TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

27 Jul 2016

Review Body Mist Dear Body

Assalam wbt

Check ig shop wazira.fragrance ....aku beli body mist Dear Body. Wangi oi. Bau vanila. Kalau sembur kat baju emang best lah. Suka gilaaaaa... 235ml utk Rm35 berbaloi2...

Actually ada 5 jenis. Tapi aku suka yg ni. Oh ye nak tester, boleh la beli Rm15 termasuk pos uols....murah kot, 1 tu ada 10ml kalau x silap dan boleh pakai dalam 5-6 kali sembur. Aku try dulu then baru beli hehehe...

Nah gambar. Belilah nanti.

18 Jul 2016

Resepi Kek Tiramisu yang Simple

Assalam
Ewah. Simple gilerrr resepi tiramisu yg adik aku bagi. Lebih kurang sama je resepi dengan cheesekut. Tak jauh beza. Rasanya juga sama. Mungkin kalau aku guna block cheese yg berbeza, maybe lain kot rasanya.
Sebagai simpanan,nah resepi dan gambar hiasan hehe.
Selamat mencuba.

17 Jul 2016

Tiub Gas Sudah Ditukar Dengan Yang Lebih Selamat

Assalam wbt

Kalau ada orang datang rumah pakai uniform gini, ko amek la gambo kad staff die skali. In case tipu di kendian hari, boleh viralkan. Kahkah.tak pakai uniform ni jangan bagi masuk taw..

Okey nak cerita,tiub gas umah kami dah rosak.kebetulan die datang ,encik hubby bagi masuk dan check. Getah tiub baru ni bagus, bakar api pun lambat terbakar macam getah tayar kereta. Dia buat sekali demo. Takde demo memang aku dah halau balik. Ade dua jenis tiub. Satu plastik. Satu getah. Yg getah emang mahai. Yg plastik letak api pun dah terbako. Pastu kalau nak taw betol ke x, memang kene ad demo, kalau guna tiub yg betul, bile connect ngan gas, ada sumber api, takkan terbako secara agresif. Tapi beza dgn tiub biase yg color biru tu kan, bila connect ngan gas, ada sumber api, maka akan terbako secara agresif.

Nama company, UGS Network service (m) sdn bhd. Brader tu kata rege Rm79 exc Gst. So far okey lah pakainye... Cuma aku xtaw harga sebenar jika di kedai. Nanti bebila aku survey. Ada warranty 5 tahun uols. Kalau pindah,nanti staff negeri tu akn teroskan servis.

Okey moga x kena tipu okey...



15 Jul 2016

Kesalahan Yang Tidak Boleh Diikat Jamin di Malaysia

Assalam wbt dan Hai,


Hari ini saja nak kongsi dengan korang, ada 4 kesalahan yang tidak boleh diikat jami. Baca ini....


Kesalahan Yang Tidak Boleh Dijamin

1.     Kes pengedaran dadah  seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

2.     Kes penculikan yang membawa kepada hukuman mati Seksyen 3 Akta Penculikan 1961

3.     Jenayah di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api

4.     Kesalahan yang membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup di bawah seksyen 57 hingga 62 Akta Keselamatan Dalam Negeri


Terima kasih.


14 Jul 2016

Ujian Bertulis untuk Jawatan Penolong Pendaftar UiTM

Assalam wbt dan Hai,

Post ini berkaitan tajuk di atas. Ramai orang wasap email tanya apa yg ditanya.ini based on ujian 2014. Kalau dah tukar format xtahu lah kan.
Ujian bertulis soalan objektif aje. Pasal general knowledge dan attitude je. Senang gile x yah fikir banyak2. Soalan math ada kot sikit.lupalah. tapi aku x study banyak utk ujian bertulis. Half day dah siap. Ramai masa tu.. Then kalau berjaya, uitm akan bagi email kata kite akan ke saringan seterusnya.
Ada klu? Takde. Senang sangat. Cuma yg aku nak bagitahu, ujian attitude tu penting. Kalau x salah, ada 12 character semuanya. Tapi die bagi akronim je ,A,D,L gitu lah. Kena agaklah A stands for apa, D stands for apa. Jawab2 soalan, kat kertas mcq tu, Each row akan show kita character apa,.. Kalu boleh, character kite tu cenderung 3 je sikap utama. Pandai2 lah korang fikir camne nak jadi kan camtu.
Saringan kedua dan ketiga hari yg sama. Ada buat esei,guna komputer kat lab. Soalan berkaitan proposal nak organize majlis dan surat rasmi nak jemput yB datang majlis kita. Format acah2 betul dan ada idea lah, objektif majlis, carta org, bajet, benefit, aturcara majlis, kesimpulan. Lebih kurang gitu. Surat rasmi tu sonang baitu, tapi aku enclosed lah aturcara majlis.
Untuk ujian fizikal, setakat lari2, senam2, senang je hehe... Then petang boleh balik.
Untuk interview, akan dapat surat. Then baru study pasal uitm dan lain2 secara mendalam. Aku x lulus interview... Hihi sori, xde kabel..
Sekian... All the best calon2 semua