Saturday, 29 October 2016

Harini ulang tahun kelahiran

Assalam wbt

Aku saja nak rakamkan dalam blog ni. Harini besday aku. 29/10...

Nikmat Allah mana lagi yg ingin aku dustakan... Alhamdulillah syukur nikmat..banyak sangat wishlist belum tertunai...

Yg paling penting yg aku nak capai.. nak ajak mak pegi haji atau umrah, pergi sama2 dgn incik hubby sekali. Before mak masuk 64.. Sebab apa 64? Sebab skang aku sdg giat kumpul duit.. Jadi 7 tahun aku ada masa utk itu. Insha Allah. Doakan aku ye...

Monday, 24 October 2016

Aloe Vera sebagai Alternatif untuk Hilangkan Fungus pada Alat Sulit Bayi

Assalam dan Hi wbt

Kami mencuba Aloe Vera sebagai alternatif untuk masalah gatal-gatal pada alat sulit bayi. Fungus ni macam mana ? macam bintik2.,, ruam tapi duduknya di bahagian alat sulit. Sorry gambar tak boleh share lah... Hehe bahaya... Tapi dia bukan sekadar merah. Selalu fungus ni duduk kat mulut jugak yang berwarna putih pada lidah, kebiasaannya pada lidah anak-anak yang minum susu formula. (Kata doktor). Then doktor bagi ubat, lepas 5 hari baik lah... Tapi mahal ya amatt... Rm110 which aku pun bukan mampu sangat.. 5 hari, krim pun habis..

Then, kawan aku mengesyorkan Aloe Vera drp Evaros , Alhamdulillah berkesan pada anak kami. Syukur sangat. Tak membazir nak, mama beli. Rm50 100g, berbaloi-baloi !  Kawan aku guna 8 bulan kot baru habis. Mula-mula aku guna apabila ada tanda-tanda merah sahaja tetapi sekarang, guna setiap masa...hehe

Sekarang evaros pengganti Drapolene dan Sudo cream bagi kami sebab kulit anak kami agak sensitif.. Dan lagi best , kalau suhu badan anak-anak naik sikit lebih 37 degree, cepat-cepat aku lumur aloe vera tu kat kepala, terussss turun! Tapi at the same time, bukak seluar, bukak stokin, letak cold fever kat belakang badan. Insha Allah berkesan. 

Thursday, 20 October 2016

Gambar sekitar Galeri Glulam Johor

Assalam wbt

Saja nak share gambar2 yg diambil kat Galeri Glulam Eh sape cakap ni tempat utk buat lawatan Galeri Glulam ini more to dewan utk majlis je. Banyak parking. #jangankatahakaktakpayung
Search je galeri ghulam kat waze, di Jalan Tampoi Johor. Dah jumpa. Tempat yang sangat luas dan banyak parking. Tidak sesuai untuk dijadikan tempat berjalan bersama anak-anak. haha.....

Yang menarik di sini ialah, Galeri Ghulam menggunakan glue-laminated timber. Konsep penggunaan kayu tapi digam sahaja sih. menarik bukan? Agak lama juga untuk disiapkan, sedari tahun 2009 sehingga 2011. Fuhh, makan tiga tahun juga ya.

Glued laminated timber, also called glulam, is a type of structural engineered wood product comprising a number of layers of dimensional lumber bonded together with durable, moisture-resistant structural adhesives. In North America, the material providing the laminations is termed laminating stock or lamstock.

Reka bentuknya dihasilkan oleh orang yang berpengalaman!


Kalau sekadar nak masuk saja-saja, free uols. Tapi kalau teringin nak mengadakan majlis di sini, bolehlah menghubungi orang di bawah. 

1. En. Khali Zakaria - 017-7936838 
2. En. Abdul Rahim Buang- 010-2752802
3. En. Mohd. Firdaus Mortar - 019-7121435
4.En. Fouzi Eusa- 012-7514987 ATAU Emel: mtibjb@mtib.gov.my ATAU Tel : 07-2329057 / 2329048
Fax : 07-2340297

Wednesday, 19 October 2016

Tips Elak Tudung Rosak sebab Pin / Brooch

Assalam wbt

Ni ada petua drp kakmon. Eh bukan nama aku. Kakmon tu kawan aku nye nick name kat fb... Aku pun tak tahu dari celah mana kak mon. Tapi aku rasa aku harus share sebab memang menarik. Cuma rajin ke tak rajin kite nak praktikkan...

Tudung selalu tertarik benang dia sebab brooch kan.. Leceh betul... Lagi2 tudung aidijuma ke tu... Yg cotton. Kalau dah tertarik dengan warna2 dia pun lari. Haha. Buruk benau... Ada cara nak elak... Nahhhh

Enjoy gambar.

Thursday, 13 October 2016

Mock Cek Kahwin yang Kretif

Assalam wbt

Skang ni aku rasa zaman orang suka nau nau amek gambar. Lagi lagi majlis kawen. Kalau boleh nak tema tu tema ni. Yg penting ala ala hipster. Jadi aku rasa tertarik la dengan mock-up cheque yg satu ni... engrave style..

Yela selalunye kan guna cheque printed or pelsu (read palsu) ... Takpun guna duit betul gulung2 jadi bunga ke.. Letak dalam frame lah. Haha... Tu old school bai..

Nah.. Nak Nampak hipster?, kretif.? Harga pun okey...? Boleh pos?. Nah korang tengok sendiri. Kalau rasa2 nak tengok contoh lain boleh la ber "friend" dgn kakak diana ni...

Wednesday, 12 October 2016

Beli Rak 5-Tier dengan Lazada

Assalam wbt

Baru ritu aku beli rak 5-tier dengan lazada...rm41 termasuk pos. Ini komen aku

1) arahan pasang dalam tulisan cina tapi ada gambar so boleh faham
2) ada sarung tangan free sebab senang nak handle pasang2 besi
3) tak boleh nak letak barang banyak macam dalam gambar kat lazada. Ringan2 boleh. Kebetulan aku cuma nak buat letak baju naqib nasuha je. So okey utk aku
4) cepat sampai
5) murah. Ada banyak supplier jadi kena scroll lebih sikit

Okey selamat membeli