Monday, 27 August 2012

Kelopak Mata Anggota Wuduk?

Assalam....

Info kalini diculik daripada Ustaz Love
Aku selalu tertanya2 sah ke x gune eyeliner biler berwuduk?
Jawapannya tak boleh! kene pakai yg mudah ilang...
Kaedah carik maklumat dalam tenet ni kene rujuk banyak kan...
antara nye adalah seperti berikut.
aku pon rase bersalah ni.. sebab aku penah wat..
tapi taim tu aku tataw .. camne ek?

Info lain :
1)  Senyum itu sedekah
2) Harian Metro



"Sebelum Ustaz Love menjawab persoalan ni, ingin Ustaz Love jelaskan yang Ustaz Love tak pernah pakai make-up atau eye lashes sepanjang hidup ini.. Jadi takde la pengalaman berhadapan dengan situasi sebegitu.. Gincu bibir pun tak pernah pakai gak.. kihkih..

Jadi, jawapan Ustaz Love adalah berdasarkan pengamatan Ustaz Love terhadap make-up itu sendiri.. termasuk bulu mata palsu. Ustaz Love nak selit sikit bab tabarruj ni.. walaupun ianya agak kontroversi, tapi Ustaz Love kena nyatakan juga yang benar, walaupun sakit pahit hendak menjelaskannya.

Tabarruj ini adalah berhias secara berlebih2an, seperti yang dinyatakan oleh Allah, seumpama golongan Jahiliyyah terdahulu. Bibir merah, pipi merah, hidung merah dsb termasuk dalam kategori tabarruj juga. Cuma, ada kelonggaran sekiranya mudarat lebih besar jika tak memakainya (muka nampak mcm hantu mak limah ke, pucat semacam ke, bibir hitam mcm perokok ke dsb).. namun, dilarang melampaui batas hingga bibir tu merah menyala ditonyoh lipstik, pipi itu merah macam ayam BBQ, kelopak mata berkaler2 dsb.. Namun, jika meninggalkannya, itulah yg terbaik.
Juga pemakaian bulu mata palsu ini termasuk juga dalam perkara yg dilarang dalam agama.. sama mcm rambut palsu, misai palsu, janggut palsu, bulu ketiak palsu dan segala kepalsuan yang lain. Jika kita memahami asas hukum ini, insyaAllah, kita tak susah payah dah nak cari pasal hukum2 yang mendatang ni.

Masuk bab wuduk ini, antara syarat sah wuduk itu adalah membersihkan anggota wuduk daripada perkara2 yg boleh menghalang air daripada sampai ke kulit. Anggota wuduk itu adalah muka, kedua belah tangan sampai siku, sebahagian rambut belah depan dan kedua belah kaki sampai buku lali. Jadi, kalau pakai pewarna kat bulu ketiak, masih sah wuduk.. sbb ketiak bukan termasuk dlm anggota wuduk.

Oleh kerana mekap ini hanya pada muka, maka fokusnya pada air yg sampai pada muka. Jika beliau memakai bedak biasa, yang mana kalau kena air, bedak tu akan tanggal, maka tiada masalah. Sebaliknya, jika pakai bedak luar biasa (bedak yg water proof.. tak telap air), maka wuduknya itu tak sah.. kerana air tak mengenai kulitnya.
Begitu juga gincu.. juga pewarna kelopak mata, celak, maskara dsb.. jika tak telap air, maka wuduk itu tak sah.

Sama juga keadaannya bagi yg memakai bulu mata palsu.. Ustaz Love difahamkan, kalau nak pasang bebulu itu, kena letak gam khas (rasanya bukan gam gajah).. maka, gam itu pun kena dibersihkan dulu sebelum berwuduk.

Bila wuduk dah tak sah, maka tak timbul persoalan dahi nak kena menyentuh tempat sujud.. sbb kalau wuduk tak sah, solat pun tak sah.

Maka itu, bagi sesiapa yang masih belum mampu nak meninggalkan mekap tebal ni, kena habiskan sikit masa untuk cuci mekap tu.. jangan plak combine waktu solat disebabkan malas nak cuci mekap, pastu nak pakai balik. Mekap sikit2 cukup la.. kalau dah cantik tu, tak pakai mekap pun nampak cantik.. kihkih"


Thanks and regards :)

Tuesday, 14 August 2012

Cara Membuat Sampul Duit Raya

Assalam :)

nak raya2 ni mesti nak berjimat...
kat sini aku nak save gane nak wat sampul duit raya sendiri...
hahhaha.. aku x dapat banyak sampul free tahun ni..
tu pasal DIY je... hahhahaa
jimat... 1 wrapper tu dapat 48 bungkus!
kalu nak beli paling muraaaah pon RM5 - 3 bungkus (10pcs each)...


ikot la saiz memasing.. aku follow saiz RM1 yg dilipat



jimat kan? haha.. saiz boleh dipelbagaikan...

Thanks and regards~! :)

(Notakaki - Prudential Takaful 0176806258)

Mee Udang Mak Jah Wangsa Maju

Assalam... :)

Bukan kat Kuala Sepetang je ade Mee Udang Mak Jah.. tapi kat wangsa maju pon ade branch die...
kat mane? kt wangsa maju dekat ngan wangsa walk... dekat ngan parking free...
kalu korang nak gugel... gugel la giat mara setiawangsa (jadah ape name die stiawangsa tapi dok kt wangsa maju.. yg ni aku tataw nape)... tapi leh la jumpe...
land mark laen... kat bulatan tu... ade lima simpang...tapi 4 simpang je boleh pergi pasal 1 lagi one way... twd us...
so korang masok kol12... kedai ni ade kt tol2 tepi...
pastu kt penjuru jalan.. mang nampak la kewujudannye..
cme lampu yg bergemerlapan tu mebi membuatkan kita x pandai nak bace tol2 mee udang mak jah...
aku ade lukis peta nye.. hahahaha...





rasa? aku ase rasa die ok2 je la... sebab mebi aku ase lapa sangat aku makan je...
kata kawan aku sedap! hahaha... kalu nak datang leh la datang...
aku datang pas waktu berbuka kol8 camtu.. x ramai orang..
paling bagus.. siap ade surau!!! mai mai...

Thanks and regards.

Monday, 13 August 2012

Coverage MAXIS updated!

Assalam :)

Tahniah Maxis sebab melebarkan sayap.. hidup makin menjadi-jadi dengan twisties.. hehe
okeh arini ase best sangat nak share.. yg kengkononnye Maxis coverage makin hokeh...
ce la korang check ade ke tempat korang..






Thanks and regards,

Sri Medan sudah ade Coverage Maxis

Assalam :)

BERITA BAIK untuk PENGGUNA MAXIS di SRI MEDAN!


Ni berita baek buat pengguna Maxis kt Sri Medan. Selame ni asek dengar complaints je yg ntah bile nak naek taraf.. tak sia2 aku memintak dorang ni menambah baik kan kat sane.. horeh :)

Sunday, 12 August 2012

Restoran Wong SOLO Seksyen 7 Shah Alam

Assalam

untuk penggemar ayam penyet ala2 indonesia,boleh berkunjung di wong solo seky7 shah alam.
nak makan ala2 duk bersila leh la book awal2...
kalau dah lambat kene dok campur2 dan rapat2...

untuk puasa, kene book awal. kalu tak mang ramai sangat laaa...
kalau nak tapaw call seawal kol230 sampai 430petang...
kalau nak datang tanpa book leh la datang seawal kol5 waktu wiken..
dan seawal kol6 kalu weekdays...

no8G & 10G JLn PLumbum P7/P,
seksyen 7, shahALam
0355232894

nak buat reservation;
kajang - 0387344728
cheras - 0391711143
bangi - 0326911680
ampang - 0342701947

terima kasih :)

Friday, 10 August 2012

Berapa Power Contact Lense Yang Sesuai.

Assalam :)

Sumber daripada : Contact Lense

Aku confirm ramai selalu tertanya2.. berape power contact lense yang sesuai untuk kita.. aku tepekkan kat sini untuk ingatan aku juge...

eceli rabun terbahagi kepada dua.. rabun jauh dan rabun dekat...
rabun jauh ialah bila mana yg jauh2 kita tak nampak...
rabun dekat ialah bila mana yg dekat2 kita tak nampak...
sebab tu kalu orang rabun dekat nak pakai spek kene letak surat khabar tu jauh. snang nak baca...

kalu rabun jauh.. kita istilahkan power matanya as minus sekian2.. contoh -0.50
kalu rabun dekat.. kita istilahkan power matanya as positip sekian2.. contoh +0.50
so mase nak beli spek jangan tersalah.. ala kan kalu rabun dekat tu berlambak kat pasar..haha
abah aku beli gak sebab tu aku taw.. serendah RM2 je..


How to know my contact lens power?
Knowing your contact lens power is very important. Bare in mind, contact lens power can sometimes be not the same as your prescription spectacle.
Why is it so?
Your spectacle is worn further from your eye, while contact lens is worn on your eyes. The distance between your eye and spectacle is called ‘vertex distance’. With an average of 12mm distance, your prescription will be different, especially for those with higher prescription; -4.00D and above.
Some simple conversion prescription, ignoring your astigmatism;
  • Power from -0.75D to -3.75D, you can follow back the same prescription as your spectacle
  • Maksud - power drp -0.75 sampai -3.75 leh gune same ngan power spek mata kite.
  • Power from -4.00D to -5.00D, your contact lens prescription must be lower 0.25D compare to your spectacle prescription
  • Maksud - power -4.00 sampai -5.00 kene gune contact lense kurang 0.25 daripada power spek kite.
  • Power from -5.25D to -7.25D, your contact lens prescription must be lower 0.50D compare to your spectacle prescription
  • maksud - power -5.25 sampai -7.25 kene gune contact lense kurang 0.5 daripada power spek kita
  • Power from  -7.50D to -9.50D, your contact lens prescription must be lower 0.75D compare to your spectacle prescription
  • maksud - power -7.50 sampai -9.50 kene guna contact lense kurang 0.75 daripada power spek kita
For example, if your spectacle prescription is -5,50D, then you should be using -5.00D prescription for your contact lens


(Notakaki - Prudential Takaful 0176806258)

Thursday, 9 August 2012

Forum Cari

Assalam..

Aku suka gile forum Cari .. ade versi bahasa melayu.. inggeris, cina dan india..
pendek kata 1 malaysia la!
kat sini la aku lepak selame berbulan2...
dapat taw banyak info yg kadang2 kita pon tataw...
kire hidden stories la..
aku mang suke bace komen orang...
skang ni aku nga giat bace cite sal Mahsuri...

aku terjebak kat dalam forum cari ni sebab nga search sal PRamlee..
dari sini aku taw camne kehidupan P Ramlee yg sebenar..
kesian die rupenye...
dan cite anakku Sazali tu kisah benar! hayoh...

yg best nye.. setiap kali kite bagi komen, dapat 1 markah..
then.. bile da sampai satu tahap tu leh jadi senior.. minder...
bla2... aku suke tol..
id tu haruslah rahsiakan. sebab nak borak senang...
kihkihkih.. dapat kawan baru gak!
ce try la...
nt akan ase kemaruk dan ketagih...
hahahhahaa....

Terima kasih :D

Tuesday, 7 August 2012

Senarai Semak Lengkap Majlis Perkahwinan

Assalam.


yang ni aku culik drp blog orang... ya tuk aku gak.. so aku tepekkan di sini biar aku hengat...


Senarai Semak Majlis Perkahwinan:
12 Bulan Sebelum Majlis.
  • Tentukan majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua pihak.
  • Menentukan bajet yang diperlukan untuk keseuma majlis termasuklah bajet pengangkutan,bajet kecemasan dan sebagainya.
  • Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan sebagainya. (HantaranPelamin,Bilik Tidur dan Lain-Lain Perhiasan yang anda ingini.)
  • Begitu juga dengan lokasi majlis sama ada di rumah, hotel atau taman.

8 Bulan Sebelum Majlis.
  • Mengenal pasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang ingin diingini.
  • Sebaik-baiknya lengkap dengan tudung supaya lebih sedondon berbanding anda mencarinya sendiri.
  • Tempah jurusolek dan juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
  • Daftar kursus pra-perkahwinan.
  • Bakal pengantin lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan. (Jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangananda).
  • Dan lain-lain hantaran.

6 Bulan Sebelum Majlis
  • Menghadiri kursus pra-perkahwinan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh jabatan agama islampejabat agama daerah atau badan-badan islam swasta.
  • Menempah kadi untuk majlis perkahwinan anda.
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakam detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Memberi cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menempah katering.
  • Jika ingin menggunakan khidmat katering, bincangkan, menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Contohnya menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. Menempah marhaban,pasukan kompang dan DJ.
  • Melakukan rawatan badan untuk kesegaran.

3 Bulan Sebelum Majlis
  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.
  • Bagi pengantin perempuan, kenalpasti orang saksi majlis pernikahan anda.
  • Manakala bagi wanita kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
  • Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari mana-mana jabatan agama islam untuk menikahkan anda.

2 Bulan Sebelum Majlis
  • Tentukan pengapit, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantarkan kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

3 Minggu Sebelum Majlis
  • Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  • Pastikan gaya anda tidak keterlaluan seperti seksi dan tidak sesuai dengan bentuk anda.

3 Hari Sebelum Majlis
  • Menghias pelaminbilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan sebagainya).
  • Mandi air panas untuk bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  • Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (Begitu juga di pihak lelaki).

Usai Majlis
  • Pastikan bawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
  • Pastikan wang mas kahwin tersedia pada hari tersebut dan diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
  • Pastikan wang (upah untuk diberikan oleh tok kadi).
  • Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan.
  • Ambil sarapan untuk elakkan lapar, mengantuk dan tidak maya.
  • Jangan terlalu risau menghadapi hari bahagia.
  • Bertenang dan selalu senyum.
  • Pastikan majlis perkahwinan berjalan lancar seperti yang direncanakan.

ok gambar hiasan sahaja...

Dan aku sedut daripada PakarCinta.BlogSpot

Restoran Sri Niara di Jalan Kolam Air, Wangsa Maju

Assalam...

mase jumaat lepas.. kami makan kt restoran sri niara.. ok la makanan sedap gak la.. mebi sebab aku lapar kot.. hahaa.. ok lokasi di Jalan Kolam Air, Wangsa Maju.. Kalau dari arah Gombak, belok kiri di simpang Taman Wangsa Melawati/Jalan Genting Klang. Kalau dari arah Ampang, belok kanan kt bawah flyover bersignboard Taman Wangsa Melawati/Jalan Genting Klang.

Harganye ok juge... aku makan set 3-4orang.. menu yg ade.. ikan 3rasa, sayur kailan, tomyam. air lain harga.. kalu nak air 1 jug RM10.. tapi kami beli yg sorang2 nye... sume sekali perlu bayar RM72.. hehe.. sebab ape? sebab kami tambah sotong goreng tepung n air bagai... eh tapi skang baru aku terfikir nape regenye terlalu mahal? hahaha.. hadoi la hai. sebab kami nak cepat nak solat magrib yg tinggal lagi 10minit.. aku x terfikir langsung.. ase rugi plak skang.. hahaha...


die nye servis.. so - so je.. sebab lambat sangat dapat nasik.. aku ase aku da kenyang minum air baru sampai nasik.. kami reserve tempat kol615.. kol745 camtu lom makan pon... berbuka kol729 kan.. haha..seb ade kurma la... so overall.. ok la... aku bagi 3.5/5 lagipon tomyam die.. manis.. aku kan x suke sangat bende manis2.. aku nasik pon abes separuh je... hehe...

Sekian, terima kasih.


(Notakaki - Prudential Takaful 0176806258)

Friday, 3 August 2012

Apa itu roaming?

Assalam...

selalu tertanya2 apa itu roaming...

"roaming is subscribed services can be used when moving from 1 region to another region"
maksudnye roaming ni adalah servis bile kite gerak daripada 1 tempat ke satu tempat.. servis call & data la kirenye.. call tu tepon cam biase.. data tu.. bile kite surf tenet...

Roaming is divided by two.

Regional roaming is when roaming in the same country with home operator.
Roaming berlaku dalam negara kita.. contoh..aku gune maxis.. maka home operator aku maxis.. kalu contoh kawasan tu takde coverage, maka kita akan auto matik gune celcom network.. tu name die roaming... tak sume tempat leh change gitu.. tapi kite leh jumpe kt kuala gula, perak. kalu kt damansara ke.. xde line maxis.. sampai ke sudah xde line.. xde maknanye celcom nak pinjamkan network die..hahaha

International roaming is when roaming outside the coverage area of the home operator.
yg ni bile kite kt luar malaysia.. kita akan roaming... maksudnye bile once kt overC... kita xleh angkat call or mesej kalu kita x roaming.. even da roaming pon da mahal! hahahhaa... okeh if kite angkat call bile berada di luar negara, maksudnye yg call ialah org dr Msia.. maka ngan kita2 pon kene charge! haha.. padan muke kan.. nt bill tibe2 melambung RM2k cam "bill shock" ... nak salahkan maxis plak.hahahaha

kesimpulannya bile berada di luar negara.. teros je beli number sane.. laaagi jimat.. skang maxis dah ada IDD132... just simply call gune hp kite... cume kene ade kedit banyak.. nak taw rate leh bukak laman web die la kan...

contoh penggunaan idd... dail 1320062++++ ... contoh nak call indon.. 132 00 ni wajib didail.. 62 tu num country die. cam malaysia num international nye 60.. kalu singapore 65.. camtula seadanya.... murah sangat!! call 1minit baru 11 sen! hahaa!! jimat kot!!

yg ni adalah country yg ade wat alliance cam pakatan gak la ngan maxis.. in case gi indon, automatik kite akan disuruh untuk gune telkomsel supaya kadar call kita lebey kurang same cam kita call kwn kite yg berada msia.. 

kalu nak roaming.. maxis kene call dengan cust service die.. dail 122.. kalu celcom da auto roaming.. x caya call 1111... mekaseyh!


(Notakaki - Prudential Takaful 0176806258)

Thursday, 2 August 2012

Apa Jadi Bila Laki dan Perempuan bersentuhan?

Assalam,

ini hanyalah petikan yang aku culik drp blog Hazril Hafiz :)

Kenapa laki perempuan tak boleh sentuh yg bukan mahram?



Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut.Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang.Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata...

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

benarlah Hadis Nabi bersabda:

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". 
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
QWA

Wednesday, 1 August 2012

Simsimi juga Boleh Berbicara tentang Najib Razak

Assalam and hi..

kalau korang ade android / apple.. mesti taw sal simsimi... hahahaa
lawak sangat.. bile kite tanya sapa najib razak... dan rosmah mansor...
aku kenal simsimi ni sebab kawan aku cakap...
kite leh pretend mesej sum1 bile ade tengah keramaian orang...
konon2 sibuk bermesej.. eceli borak ngan simsimi..
simsimi ni mesin je.. die bukan taw nak cakap ape.. hahahaa
orang je yg set kan.. kekekeke


satu lagi versi.....


dan eceli boleh diedit je... so sape org pertama yg edit ni la yg perlu disalahkan.. hahaha.. lawak pulak aku tengok dan bacenye... kan2?


Lolz sangat...

thanks and regards, :)