TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

12 Nov 2022

Begedil Sedap di Sekitar Shah Alam, Putra Height dan Puchong

Assalamualaikum wbt,

Kalau korang teringin nak makan begedil yang sedap giler, korang perlu cuba begedil yang kawan aku buat. Nama pembuat begedil ialah Aida, memang cantik, secantik namanya. 


Ada dua jenis, begedil ayam RM1.20 sebiji dan begedil daging RM1.30 sebiji. Bolehlah kalau-kalau korang nak order untuk office potluck ke, order untuk bagi kat kenduri saudara-mara ke. Hah lepastu boleh hantar melalui lala move atau korang boleh ambil sendiri di tempat yang dijanjikan. 

Boleh hubungi kawan aku, Aida namanya. NO WHATSAPP


Sekian, terima kasih. 

4 Nov 2022

Tukar Alamat Pada Geran Kena Bayar RM50 di JPJ

Assalam wbt dan Hai

Iye, kalau korang tengok geran kereta korang salah alamat ke, salah nama ke, salah apa-apa lah, korang boleh datang ke JPJ untuk tukar info. Ye, boleh saja datang bila-bila. Lepastu, korang perlulah bawa salinan bil ke, sebab nak buat reference, in case pegawai JPJ ada minta. Lepastu, bawa juga salinan IC siap-siap wokey? 

Untuk JPJ Shah Alam, terus ke Bahagian 5 (belah kanan), bahagian geran kereta. Sebelum ambil giliran, kena isi borang untuk tukar maklumat terlebih dahulu. 

Selepas kita isi borang seperti yang diminta, nanti akan buat pengesahan cap jari melalui mesin cap jari. Confirm dengan alamat baru, nanti Pegawai JPJ tanya nak print ke tak nak? Kalau tak nak print, alamat baru terus dikemaskini, kiranya lesen baru nanti korang dah ada alamaat baru lah. Kalau korang nak print, kena isi borang print geran, lalu kena bayar RM50 untuk print geran baru. Geran lama akan disimpan / dibuang oleh pihak JPJ, kira korang boleh bawa satu geran yang sudah dikemaskini saja. Hah gitu. Mudah kan?

Jangan lupa bawa kad debit, sebab JPJ guna my debit untuk semua urusan, tunai tidak diterima!



Kami datang awal dalam jam 9 pagi, kebetulan tak ramai orang. Dalam 30 minit saja sudah selesai urusan. Alhamdulillah. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 


Terima kasih. 

2 Nov 2022

Makan di Restoran Doktor Tomyam, UEP Subang Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang teringin nak makan ala-ala Siam dengan harga yang mampu bayar, bolehlah datang ke sini ya. Di sini juga ada menu burung puyuh. WOW!!! Nama saja terletak di UEP Subang Jaya, tapi sebenarnya kawasan Shah Alam juga. Dekat-dekat dengan Mahnaz dan SM Teknik Shah Alam. Kita akan order melalui QR code, tapi bayar di kaunter. 

Banyak parking yang ada

Menu burung puyuh masak paprik RM10

Menu sayur pucuk paku RM5

Menu burung puyuh goreng RM8


Harga nasi putih sepinggan ialah RM2.
Kami beli air sarsi botol berharga RM3.

Overall, puas hati teramat-amat! Sedap dan boleh repeat lagi. Jemput datang ya... 


Terima kasih. 

1 Nov 2022

Saya Jual Silver Public Gold 250gram

Salam dan Hai,

Saya ingin menjual silver 250gram.
Ada dua ketul.
Seketul harganya RM880.
Dua-dua dari public gold.

Boleh COD di kawasan Shah Alam.





Terima kasih.