Monday, 3 June 2019

Nota untuk Penggemar Ikan Akuarium Air Tawar

Assalam dan Hi,


Saya nak share link untuk korang buat sebagai rujukan tentang ikan akuarium air tawar. Kebanyakannya datang dari Indonesia. Nasib baik bahasanya tidaklah begitu susah nak difahami jadi not bad lah, boleh juga faham. hehe



1. Blog Rojakone Malaysia - Akuarium dan Tips-tips Awal Membela Ikan 

2. Blog Seri Laman - Akuarium dan Seni Pembiakan Ikan

3. Blog Belang Tarung - Jenis-jenis Ikan Hiasan Air Tawar 

4. Blog Akuariyom - Jenis-jenis Akuarium 

5. Blog Sayahazu - DIY Akuarium (air tawar rasanya... )

6. Blog Amazonium - Penapis untuk Akuarium 

7. Blog Masbidin - Jenis-jenis Ikan Hiasan Air Tawar

8. Blog Myrokan - Jenis-jenis Udang Hiasan Air Tawar

9. Blog Medium - Jenis-jenis Udang Hiasan Air Tawar


Setakat ini, itu sahaja. nanti kalau ada lagi yang sesuai, aku buat reference di sini. bukan senang nak jumpa blog yang betul-betul memberikan ilmu. ada tu, aku baca bela ikan untuk newbies. tajuk bukan main gah, tapi isi tak bagus. rugi saja klik. haha. oh ya, jenis-jenis ikan air tawar ini, kadang-kadang ada yang sama, kadang-kadang setiap kedai kita pergi lain pula namanya. contoh macam ikan yang kami beli. ikan molly/glofish/lily/white skirt, tak tahu yang mana satu yang betul. hihi 


Sekian, terima kasih. 

Saturday, 1 June 2019

Kedai Akuarium Ikan Air Tawar di Sekitar Shah Alam dan Subang Jaya

Assalam dan Hi


Hari ini aku nak share di mana kami beli ikan-ikan akuarium air tawar dan alat kelengkapannya.

gambar ehsan google

1.     Xian Long Aquatic . Kedai ini terletak di Seksyen 23 Shah Alam. Terletak di kawasan ala-ala perindustrian dan perumahan menyebabkan kotak parker agak limited. Daripada alat kelengkapan dan pelbagai jenis ikan ditawarkan di sini. Kalau nak cari akuarium jenis cermin berbentuk bongkah yang style pun ada di sini. Makanan kucing pun ada. Kalau nak cepat, rajin-rajin tengok update di FB untuk book ikan kegemaran anda. Kami beli pokok air tawar di sini. Kedai-kedai lain tiada masa kami survey. Pokok pun agak murah iaitu RM4 seikat dan ada empat jenis kot.

2.     Akuarium Chong Hong . Kedai ini terletak di Seksyen 25 Shah Alam. Terletak di kawasan kedai-kedai lama, mempunyai persekitaran yang agak kotor dan busuk membuatkan korang mungkin tak berapa selesa. Namun, macam-macam yang boleh diperoleh di sini. Bukan setakat ikan, penggemar haiwan eksotik seperti ular, iguana dan biawak pun ada di sini. Selain itu, itik, ayam kampong, angsa, burung kakak tua, hamster, katak, cacing (euwww sangat), eh macam-macam ada…. Tak terkata. Kami beli akuarium di sini kerana tawaran harga agak menarik berbanding kedai no (1). Oh ya, uncle India yang jaga cashier walaupun nama kedai, nama orang Cina. Boleh kata arif jugak, dia yang suggest nak beli ikan apa.

3.     Wei Koon Aquarium . Kedai ini terletak di USJ 9, Subang Jaya. Berdekatan dengan kedai-kedai makan seperti Murni USJ9 dan Kedai Mamak mungkin memberi factor kebersihan gred A bagi aku. Penjaga kedai agak arif jugak. Dia yang ajar kami jangan campurkan ikan aktif dan ikan pasif. Selepas pergi kedai ke tiga baru tahu. Jadi balik rumah, kami asingkan terus ikan puyu. Sebab ikan puyu ikan ganas ya uols. Dia boleh makan bangsa dia sendiri, dan korang takkan jumpa ikan puyu di kedai ini sebab owner kedai dah taknak jual, suka bergaduh dan mati. Oh ya di sini pun ada jual akuarium dan harganya okaylah tapi pokok akuarium air tawar dah habis stok.

4.     Natural Aquatic World . Kedai ini terletak di SS19, Subang Jaya. Masuk saja kedai, memang ada akuarium cantik, tapi sayanglah banyak ikan dah habis. Tapi kami Nampak ada sebahagian kedainya menjual pokok-pokok jenis air tawar Cuma kami tak berapa pasti harganya. Bolehlah datang sini kalau berminat nak tambah pokok-pokok.

5.   SA Fish World . Kedai ini terletak di Seksyen 15 Shah Alam, berdekatan dengan Pusat Servis Toyota kalau orang yang familiar dengan Shah Alam. Kedai 2 tingkat. Tingkat bawah ada ikan-ikan air tawar dan tingkat atas ada ikan-ikan air laut dan juga udang hiasan. Kedai ini serba lengkap dan harganya pun sangat berpatutan. Terdapat juga kayu-kayu hiasan serendah RM4, pokok hiasan air tawar dan juga pokok hiasan yang tumbuh atas kayu hiasan. Cuma klien ramai sangat, staff tak ramai. jenuh juga nak tunggu. kalau jadi member, ada diskaun. Tak perlu bayar yuran keahlian, just isi nama dan no telefon sahaja. nanti dorang wasap / message apabila ada promosi. 

kalau nak compare dengan semua, aku pilih SA Fish World dan Aquarium Chong Hong sebagai pilihan akuarium yang murah. 


Okay, kalau ada lagi nanti yang kami singgah, aku update lagi ya…..