Wednesday, 27 November 2019

Boko Ubi Kayu Sedap Giler di Subang Jaya

Assalam dan Hi

Kalau teringin nak rasa boko ubi kayu, jom lah beli dengan kak Zakiah. Sedap sangat oi. 

Ada dua perisa iaitu perisa pandan dan gula merah biasa. Memang sedap sangat2. 


Rasa manis bahagian bawah itu, di selang seli dengan rasa masin lapisan putih, jadi cukup rasa sangat. Memang boleh makan sendiri. Mama bersyukur sangat anak2 tak suka makan. Haha 😂

Boleh whatsapp kak Zakiah, 0192405385 okayyyy... 


Terima kasih.

Tuesday, 26 November 2019

Makan Nasi Kak Wook di Space U8 Shah Alam

Assalam dan Hi

Hari ini kita nak bercakap tentang Nasi Kak Wook. Pada aku mungkin asalnya dari Kelantan tetapi sekarang kita nampak banyak sangat versi Nasi Kakwok, tinggal tukar nama belakang. Contoh, Nasi Kakwok TTDI, Nasi Kakwok Makngah dll. Menu yang sama cuma maybe perbezaan ketara dari segi kari sama ada ummph tak ummph, pekat ke tak pekat, rasa ketagih ke tak. Haha. So far buat aku ketagih memang Nasi Kak Wok TTDI Jaya tapi tak ramai suka makan nasi kak wok termasuk Abam Koo kita dan best friend kita, Aishah. Nasib baik Asma suka makan, ada jugaklah teman nak makan. 



Okay datanglah, Restoran Nasi kak Wook di Space U8 ini baru sahaja dibuka, marilah datang. Harga serendah RM6 dan percuma air sirap, siap boleh refill. Portion pun banyak dan yang paling penting sambal dia pedas gilaaaaaa!!!!

Selamat mencuba. Terima kasih. 

Monday, 25 November 2019

Boba Milk Series Kini Sudah Ada di Pappa Rich

Assalam dan Hi

Selain Secret Recipe, Pappa Rich juga mula menyediakan minuman boba kepada pelanggan mereka. Harga serendah RM9.90 segelas. 

Sebenarnya ada 3 jenis minuman boba di sini. Tapi rasa dia, sejujurnya aku kurang berminat. Yang kat atas ni three layer boba, gitu kot nama dia, yes guna browm sugar but macam terlalu pekat dan manis. Aku tak boleh digest. Aku lupa. Setiap orang ada pilihan masing2. Jadi maybe bagi aku tak suka, bagi orang lain suka. Macam aku suka tealive tapi kawan aku suka coffee bean. Hehe.


Okay selamat mencuba. 

Saturday, 23 November 2019

Sarapan Mee Goreng Sedap Gile di Subang Jaya

Assalam dan hi

Nampak tak kedai kecil payung kuning? Berada di jalan utama berdekatan dengan Restoran Mamak Stadium USJ16 dan hanya beroperasi Sabtu dan Ahad sahaja membuatkan kami penduduk berdekatan excited. Haha. Menu utama sarapan pagi ialah nasi lemak, mee goreng dan bihun goreng. Nasi lemak pula ada yg biasa (kosong), ayam dan sotong. Harga berbeza ya. Yang berlauk berharga RM2.50 tetapi tiada lauk RM1.50. Bihun goreng dan mee goreng juga berharga RM1.50. 


Selain mee goreng makcik kantin zaman sekolah rendah, aku jarang sangat beli mee goreng kat luar. Hampir tak beli melainkan mak atau kakak-kakak aku yg masak. Namun, mee goreng ini TERKECUALI!! Sedap gila betullah memang taste aku oi.. Hampir setiap bulan mesti beli sekali, time cheat day 🤣

Kedai dibuka seawal jam 645pagi dan mee goreng makcik ini, all time favourite so kalau datang dalam jam 9 pagi, kebiasaannya dah habis 😅 kedudukannya tepi jalan membuatkan kami beli drive thru saja. Buka tingkap dan memesan makanan. Hihi pemalas masing-masing tau. 

Okay selamat mencuba ya. 

Friday, 22 November 2019

Makan dan Menu di Mr Steak House, Seksyen 13 Shah Alam

Assalam dan Hi

Semalam bos belanja makan di Restoran Mr Steak House yang terletak di Laman Seri Business Seksyen 13 Shah Alam. 

boleh google maps atau waze alamat yang tertera ya.

Menu pertama
Menu kedua

Ada orang yg tolong booking awal, jadi kami tidak menunggu lama sebelum makanan sampai. Makanan mungkin nampak agak mahal dan kuantiti sedikit sebabnya pinggan besar yakmat. Psikologi sebenarnya. Haha. Lepastu aku rasa lapar lagi, dan dan tu bos belanja pulak piza, tak dan nak ambil gambar. Oh ha pizza tak tunggu lama. 

Grilled chicken, nasib baik kuah banyak sangat2, kentang pulak agak keras ye. Ingatkan yang jenis lembut2 hihi. 

Oleh sebab makan-makan untuk majlis farewell aku sendiri, maka aku terasa sebak jugak masa bos suruh bagi ucapan. Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa kang nangis tak pasal2 kat kedai orang. 🤣
Lain2, parking maybe ada senang nak dapat kalau datang awal. tiket parking RM2 sejam ye. 

Overall okaylah puas hati juga tapi aku masih bias kepada Mioskitchen 😅 (jujur sangats...) 

Thursday, 21 November 2019

Review Makan di Mozers Bukit Jelutong, Shah Alam

Assalam dan hi

Kepada sesiapa yang teringin makan ala-ala makanan arab iaitu Syria bolehlah datang ke sini. Harganya yang sangat berpatutan, sepinggan nasi berlauk ayam hanyalah RM10. Sudahlah murah, bahagiannya pula banyak yang kita boleh kongsi dengan anak. Churros dia pun sedap. Servis pun bagus sebab kami tidak menunggu lama. Yang tak best ialah, kat sini tak boleh bayar menggunakan debit card. Oh no!

Semua benda bergambar kenangan sekarang. Jangan muak kay. Haha

Ini nasi mandy dengan ayam, harganya RM10

Ini nasi bazilla dengan ayam. Harganya RM10

Cuma pada aku, kuah sambal dan kuah karinya agak masin, kurang ummph hari ini. Air white coffee diorang pulak manis bebenau! Fuhhh... Tak taulah mimpi apa dorang hari ini. Heheh selalu tu okay oi. 

nah churros panas yang enak bercicahkan karamel dan coklat. Wahhh lazat. 

Apa2 pun selamat mencuba yeah. Sedap sangat nasi tu sampai boleh ratah aje sis. 

Wednesday, 20 November 2019

Cream Puff yang Super Sedap di USJ Subang Jaya

Assalam dan Hi

Hari ini aku nak berkongsi cream puff yang sangat sedap dan kurang manis yang amat sangat kena pada anak tekak aku. Sedap dia memang bukan kaleng-kaleng. Sedap dia memang tak boleh bawak bincang! haha... nasib baik anak-anak aku tak berminat dengan manisan seperti ini jadi kuranglah pesaing.

tengoklah isi cream puff yang sampai nak termuntah tetapi tak mencair! 


Harga untuk 8 biji cream puff, RM12. kalau tengah ada promo, 8 biji cream puff berharga RM10 sahaja. Murah sangat kot aku kirakan. Setakat ini aku dah beli tiga kali. Memang sedap sangat ! Selain cream puff, Kak Zakiah +60192405385 juga menjual Boko Ubi. Kalau korang teringin nak makan, bolehlah memesan dengan Kak Zakiah. Oh ya, korang boleh ambil sendiri di rumah. Kalau nak hantar ke rumah korang, pandai-pandai sendiri deal dengan Kak Zakiah okay?

Jangan lupa order.


Terima kasih.

Tuesday, 19 November 2019

Review dan Menu Sopoong Central I-City Shah Alam

Assalam wbt

Pada bulan lepas, kami makan di Restoran Sopoong iaitu menu berasaskan makanan Korea. Pada mulanya kami ingin makan di Restoran Kyochon tetapi menunya tidak memuaskan hati dan apabila kami ingin memesan makanan, katanya makanan itu tidak boleh disediakan dek kerana tiada telur pada hari tersebut. Selain itu, kami telah menempah meja terlebih dahulu tetapi apabila sampai di sana, meja tersebut tidak dirizab sama sekali. Semoga Restoran Kyochon Central I-City Shah Alam boleh memperbaiki servis yang diberikan.


bergambar kenangan di dalam Sopoong haha

bergambar dengan semua

Mari kita kembali pula kepada cerita Restoran Sopoong. Servis yang diberikan memang tiptop saya kirakan kerana tidak sampai 5 minit, makanan pertama sampai ! terkejut kami. Kami datang seramai 7 orang dan 7 orang memilih menu yang berbeza tetapi tempoh menunggu tidak lama langsung! Malah, staff mereka juga mesra sangat. Tempat duduk tidak banyak tetapi kami tidak menunggu lama. Kami beri 5 bintang! haha....

Menu adalah seperti di bawah.












menu yang saya pilih. maaflah saya lupa nama dia. haha

menu pertama yang sampai!

Akhir kata, tempat ini boleh dikunjungi lagi pada masa akan datang. Terima kasih buat Aishah kerana sudi membelanja kami semua! Semoga bertambah-tambah rezeki.

Thursday, 7 November 2019

Bagaimana Mengira Jumlah Kalori Yang Perlu Diambil Setiap Hari

Assalam dan Hi


Pengiraan Jumlah Kalori yang perlu diambil oleh setiap orang adalah berbeza-beza mengikut berat, tinggi dan umur. Sila rujuk pada gambar.


Selamat mengira!




Tuesday, 5 November 2019

Safety Talk bersama APM (Angkatan Pertahanan Malaysia)

Assalam dan Hi

Bulan ini kami ada Program Safety Pledge di syarikat. Jadi pada hari ini kami dihidangkan dengan Safety Talk yang disampaikan oleh PPj (PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).






APM nama asalnya ialah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia atau JPAM. Slide show saya akan kongsi di sini nanti. Talk hari ini lebih kepada hendak memberi pendedahan kepada awam siapa JPAM. Yelah kalau apa-apa musibah seperti buang sarang tebuan, kunci masuk ke dalam lubang jamban dan lain-lain mesti kita panggil bomba, tak gitu?


Beberapa nota yang saya ambil kira penting juga

1. APM dan Bomba tugas hakiki mereka berbeza ya. Bomba lebih kepada menyelamatkan orang awam dalam bahaya api tetapi APM pula menyelamatkan orang awam daripada musibah. Musibah ye kawan-kawan, bukan musibat.



2. APM, Bomba, Hospital, Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah badan yang dikhaskan oleh kerajaan dalam membantu orang awam ketika dalam kesusahan seperti bencana, kemalangan dll.

3. Jika kita telefon 999, call card mereka panggil akan disampaikan kepada pihak 5 orang tadi. Contoh masalah, ular masuk di dalam rumah. Jika APM boleh membantu dan tidak sibuk dengan perkara lain, APM akan membantu kita tetapi jika APM sibuk, panggilan ini akan didivertkan kepada pihak Bomba

4. Kadang-kadang sepatutnya APM yang perlu bantu kita sebab ditimpa musibah seperti sarang tebuan di tempat tinggi, tetapi APM tak boleh bantu kerana kurang pekakas seperti tangga dll. Jadi masalah ini akan didivertkan terus kepada Bomba. Kenapa mereka tak beli sebab redundant dengan Bomba (kot? adakah cut cost? Itu saya tak pasti)


5. Skala ritcher iaitu bacaan seismic gempa bumi yang diberitahu secara umum ialah bacaan 4.4 ke atas sahaja

6. Dulu-dulu pengurusan bencana diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara, MKN. Kemudian sekarang bahagian membantu orang awam yang ditimpa musibah ini diuruskan oleh NADMA atau APBN iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara. Namun, NADMA atau APBN masih memegang prinsip yang sama dengan MKN, jadi mereka dalam usaha untuk mengubahsuainya.

7. Mengikut laporan ARMOR iaitu pecahan daripada UNION, iaitu agensi yang berada di Indonesia, Malaysia sudah terletak di dalam lingkungan Lingkaran Api Pasifik atau Pacific Ring Fire. Mengapa begitu? kerana kadar kekerapan Malaysia iaitu di Sabah selalu berlaku gempa bumi yang berskala ritcher rendah itu tinggi. Namun hujah ini dipatahkan oleh sekumpulan orang Malaysia yang terdiri daripada NADMA dll. oh ya, perkara ini belum confirm tau. so sebab itu belum nampak apa-apa perubahan dalam buku teks.

8. Bencana alam disebabkan oleh semulajadi seperti hujan lebat tetapi didorongkan oleh kesalahan aktiviti manusia seperti pembalakan terbuka.




9. Ada beberapa perkara perlu disediakan untuk menghadapi bencana. Berikut adalah barang-barang yang sentiasa disediakan supaya jika berlaku kecemasan, terus tarik saja beg ini dan lari.


Seeloknya selepas ditimpa musibah, kita perlu bermuhasabah. Kalau disuruh berpindah, pindahlah, jangan sampai hilang nyawa baru hendak menyesal. Kemudian, sudah dibantu duduk di pusat pemindahan jangan nak over sangat nak makan yang sedap, nak duduk atas tilam empuk dan macam-macam lagi perangai. Bersyukur seadanya.


Sekian terima kasih. 

Sunday, 3 November 2019

Review Makan di Restoran Kambing Bakar Kontena TTDI Jaya, Selangor

Assalam dan Hi,

Hari ini saya ingin mengulas tentang Restoran Kambing Bakar Kontena di TTDI Jaya, Shah Alam Selangor. Keistimewaan di sini ialah tentunya kambing bakar yang lembut sangat, nasi kerabu dan ayam penyet. Untungnya lagi di sini, air sirap disediakan secara PERCUMA, diulangi PERCUMA ya. Saya suka! Saya suka!

Hidangan ayam penyet berharga RM12.90 
Kambing bakar kontena berharga RM20++(kalau tidak silap saya)
 
Nasi kerabu RM16.90 (kalau tidak silap saya)

Harga mungkin tidak tepat tetapi harganya dalam anggaran RM12.90 hingga RM24 lebih kurang begitu. Konsep di sini, order di kaunter dan bayar dahulu kemudian staff restoran akan menghantarnya ke meja kita. Meja mereka tiada nombor, jadi saya pun hanya menuding jari kata kami duduk di sana. haha... air sirap boleh refill tapi kami tak refill hehe. 

oh ya, yang membuatkan saya makan di sini, semasa kami memesan makanan ayam penyet, kuah yang diberikan adalah tiga jenis iaitu kuah sambal ayam penyet, kuah kicap yang disediakan untuk kambing bakar dan satu lagi kuah gulai cili padi yang kebabom sedap dia. haha. walaupun pedas tetapi saya memaksa diri untuk menghabiskannya sebab sedap gila tetapi kuah-kuah sebegini hanya disediakan waktu lunch kot sebab semasa kami datang pada malam hari, tiada kuah gulai cili padi dan kuah kicap kambing bakar. Jadi saya pun tak pasti, hehe. 

Parking senang juga nak dapat. Dibuka setiap hari setakat ini Klik di sini sebab setiap kali datang tidak pernah tutup hehe. Cuma dibuka pada jam 11 pagi. Jadi, tiada sarapan pagi disediakan okay. 


Sekian terima kasih, selamat mencuba ya!

Saturday, 2 November 2019

Review Makanan Western di Mios Kitchen, Seksyen 15 Shah Alam

Assalam dan Hi

Jikalau kalian teringin hendak makan ala-ala western, boleh datang ke Mios Kitchen di Seksyen 15 Shah Alam. Selain daripada makanan yang sedap, harganya juga amat berpatutan. Sepinggan Grill BBQ Lamb Shoulder berharga RM18.90, kalau di kedai lain saya kira harganya mungkin lebih daripada RM20. Servis okay, bukan nak kata staff peramah sangat tapi mereka okay. haha. Kami juga tidak menunggu terlalu lama selepas membuat tempahan.

bolehlah datang selepas gaji hehe

Grill Chicken

Grill Lamb Shoulder

Spagetti Carbonara

Aku dengan rendah diri hendak memuji betapa sedap sangatnya Spagetti Carbonara Mios Kitchen! untuk pencinta cheese dan keju yang berganda-ganda, bolehlah cuba try rasa betapa banyak cheese yang diorang letak. haha. sangat jatuh cinta yang kalau boleh next time nak pergi sini lagi dan order spagetti carbonara...

Yang menarik lagi di sini tersedia tv. Tv bukan sebarang tv. Tv mereka tidak pasang saja-saja untuk menonton rancangan tv1, tv2, astro dan lain-lain tetapi tv mereka untuk menyiarkan iklan-iklan berkaitan Mios Kitchen. ala-ala team Sterk, Mr Kokom dan seangkatannya itu. memang kelakar dan asyik nak tergelak! hahaha.....

Parking kereta jangan risau sebab banyak sangat parking yang ada! oh ya, kalau korang punya waze tak berfungsi, restoran ini terletak di Seksyen 15 Shah Alam, iaitu sama simpang dengan Pusat Servis Toyota. Kalau korang ingat lagi, ia berdekatan dengan Kedai brand Tupper Ware. dan seberang jalan / longkang ada Restoran Ikan Patin Temerloh.

Overall, Nora bagi 5 Bintang! haahaha


Selamat mencuba!