TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

6 Dec 2019

Beli Akuarium Murah di Hyper Pets NSK Kota Damansara

Assalam dan Hi,


Kami sangat teruja sebab baru saja membeli akuarium yang harganya boleh dikatakan murah dan berpatutan sangat2! Sebelum ini, kami selalu survey di Shoppee, nama Shopper ialah apektamiya memang murah betul cuma kami risau dengan penghantaran poslaju atau apa-apa courier company, takut pecah, takut tak sampai dll. Jadi kami membuat keputusan untuk beli daripada kedai sahaja namun bukan senang nak jumpa seperti yang kami mahu tapi harganya murah. Haha. semua nak murah 

saiznya ialah 25cm(W) x 16cm(D) x 15cm(H) ; harga di Shoppee RM40 termasuk pos!

Kami memilih untuk membeli di kedai Hyper Pets yang terletak di NSK Kota Damansara. Tambahan pula staff yang menjual sangatlah peramah! Staff lelaki muda, kami pun tak tahu nama dia siapa. Banyak juga soalan tentang ikan yang kami tanya. hehe. Terima kasih sangat2! Oh ya, sayangnya saiz yang kami mahukan tinggal 1. Itupun sudah siap dalam satu pakej lengkap yang berharga RM110 tetapi dekorasi langsung tidak cantik pada kami (batu yang kecil dan berwarna warni). 

Kebetulan pula tiada akuarium kosong, jadi staff tersebut menelefon cawangan berhampiran dan bertanyakan bagi pihak kami sama ada stok akuarium kosong di sana ada atau tidak. Bertuahnya kami, cawangan satu lagi memiliki akuarium yang kami mahukan. Cawangan berdekatan ialah di Tesco Damansara (berhadapan dengan Kidzania), dalam 4km dari NSK Kota Damansara. Alhamdulillah. 

Harga Akuarium kosong ini ialah RM45.
Pam air yang sesuai = RM35
Lampu = RM33
Batu = RM3.50
Jadi jumlah yang perlu kami bayar ialah, RM116.50.

Jika kami menambah ikan-ikan lain nanti, aku akan kongsikan lagi di sini ya. Sampai jumpa lagi. 

No comments: