TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

23 Dec 2019

Trip Cambodia 2-4 Oktober 2019 ((Bahagian 3)

Assalam wbt dan Hi

SHOPEE KAKNA

4 Oktober 2019

Kami bangun tidur sudah berada di Phnom Penh. Sepatutnya kami tiba pukul 530 atau 630 pagi tetapi oleh kerana hujan, jadi kami tiba agak lewat. Mr Seth, driver tuktuk kami di  Phnom Penh sudah whatsapp dan kata sudah menunggu kami. Dalam pukul 7 pagi kami baru tiba.

Oh ya, apabila mother tongue kau Bahasa melayu pasar tiba-tiba bangun tidur kau nak menukar dalam Bahasa inggeris, memang otak aku lambat weh. Haha. Mr Seth tak boleh bercakap Bahasa melayu jadi aku kena mula speaking seadanya. Mr Seth ingin melihat itinerary kami di Phnom Penh. Kami memang bagitahu awal-awal yang kami tidak mahu pergi tempat berbayar. Kalau pergi pun Cuma ambil gambar sahaja. Dasar kau (kedekut tahi hidung masin)!

Masjid Serkal. Cantik tetapi toilet agak kotor dan ada yang rosak. Sayanglah sebab masjid negeri kan... 


Okay, tempat pertama yang kami pergi ialah Masjid Serkal di bandar Phnom Penh untuk solat Subuh, ya lah bas tidak berhenti tadi jadi kami yakin saja terus solat. Kemudian baru kami makan di kedai halal di Phnom Penh. Mr Seth tidak makan Bersama kami walaupun kami sudah beriya-iya mengajak. Di restoran inilah kami jumpa dengan dua orang rakyat Malaysia yang sedang bersarapan. Mereka ingin pergi ke Vietnam selepas ini dengan merentasi sempadan melalui jalan darat saja. Sebenarnya aku memang ada niat nak melakukan benda yang sama tetapi bang Ajid menentang kuat sebab dia takut kalau di sempadan ada kes-kes dadah dll. Okay takpe next time kita pergi melalui jalan udara sajalah, senang!
bergambar dengan orang Malaysia. 

Menu sarapan di sini, mee goreng yang berharga USD2.50, harga air pula USD1. Sebenarnya kami memesan satu pinggan mee goreng saja tapi staff itu sama ada tidak dengar atau buat-buat tak dengar, dia bawa dua pinggan mee goreng! sudahnya kami kena bayar lagi USD2.50.... geram betul.

Selepas bersarapan di Halal Restaurant Phnom Penh, kami bertanya di mana rumah Mr Seth, dia tanya nak datang tengok ke? Kami kata okay aje, then sebelum kami melawat tempat-tempat menarik di Phnom Penh, kami jalan-jalan ke kampungnya itu. Dari itu, kami dibawa ke Muslim Village. Boleh rujuk kepada post aku sebelum ini. Muslim Village Phnom Penh

Kemudian, selepas kami melawat ke Muslim Village, kami menyeberangi Sg Mekong dengan feri. Feri ini boleh membawa muatan kenderaan juga. Dapat juga kami merasa Sg Mekong ya. Hehe. Kata Mr Seth, di sini jugalah tempat pesta air pada bulan Disember setiap tahun.


Dapat juga naik feri melalui Sg Mekong. Pada pendapat aku, bandar Phnom Penh mungkin kurang maju berbanding Malaysia



Seterusnya, kami hanya ambil gambar saja di sekitar Phnom Penh. Enjoy gambarnya di bawah.


Di Cambodia terkenal dua killing field iaitu tempat pembunuhan orang Cambodia beramai-ramai, yang juga dibunuh oleh pemerintah Cambodia dahulu. Tempat itu dijadikan muzium peninggalan sejarah bagi orang yang hendak tahu kekejaman pemerintah mereka. Bagi aku, aku tak boleh nak lawat tempat-tempat kekejaman macam ini, ngeri. hehe. so, kami memilih untuk tidak masuk ke dalam, hanya bergambar sahaja. 

Kalau korang berpeluang untuk memilih sama ada boleh pergi ke Tuol Sleng atau Cheung Ek, Tuol Sleng Genocide Museum lebih berbaloi kata driver Tuktuk kami. Ini kerana, tempatnya lebih dekat di ibu kota dan ceritanya lebih menyeluruh. Tapi kalau korang punya masa yang lama, why not datang kedua-dua tempat. 



