Thursday, 28 December 2017

Beli Pixajoy Voucher Melalui Lazada

Assalam wbt


Kalau ada orang tertanya-tanya okay tak beli voucher Pixajoy melalui Lazada?

jawapannya, okay. serius okay! chinca yeo...


aku baru saja beli voucher pixajoy semalam kat Lazada. aku mula-mula reluctant juga tapi sebab nampak review kata memang boleh dapat dalam masa sehari dua jadi aku pun mencuba, dengan harapan jangan kena tipu sudahlah. hehe...

dan, aku pun beli, dapat confirmation melalui gmail (email untuk Lazada). sehari saja, dah dapat dah voucher Pixajoy. okay dapat voucher melalui gmail juga tau... yeah... nasib baik aku dah buat photobooknya, jadi aku terus redeem. memang boleh.

ini dia, 40 pages, RM32.76, free postage. memanglah free sebab hantar evoucher je pun. kalau bayar postage memang entah apa-apa.

nah! ginilah rupa evoucher itu.. boleh apply di Pixajoy website.


Ada charge tambahan ke tak? jawapannya, ada. RM32.76 itu bersamaan kredit RM80 di Pixajoy. untuk 40 pages, plus glossy paper (wajib ada), plus postage, ialah RM92. extra RM12 diperlukan. jadi tambahan akan dibuat automatik melalui FPX (online banking) semasa nak check out order (selepas buat photobook).

Tutorial nak buat Photobook Pixajoy, boleh tengok kat sini.

Tutorial Photobook


Selamat berjaya.



Terima kasih.



***************************
Pesanan penaja,
Yazid Yohani
Prudential Wealth Advisor
+60172000349

Saturday, 23 December 2017

Jalan-Jalan di KL Rimba Eco Park atau Hutan Simpan Bukit Nenas

Assalam wbt

Hari ini hari cuti, kami merancang utk pergi ke KL Rimba Eco Park atau nama lainnya Hutam Simpan Bukit Nenas. Boleh waze kalau teringin nak ke sini. Masuk adalah percuma tapi parkingnya bayarlah RM10. Mahal juga harga parking. Nak cari parking ini, boleh waze Parking Taman Eco Park. Hehe. Kot lah tak nampak signage parking ke.

Jalan kaki ye utk canopy walk, naik tangga. Ada tower B hingga tower I. Tiada chicken exit, maksud saya, kalau tiba-tiba nak stop, kena patah balik, atau teruskan sampai hujung, tapi still kena patah balik sendiri utk ke tempat parking. Hehe 😂😂😂

Kalau dah sampai hujung tower I, boleh nampak Menara KL dah makin dekat. Bolehlah kalau nak melawat sekali. Tak banyak sangat ambil gambar sebab dukung dak kecik Nasuha. Dia penat nak jalan. Naik turun tangga...

belakang tu, tower B. kami pun tak pasti mana tower A. hehe. kami tak ambil gambar setiap tower. surprise! korang kena datang utk experience sendiri.

cubaan Nasuha untuk berjalan sendiri. Naqib jalan tengok bawah sudahnya menjerit-jerit tapi Berjaya juga sampai ke tower last, tower I.

yang belakang tu, boleh terus ke tower KL, melalui jalan hutan, tak perlu naik canopy walk.

starting canopy walk di sini. bukan senang nak ambil gambar Nasuha senyum.

Naqib cuba posing selepas bengang mama marah sebab jatuhkan topi ke bawah. Nasib baik babah tolong pungutkan.

itulah belakang tu tangga. agak sempit. kalau boleh jangan berselisih. tiada chicken exit okey?

comel tak tiger dan lion ? lion tak cukup tinggi.


ini pandangan dari hadapan (jalan utama) berdekatan dengan parking RM10 kami. berjalan dari parking mungkin mengambil masa dalam 5 minit.

ini pandangan dari hadapan KL tower.


Jemputlah datang kalau ada masa, bersenam di sini. Sekian terima kasih.

************************************************************


Pesanan penaja,
Yazid Yohani (Prudential Wealth Advisor) +60172000349.

Wednesday, 20 December 2017

Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu di Galeri Seni Suria KLCC Tingkat 3

Assalam wbt

Oleh sebab dapat jumpa awal dgn org petronas sebentar tadi, maka saya meluangkan masa sebentar di Galeri Seni Suria KLCC di tingkat 3. Kedudukannya di bahagian yg sama dengan pintu masuk LRT KLCC. Cuma naik eskulator ke tingkat 3, sebelah kiri anda. Masuk adalah percuma ! Kali ini temanya Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu. Pameran ini bermula dari 14 November 2017 sehingga 4 Februari 2018.

Saya share sebab bukan semua berpeluang nak datang ke sini kan? Daftar di kaunter (tulis di Ipad sahaja), simpan beg di dalam loker yang tersedia (boleh set password number sendiri - ada arahan). Tak boleh makan dan minum di sini, boleh ambil gambar banyak-banyak.



Senarai pempamer :-
1) Alwin Reamillo (Filipina)
2) Andrialis Abd Rahman, Nur Aniza M Lazim, Intan Natasha Abd Azim (Malaysia)
3) Fadzil Idris (Malaysia)
4) Htein Lin (Myanmar)
5) M Azlan M Latib (Malaysia)
6) Nasirun (Indonesia)
7) Nguyen Phuong Linh (Vietnam)
8) Samsudin Wahab (Malaysia)
9) Syafiq Ali'am (Malaysia)
10) Tita Rubi (Indonesia)


Di bawah ini, penceritaan wayang kulit. sekali tengok dah macam cerita seram, banyak sangat gambar pelik-pelik. hehe.



Ini gambar "Blind Elephant" 

Hikayat Hang Tuah, yang asal disimpan di Library KL.

Faedah Istikhodam Ayatul Qursi (Abdul Rahman Salleh) Terengganu, Abad ke 19

Pelajaran Tauhid, Haji Mat Zain, Pattani, Abad ke 19M

Azimat Memagar Diri dan Memikat Wanita, Terengganu, Abad ke 19M

Menentukan Arah Kiblat Sewaktu Dalam Pelayaran, Alhaj Che Muhammad Ibn Alhaj Jalaluddin, Kelantan, 1309H (1892M)

Adab Raja-Raja

Taj Al-Salatin



Kitab Ilmu Bedal

Kitab Ilmu Bedil, certified by UNESCO


Peti Tembaga

Syair Siti Zubaidah

Meriam Kecil

Penapis air, Negeri Sembilan, Kurun ke19. ingatkan Coway dan Cuckoo saja?

Petua Menembak

Petua Membuat Rumah. Ada video macam mana nak buat rumah, tapi sebenarnya, rumah kami memang dibina dengan cara itu, abah yg bina dulu. jadi aku tak peliklah tengok binaan rumah lama macamtu. 

Hukum Kanun Melaka

Kitab Tib

Misa Melayu, menceritakan tentang susur galur Sultan Negeri Perak.



Kenangan dgn Mak pembuat ini. 

Ini pun Orang Asam Keping. serious rasa seram mula-mula. 

Orang Asam Keping, simbol hardship dan kepayahan



Buku-buku ditulis dalam tulisan jawi, boleh dibaca, tapi aku yang malas nak baca, sebab ejaan lama tiada space. lambat nak baca. then, semua buku ini adalah photostate tempat bukaan itu saja. yang asli, saya rasa disimpan rapi di Arkib Negara atau Muzium atau Library. kalau kita selak belakang-belakang hanya buku kosong tapi versi buku lama. tapi apa-apapun menarik juga untuk dilawat. Jemput datang ! 


Sekian, Terima kasih.

.......................................................................................................................................
Pesanan penaja, 
Prudential Wealth Advisor,
Yazid Yohani
+6017-2000349

Tuesday, 19 December 2017

Promo Subway berakhir 2 Januari 2018

Assalam wbt

Kalau sesiapa yg suka makan subway, berita baik utk anda. Ada diskaun utk subway. Weehuu. Sekali makan, boleh jimat dalam RM1-2. Okay lah kan drp tiada. Hehe. Boleh download gambar2 ini dan just tunjuk kat staff subway melalui phone anda. Dah terus dapat murah. Mudah kan? Selamat mencuba....