TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

14 Nov 2015

Review Kafe Jalan Tiung, Shah Alam

Assalam wbt

Kami saje melawat kafe jalan tiung. Sebab haritu masuk dalam safiya. Cam canggih kot. Alamat kat jalan 9/j9 tuanku ampuan zabedah seksyen 9, shah alam. Tingkat 2, atas ani sup utara. 

Komen kami. 
1) hanya ada kek aje. Tak banyak sangat choice. Takde makanan lain cam roti/pasta/spageti etc. air pun tak banyak choice sangat. Cookies ada satu jenis je. Harga rata-rata kek satu slice rm10 kot. Air dalam rate rm8-12. Cookies 5keping berharga rm10, tapi ada cicah air susu. 

2) rasa kek? Not bad. Manis. Kami beli yg ala2 oreo. Die bagi garfu kecik by default. Sudu ada tapi self service. Air kosong sejuk or tak sejuk free je kat tepi kaunter. Tisu pun ada. 





3) kemudahan. Ada toilet. Dua toilet. Tapi dua2 umum. Takde laki or pempuan sign. Sinki ada. Aku kurang selesa sket toilet campur ni. Haha. Kerusi baby ada satu je so far kot. Ke aku x pasan. Xtaw la. Hehe. Kafe kecik tapi ramai orang. 

4) servis okey je. Not bad. Hehe

Kesimpulannya. Kafe ni tak sesuai utk kami yg ada anak kecik. Sesuai utk santai sorang2/dating/meeting reunion/jumpa client ...  Hehe. Tapi try lah kalau nak try. Okey je. 



Okey. Sekian thankss. 


4 Nov 2015

15 Perkara Tentang Duduk Asrama yg Kita Selalu Ingat

Assalam wbt

Aku bila terkenang duduk asrama ni, memang akan ingat sangat perkara2 ni. bukan semua asrama amalkan bende ni rupa2nya. hehe...aku dedikasikan cerita ini especially kepada ex-roomate (Khairunnisa Shamsuddin, Nor Aimuni Md Rashid dan Noraisyah Mahmuddin, ex-MRSM Kuala Klawang 2001-2003, ex-MRSM Jasin 2004-2005)

1) Sistem "AFTER"
AFTER ni ramai orang guna. sistem ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara itu selepas orang terdahulu melakukannya. contoh penggunaan, A basuh kain, B nak basuh kain after A. so A kena cakap "After" basuh kain...  itu kuasa perkataan "After" ehehehe...

2) Cop mandi guna barang toiletries. 
Susun toiletries depan pintu toilet. instead of nak tunggu kat situ. so kita letak je barang kita kan. before cop tu, tanya dulu sape kt dalam. in case kita takde depan tu, die boleh tolong panggil kita. kalau takde orang tunggu, cara nak cut Q pulak... jerit kuat2 "dalam kiraan 10, toilet no 1 dari kiri, 10,9,8,,,,,1, okey takde orang, saya potong Q!" pastu apa lagi potong lah.. haha....
kalau macam ni, ada 6 barang depan toilet, maknanye kena tunggu 6 orang mandilah baru sampai turn kita. hahaha


3) turn basuh kain / iron baju
mesti kena basuh pagi2 hari sabtu atau petang jumaat. atau malam sabtu. itu waktu kemuncak orang paling malas nak basuh. semua duduk2 leisure2.. nak menunggu cuti.. mesti kena basuh atau iron waktu ni je.. the rest waktu sangat tak menyempat.

4) baca Al-Mulk atau As-Sajadah before tidur
mesti baca Al-Mulk atau As-Sajadah tepi longkang depan bilik masing2... before tidurlah. sebab kat asrama kan banyak gangguan. so pendinding jugak lah.

5) "Lights off!"
jeritan lights off 5 minit sebelum pukul 11 malam. abes lah kalau homework belum siap. kena buat depan pintu. ataupun pasang lampu picit dalam bilik yg gelap. untunglah sape dok depan lampu kakilima. boleh tumpang lampu. hehe

before tidur nanti, pengawas akan sebut. "dalam kiraan 10, lights off ! 10,9,.....1, lights off ! " kang kalau bilik aku tak lights off lagi. "bilik A106, lights off!" terpaksalah lights off. tak lights off gak., dorang ketuk2 pintu bilik pulak. aduh...

6) Roll-call pagi-pagi
lepas sarapan, nak ada roll call pulak. masa aku lower form, roll call kat asrama puteri je.. (aspuri). bila dah upper form, campur laki perempuan. best tu best dapat usha2 gitu kan... tapinye kalau kena denda cam bangun lewat, panjang kuku, tak pakai kain dalam. memang kantoi lah. hehee... roll call selalunye nyanyi lagu sekolah, doa, ucapan2 sket drp warden n pengawas. dalam 10-15minit je.

7) waktu riadah
waktu riadah adalah pukul 5-6 petang. mesti keluar aspuri. so kitorang duduk kat bangku gazebo depan aspuri je. kehkeh. pastu nak terus makan. sonang. pastu mandi pas makan. tak senonoh kan. mana tak buncit nye dulu. nak main? oh memang malas lah. bila dah f5 tu rajin sket lah. main baling selipar, rounders ke ape. haha

8) makan 6 kali sehari
sarapan, rehat, lunch, minum petang, dinner, supper. 6 kali wey ! mana tak gemok ! haha. makan memang tak sedap sangat pun tapi aku tetap suka makan. hehe

9) outing
outing gilir2, minggu ni laki. minggu depan perempuan. pastu tempat yg paling kami suka pergi. oleh sebab aku sekolah kat jasin, melaka. apa lah sangat yg ada. jadi tempat paling best nak gi ialah family store, tenten, camtu je. haha.. pastu pergi pasar beli mee tangkak (banyak kerang). pastu laki mesti nak kirim majalah pendekar laut tu. leceh betul. haha..

10) radio PALITO ! 
hahaha. ni radio paling legend untuk kami. satu RM8 kot. dah rosak, kena beli baru. selalu pakai masa prep, masa basuh kain, malam2 menemani masa belajar/stay up. radio ni cuma boleh dengar lagu je. takleh dengar kaset. lagi2 malam masa ada carta ikim, ahad carta era / zaman konsert af ,, memang sangat berjasa ! hahaha

11) makanan paling sedap adalah hari jumaat waktu lunch !
jumaat makan lepas dak laki makan. sebab masa dorang nak solat jumaat. nanti kita perempuan akan dengar ceramah dulu. tak kisahlah sape yg bagi tazkirah tu. ustazah atau biro agama... atau sape2 aje. pastu kita akan parking selipar paling dekat ngan pintu. sebab nak cop nak makan. once settle je ceramah, lari lintang pukang ke kaunter dewan selera! dah la kalau cop sampai 1 kelas ! haha... memang naya lah nak tunggu. ari jumaat makan nasi ayam merah ngan eskrim. lambat2 nanti ayam kecik je. takbest. hampeh betul...

12) malam weekend ada ceramah kat surau
kalau ada ceramah tu, semua akan bukak tirai, perempuan akan masuk kat bahagian laki. masa ni paling excited. eh bukan nak dengar ceramah tu. sebab alang2 nak usha orang yg kita suka. haha. nak tengok die ada ke tak masa dengar ceramah. apa yg dia buat. pastu gelak2.. eh tak senonoh betul kan. kakakakkakaa...

13) group halaqah ilmu
okey halaqah ilmu ni kalau takde ceramah. adalah naqib naqibah. naqib tu, pembimbing lelaki. naqibah pembimbing perempuan. contoh aktiviti, baca quran, sharing session, camtulah. aku dulu nak sangat jadik naqibah. tapi masa aku teviu tu, orang tu tak suka kat aku, so die taknak aku jadi naqibah. apalah main2 soal personal. tapi lantaklah. aku tak rugi pape pun. hehe

14) inspection hari ahad
ahad aje ada inspection ! paling malas. kah2. sebab kena kemas bilik. pastikan cadar tegang. takde habuk. basuh tingkap. sapu lantai. pastu lagi tak best kalau dorang ni exchange pengawas. pengawas laki gi tengok aspuri. vise versa. kalau dapat yg pengawas laki yg tinggi2,,, kau die check atas almari tu sampai hujung2 tu. cuma yg best. dalam almari dia tak check. kalau pengawas perempuan, dia akan check. hehe... tapi kami tak pernah kena denda. aku pun lupa denda die rupa camne. hehe

15) last but not least, MINGGU ORENTASI
minggu orentasi ni paling tak best kalau jadi budak baru masuk. memang kena ragging. hehe... kena amek semua tandatangan senior siap dengan nama penuh. nama timangan. kelas. nombor bilik. kalau ada yg senang tu mintak terus dapat. kalau yg jenis cerewet, siap ada balang untuk kita withdraw, apa denda yg kita kena buat before dapat tandatangan dia.

contoh denda, peluk tiang cakap i love u. tendang tong sampah, then pungut balik masukkan semula. nyanyi. tiup kipas sampai pusing. naik kerusi kat taman dan jerit i love u. macam2 lah denda nya. terpaksa buat. kalau tak dapat tandatangan depa nanti kena denda lebih teruk... tapi masa aku jadi senior, kitorang dah tak buat teruk2..cewwaahhhh

********************************************************
okey itu aje 15 perkara yg paling best. yg lain2 macam fly ke ape tu.. tak semua orang buat. cam aku pun tak pernah fly. haha.. budak skima kan...


okey sekian, terima kasih.

3 Nov 2015

Klinik Soraya Seksyen 3, Shah Alam

Assalam wbt

Okey kalau nak cari mana nak scan preggy, scan baby, scan pregnant, kat shah alam, meh la datang kat seksyen 3. Klinik soraya namanye. 

Harga okey. Haritu scan dalam rm60 camtu. Walk in saje. Kalau nak scan kat hospital salam ke, kena buat appointment dulu taw. Doc perempuan. Peramah. Tapi aku lupa tanya nama doc. Eheehe. Cuma ala ala environment nye agak suram gituh. Haha. 

Okey takde gambo. Sekian tq.