TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

18 Jun 2017

Mee Bandung Sedap di Odien Batu Pahat Johor

Assalam wbt

Mee bandung sedap bertempat di Odien Batu Pahat. Waze Hotel Garden. Berhadapan je dengan hotel ni. Parking senang nak dapat... Free parking utk hari Jumaat sahaja..

Ada tiga gerai mee bandung kat situ.bagi aku semuanya pun sedap! Semuanya dah try. Memang menyelerakan. Sepinggan RM4.50 tapi kalau bungkus, sebungkus jadi RM5.00.... kalau teringat tu boleh meleleh air liur... Memang pekat sangat...

Try lah... Sedap dan berbaloi baloi baloi... Sangat disyorkan... Okey bagi yg takde waze, boleh guna peta ni..

Jalan utama tu, belok kiri ke arah bus-stand batu pahat.kalau terus lagi, jumpa jambatan nak ke hospital putra. Okey then terus je.. sampai jumpa kfc belah kanan, yg kiri ada kedai telefon, alah jalan tu memang boleh kiri je pun. Okey belok kiri, simpang kedua, belok kiri. Okey dah jumpaaaaa.....

Selamat mencuba !!

15 Jun 2017

Handphone Xiaomi 4A Ada Feature App Lock

Assalam wbt

Kalau tengah mencari handphone yang ada feature apps lock iaitu nak lock apps tertentu, tak bagi anak bukak, tak bagi sesiapa bukak, boleh lah guna feature ini. Sudah ada siap2 dalam setting. Tak perlu download extra app or setting lain... Mudahkan ??

Nampak tak "app lock"

Okey, create pattern yg kita nak 

Pilih apps yg kita nak lock. Macam aku apps paling bahaya tiga ni je. Nak elakkan dak kecik dua ketul tu bukak. Hahahahaha.. yeahh skarang takleh nak dail sesuka hati.. takleh bukak utube sesuka hati yeayyyya

Jadi boleh lah beli handphone ni di kedai berdekatan. Haha. Harga RM509, basic 2GB RAM n 32GB ROM .... 

11 Jun 2017

Aplikasi YT Kids

assal wbt

Ada aplikasi YT Kids pengganti You Tube. Seperti semua sedia maklum, you tube memang susah nak dikawal. Kalau nak kawal kene download you tube blocker di google chrome. Tapi bila tengok you tube melalui handphone camne nak block kan?

Jawapannya gunalah YT Kids untuk anak2.. Kita boleh block terus channel yg tak berapa sesuai untuk anak kita. Tapi kalau bebudak dah besar boleh unlock password tapi kira okey lah atleast tak seteruk you tube. Oh ye aplikasi you tube sila uninstall. Kalau apps tu apps default, silalah hide kan.. Kira cara nak elakkan anak ngadap handphone kita lagi, jangan biar baru charge handphone penuh, pi bagi pulak depa pakai. Bagi time bateri dah nak habis. Lagi 15% ke... Pastu bertahanlah takde enpon sampai depa tido. Takpe berkorbAn sikit je. Hehe

10 Jun 2017

Review Aroma Hijrah TTDI Jaya

Assalam wbt

Haritu bos belanja makan kat Aroma Hijrah... Dah kerja dua tahun area Bukit Jelutong,. Baru rasa kan.. hihi.  Harga sepinggan dalam RM21 tanpa air.. rasa nasi dia bagi aku biasa aje. Tapi lauk kambing n ayam memang sedap gilosss weyyy... Tak jemu nak makan. Side dish roti pon sodap!




Kalau menu di aats, nasi dua jenis, lauk kambing n ayam pun campur. Kos sedulang dalam RM88. Untuk 4 orang makan. Tapi eh kau gila ke hape nak makan 4 orang camtu. Lebih2 sangat kottt. Hahah... Boleh makan 5 orang pun, tapi kami makan 3 orang aje. Boleh dapat bayangkan tak pembaziran yg berlaku???

Air kalau makan ramai2 better jug je teros. Senang... Jimat... Apa2 pun tenkiyu bos sebab belanja.. ahaha. Rezeki ramadan...


9 Jun 2017

Pasaraya Cowboy Batu Pahat

Assalam wbt

Ngeh ngeh ngeh di saat persediaan menyambut Syawal, mesti nak cari tempat yg murah tak hengat kan kakak2 makcik2 pakcik2... Jadi saya sarankan pergi ke Cowboy. Sorrylah takde gambar yg banyak..


Untuk warga Batu Pahat dan sekitarnya. Macam2 ada kat sini, dari barang bayi, mainan budak, bantal, selimut, makanan, jajan, barang bunga telur hantaran semua ada kat sini. Besar. Luas gilos sampai lenguh mak kita... Seronok sangat rambang mata. Ini belum lagi pergi eco rm2 kan. Lagi nangih nak pilih..

Parking banyak dun wori, boleh tumpang jalan kampung berdekatan... Dari bandar batu pahat, cowboy di sebelah kiri... Kalau nak dekat, ambil jalan ke lendu (yg ada trafik light baru), terus sampai hujung, okey dah nampak cowboy..

Kuih raya pun ada. Tapi kalau kuih raya tu baik pergi ke tempat lek jaronah aje. Lagi jimat. Haha..

5 Jun 2017

Restoran Sukiya Makanan Jepun di IOI City Mall

Assalam wbt

Kalau terasa nak makanan bajet untuk makanan jepun, boleh try kat sini. Harga berpatutan. Set untuk nasi bersama air dalam RM16. Dan kuantiti cukup untuk kenyang. Saiz mangkuk ada tiga jenis, kecil sederhana dan besar. Contoh saiz boleh toleh ke arah kaunter ye..

Sesuai tak makanan ni utk anak? Jawapanne ye, utk anak yg dah boleh makan nasi ... Sedap kot. Kenyang Alhamdulillah syukur nikmat. Jimat dan berbaloi. Tempat duduk luas juga lah, tapi time pack tu, boleh tahan ramai gak..

Oh ye, lokasi di ground floor sebaris dgn kfc. 




Selamat mencuba ye.... Terima kasih

1 Jun 2017

Kedai Tokay PKNS Shah Alam Jual Baju Melayu Budak RM30

Assalam wbt

Kalau pergi ke pkns shah alam, boleh lah mai kedai dorang. RM30 aje harga sehelai baju melayu lelaki. Tapi limited lah color nya. Banyak warna baby blue, hijau muda, gold, etc. Tapi at least jadi choice. Ad saiz dari 1 tahun ke 12 tahun. Kualiti okey sbb depa jahit sendiri..

 Kedudukan kedai di ground floor, bahagian depan PKNS, bahagian kedai berkaca yg banyak2 tu tau... Alah korang mesti rajin jalan kan.. cuba jalan jalan okey.. 



Korset Tak Nampak Kesan daripada Zhulian Sasherra (Pakai Korset Tapi Macam Tak Pakai Korset)

Assalam wbt n hi,

Isi asal ialah preloved
Ditulis semula isinya pada 22/8/20

Kalau ada sesiapa mencari korset yang super duper best daripada Zhulian ini. boleh baca bait per bait di bawah. Hehe... Namanya Sasheerra. Memang ramai sangat yang pakai produk Zhulian sebab sangat bermutu. 

Apa Yang Menarik
Apa yang best ialah (susah juga nak direct translate. hehe)
1) one piece seamless design - satu pasang saja, tak payah ribut-ribut hehe
2) elastik iaitu mudah regang dan memberi keselesaan yang berpanjangan!
3) bukaan bahagian bawah yang memudahkan ketika melakukan istinjak / berhadas kecil
4) sejenis cutting hourglass
5) x- compression design
6) body sculpting effect 

Selesa sangat atas bawah ya, tak nampak pun kesan-kesan seseorang pakai korset. Ada sesetengah itu, memang nampak ya, contoh bengkung sajat. boleh nampak tulang-tulang bengkung bila kita pakai. Hehe. mungkin jadi segan sikitlah. Kalau korang taknak kesan-kesan macam itu, memang Zhulian Sasheerra pilihan the best! 





Cara Basuh
Cara basuh pula, korang perlu hand wash. Biarkan saja di tempat penyidai sehingga kering. Memang anti bau hapak ya, jangan risau. kalau korang jenis yang pakai setiap hari dan tak boleh hidup tanpa korset, hah bolehlah beli 1-2 gitu. Hehe...

Cerita Lagi Best
Cerita Lagi Best, untuk tarikh sehingga 30 September 2020 sahaja ya...


Sepatutnyakan pembayaran ahli ialah RM48 tetapi pada bulan ini sehingga 30 September, Zhulian ada buat promo. Setiap pembelian 200BV, korang layak menjadi ahli Zhulian terus. Jadi tak perlu bayar RM48. BV itu apa? BV ialah business value, setiap pembelian akan ditukarkan menjadi satu point atau kita di Zhulian panggil ia BV. BV akan ditukarkan menjadi bonus! Wah, dah beli dah murah siap jadi bonus. Pengiraan simple bonus, BV279 x 10% ; so bonus pada bulan ini ialah RM27.90 ! 

Kalau korang beli Sasherra dengan harga ahli RM462 tolak pulak dengan bonus RM27.90, jadi sebenarnya harga Sasherra korset best tadi ialah RM434.10. 

IG:zhulian_chua 
0176806258

Nanti korang boleh wasap kakna untuk pertanyaan lanjut untuk memilih saiz okay?

Terima kasih.