ni. Swasta. Kat bukit jelutong. Doc bagi krim jenis roll. Bukan ubat sabu cam biasa tu.. Bila naqin warded kat demc, tunjuk kat doc demc, doc cakap ubat ni buat gatal2 tu makin merebak... Kesian naqib... Jadi elakkan beli dan elakkan guna okey...

Tuesday, 1 November 2016

Promoter Susu Formula Aeon Big Batu Pahat Annoying

Assalam wbt

Aku tak snap pulak lah gambo promoternya kan... 29/10/16 yg lalu aku beli 2 kotak susu sustagen vanilla 1.3kg ... Kat signage tertulis RM56.90 ... Memang murah drp harga biasa ! Aku nak amek tapi dalam masa yg sama aku nak baca bebetul apa kat signage.

Tapi bila bila bila mana ada promoter yg terlalu overrrr sangat nak promote barang depa,aku jadi tak fokus. Ye. Aku x fokus langsung! Dan dah bayar RM61.50 utk sekotak susu sustagen vanilla 1.3kg... Dan aku baru sedar bila aku balik USJ.

Promoter ni kengkadang tak fikir pun masalah orang lain, yg dia tahu cuma sales dia banyak aje. Aku cakap aku pilih sustagen sebab nak save cost. Dia cakap susu dia bagus dan tak salah tukar yg lain..pastu siap cakap kalau nak murah, belilah dugro.. Dia cakap lagi DHA yg ada kat sustagen tak banyak macam DHA susu yg depa jual.. Tapi aku bukan kira DHA banyak ke tak. Aku fikir Naqib nak minum ke tak.dah xde masa aku nak tukar2 susu ni. Over lagi dorang tu, bercakap masa aku kat kaunter. Sepatutnya dorang kena respect pilihan customer..

Dan tak boleh blah betul, promoter ni promote susu formula utk nasuha. Bila mana aku cakap aku bf nasuha, dia still promote susu formula isomil tu,,, dan masa ituuuu lah cashier key in barang dan masa itulah terusssss hulur je duit tanpa check discount ke tak... ! Silap betul. Silaaaaaap sangat !

Dan.. Aku tulis kat website aeon big complaint tu... Bagus Pn Shikin (aeon big batu pahat) cara dia nak handle.. Lepas pung-pang-pung-pang proses nya, dia bagitahu actually promo hanya utk 1.2kg 1+ .... Bukan utk vanilla... Sedih betul. Semua salah promoter tu !!! Rm10 tu besar nilainya buat kami... But satu peluang, kami boleh pulangkan barang kat aeon big shah alam seksyen 23.... Kalau ada stok okey lah, kalau tak kena ganti barang lain yg harga sama dgn resit... Semoga aku dapat tukar ye...