Thursday, 7 June 2018

Sardin Homemade by Mama Nita, Putra Height

Assalam wbt

sesiapa yang teringin nak makan sardin home made, dan anda tinggal di kawasan USJ, Putra Height, Shah Alam, Puchong, bolehlah cuba #airtanganmamanita

Memang sedap !!

kalau ikutkan penutup pada gambar, expired date ialah dua bulan dari sekarang. lama juga!


dalam satu bekas ini ada 5 ekor ikan sardin. 

kalau nak makan, just panaskan sahaja, kalau nak tambah kepedasan, boleh tambah bawang dan cili. as if panaskan sahaja.. tahan jika disimpan di dalam peti sejuk. tiada bahan pengawet.... rasanya confirm lebih sedap kalau nak compare dengan sardin biasa yang harga RM6 ke bawah tu. atau boleh compete dengan Botan dan Adabi. cuma mungkin Sardin Adabi, dia ada rasa kari sikit. mungkin nanti kena buat review kat #mamanita .... itu pendapat aku lah. yang penting sekarang memang tak nak beli sardin dalam tin sangat sbb bahan pengawet banyak sangat.....

okay, kalau berminat nak tempah, boleh whatsapp #mamanita di sini 017-3175650 


Terima kasih. 

Wednesday, 6 June 2018

Makan Kuey Teow di Kedai Makan, Surau Al Madaniah USJ 18

Assalam dan hi

Hari itu kami makan kuey teow kat sini. Selalu lalu lalang kat situ, akhirnya dapat juga merasa. Almaklumlah kat area USJ kami tak banyak restoran melayu. Kedudukannya di dalam perkarangan surau. Ya, tak tipu ! 

Rasa not bad. Oh ya teringin nak makan roti canai yg orang melayu buat pun ada juga. Dibuka pada waktu petang sehingga malam. Dibuka seawal 7 pagi ! Fuhhh

Nampak sedap kan? Rm5

Menu yg ada. Ada menu pada waktu tertentu

Maaflah saya x tau nama kedai. Hehe... 

Tuesday, 5 June 2018

Bayar Saman Parking MBSA melalui Stesen Pandu Lalu

Assalam wbt

Sebelum ramadan haritu kami dapat surat chenta daripada MBSA, Majlis Bandaraya Shah Alam, kesalahan tidak meletak kupon. masa surat saman itu datang, kami nampak tetapi pegawai yang bertugas kata dah terlambat, dia dah cetak surat saman, jadi mahu atau tak mahu, perlu bayar.

jika membayar dalam tempoh 24 jam, hanya RM10. dalam tempoh seminggu RM30 kot. tak berapa ingat, hahah sorry.

tapi yang penting nak bagitahu, di Shah Alam, ada stesen pandu lalu, jadi tak perlu parking ya. mudah sangat!!! nak ke sini? waze sahaja MBSA. di pintu pagar, ada bunting besar yang tunjuk arah ke pandu lalu tersebut.

kaunter ini beroperasi seawal 730 pagi hingga 530 petang. sabtu ahad ditutup.

terdapat tiga kaunter dibuka, jadi jangan risau lambat. memang super fast!!! 


cepat-cepatlah bayar hutang yang sebegini, kalau tertunggak pun jenuh nak bayar. yang aku tak faham sangat, saman-saman macam ini tidak memberi kesan kepada pembaharuan lesen memandu atau cukai jalan. mungkin jika dikuatkuasakan sekatan pembaharuan kepada sesiapa yang tidak membayar saman, mungkinnnnnnlah baru orang nak bayar.... who knows....?

Monday, 4 June 2018

Kedai Menjual Bahan Asas Kek dan Kuih di Bagus

Assalam wbt

Kalau teringin nak membeli bahan asas untuk membuat kek, kuih, biskut raya, bolehlah datang ke Kedai Bagus. Boleh belo secara pukal, jadi agak jimat juga.

 Yang ini cawangan di Seksyen 13 shah alam. Boleh google cawangan lain di www.bagus.com.my
Boleh beli online untuk sesetengah  barang sahaja...


memang ada di Selangor sahaja. buka pukul 10 pagi. 


okay jemput datang beramai-ramai. tak beli, nak singgah tengok tengok window shopping pun boleh. best ! haha

Sunday, 3 June 2018

Kedai Eco RM2 Sudah Ada di Subang Jaya, Selangor

Assalam wbt

Yeahhhh !!!! Tidak dapat digambarkan kegembiraan di mana kedai Eco, iaitu kedai RM2, atau kedai 2 ringgit yang tidak asing lagi iaitu kedai eco 2 sudah bertapak di Subang Jaya Selangor, kawasan yang sepertinya mustahil untuk dipilih. Sebelum ini, kedai Eco terdekat yang kami tahu, Seri Kembangan atau Klang. Jauh nak pergi sebab ada tol. Sekarang sudahlah dekat, tiada tol, parking agak banyak, memang best!

Cawangan ke 95, beroperasi sejak bulan dua katanya. Setiap hari akan dibuka seawal jam 8 pagi !! Dan tutup pukul 1 pagi.. ! Macam tak percaya !! Tapi itu hakikatnya. Apabila gst 0% ini, harga betul2 RM2. Rata2 barang dari Malaysia, Indonesia, China atau Thailand, tapi kami tak peduli, asalkan boleh beli dengan harga murah. Jimat berganda !



Nak ke sini? Tiada waze? Tiada masalah! Ikut laluan ke mydin, terus sehingga nampak jalan utk buat pusingan uturn, kedai eco di kanan ! Kedai warna merah jadi sangat jelas, jangan risau memang nampak sungguh! Haha... okay kedai ini di USJ 1.

Okay selamat membeli...