Yang ini Wat Phnom, tiket masuk ialah USD1 untuk warga asing. Ini ialah living temple atau tokong yang masih hidup, yang orang masih guna utk buat persembahan atau sembahyang mereka. Jadi kami sekadar tengok-tengok macam itu saja. 


Di Wat Phnom juga ada jam matahari saiz besar. Memang ikut masa kita yang sebenar ya. oh ya, kalau korang tak bayar USD1 tadi tak bolehlah ambil gambar dekat-dekat macam ini. Boleh ambil gambar dari jarak dalam 50m. 



Ini ialah Stadium Olimpik. Nama saja Olimpik tapi tak pernah jadi tuan rumah Sukan Olimpik ya kawan-kawan, jangan terpengaruh. Namun, stadium ini pernah menjadi saksi kepada Sukan Sea. Kami masuk ke tempat parking dah kena bayar 100Riel. Sampai di hadapan pintu masuk, pak guard dia kata tak boleh masuk?! apakah?? baik tak payah charge 100Riel tadi. Nasib baik tak mahal. kalau USD1 tadi mau mengamuk juga aku. haha.... Kemudian kami singgah di Muzium Phnom Penh juga, warna bangunannya merah, tapi aku lupa nak cari gambarnya mana. 


Kemudian singgah di living temple lagi

bergambar dengan Norodom Sihanouk Statue. Binaan setinggi 4.5 meter ini untuk mengingati sejarah kerana beliau ialah Ketua Negara selepas membebaskan diri daripada Perancis. Lebih-lebih lagi, korang baca sendiri ya. haha


bergambar dengan Independence Monument selepas bebas daripada penjajah Perancis pada tahun 1953. Kedudukannya betul-betul di tengah bulatan. Jadi kalau korang nak ambil gambar memang kena berhentikan kenderaan di gigi jalan ya. 


pergi ke living temple lagi. Haha. kat sini memang banyak. dah driver tuktuk kami bawa, kami follow saja.



okay di belakang aku ialah Istana Phnom Penh, living palace juga ya. Kita masuk istana yang memang masih ditinggal oleh kaum kerabat Raja Cambodia tetapi kawasan yang kita boleh lawat itu, kawasan yang awamlah. Tempat beradu raja-raja belah kiri di sebalik pokok (refer gambar). Nak masuk sini kena bayar USD10 okay??? mahal yakmat iaitu memang aku tak masuk ler! haha... sedangkan Istana Negara di Kuala Lumpur pun RM5 aku tak sampai-sampai lagi. hehee..... Jadi, next time lah ya...

France colonial building. Kalau korang nak cari sangat, bangunan ini berhadapan dengan Pejabat Pos Phnom Penh. 

Pejabat Pos Phnom Penh. macam biasa, nak tulis poskad untuk diposkan ke Malaysia. Harga setem USD1 dan harga kad USD0.50



living temple again. hahahahaha


Selepas penat jalan, kami minum air dulu di Cum Cup Cafe Phnom Penh, yang aku kira ala-ala kafe hipster di Malaysia. 

Yang ini ialah Central Market Phnom Penh

Sebenarnya selepas dari Central Market, kami ke Russian Market tapi lupa nak letak gambar. Kalau nak beli barang, aku rasa macam tak perlu sangat sebab memang mahal-mahal belaka! Untuk orang cut cost macam kami memang tak beli langsung! Kemudian, selepas penat berjalan, kami makan tengah hari di restoran halal yang dibawa oleh Mr Seth. Itu untungnya kalau kita ambil driver tuktuk orang islam, lebih yakin nak makan di mana. 

Okay kami makan nasi goreng saja. harganya memang mahal iaitu USD6 tapi sebab memang lapar sangat, kami beli saja. 


Walaupun flight kami delay 2 jam, kami mengambil keputusan untuk menunggu di airport saja sebab kami pun tidak tahu nak pergi mana lagi. Sebelum berpisah, kami ambil gambar sama-sama.  Harga servisnya USD20 untuk sehari perjalanan.. Boleh hubungi Mr Seth, +85511307157 . Oh ya, kalau korang tak pasti nama tempat, korang ambil gambar siap-siap dan tunjukkan pada Mr Seth, korang nak ke situ. Mudah ! Okay Phnom Penh, sampai jumpa lagi ya!

Juga lihat di sini,





No comments: