TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

24 Oct 2019

Catatan Muslim Village di Phnom Penh, Cambodia


Assalam dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Catatan ini agak panjang.
.
Beberapa hari yg lalu kami berpeluang melawat Muslim Village di Kemboja, yang berusia lebih kurang 5 tahun. Sefahamnya kami, sebelum ini mereka tinggal di tempat lain dan kerajaan benarkan mereka tinggal di sini untuk sementara waktu. Oleh itu, tanah mereka berstatus "leased hold" yangg bermaksud bila-bila kerajaan mahukan tanah tersebut, dan-dan itu mereka terpaksa pindah. Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Daif sangat yang saya belum pernah jumpa lagi keadaan ini di Malaysia. Maafkan kami kerana tidak terlalu prihatin di negara sendiri. Mereka di sini hanya boleh berbahasa Khmer atau Kemboja sahaja jadi agak sukar untuk berinteraksi dengan mereka. Majoriti hanya berkerja sebagai nelayan. Nelayan pula ada waktu ke laut iaitu 9 bulan ke laut dan 3 bulan cuti kerana air pasang, kerajaan mereka mengharamkan sesiapa untuk turun ke laut. Waktu cuti 3 bulan itu ditampung 9 bulan yang berkerja tadi.

tempat membasuh kain dan mengambil wuduk

Kawasan ini memuatkan lebih kurang seramai 250 orang. Mereka mempunyai surau berwarna biru atas ikhsan pelajar Malaysia ketika membuat lawatan suatu masa dahulu, kredit pelajar Universiti Texas Malaysia. Mereka membasuh baju bergilir2 kerana air yang dipam terus dari sumber Sg Mekong hanya dua buah, boleh lihat bekas berwarna biru. Bilik air pula kongsi beramai2. Pam yang pecah di bawah surau ketika air pasang yg lalu sebenarnya bekalan utk mengambil wuduk.

Dalam gambar ialah Imam Yusuf, ketua agama Islam di Muslim Village Phnom Penh

bahagian di dalam surau

Tong biru (bekalan air wuduk) yang pecah kerana musim tengkujuh tersadai di bawah surau

close up tong air yang pecah berharga USD650

rumah yang baru dibina

Setiap tahun ramai orang kaya di Malaysia yang menderma untuk bersedekah daging Qurban kepada mereka. Bagi pendapat kami yang jujur dan merendah diri, sebenarnya bukanlah daging qurban yang mereka minta tetapi lebih kepada membaikpulih infrastruktur kawasan rumah mereka. Semasa kami melawat, ada juga yang sedang membina rumah, sangat mudah, berkemungkinan sehari sudah siap kerana hanya memakai beberapa batang paku untuk lantai dan dindingnya menggunakan tali utk mengikat kanvas. Kanvas itu, macam kanvas percuma oleh sebab ada keraian di bandar. Hujan boleh terlalu sejuk, panas boleh jadi terlalu panas.

Rumah mereka adalah tempat berlindung ketika hujan dan panas. Semasa musim air pasang pula, mereka 3 bulan tidak keluar rumah. Yang tinggal dalam bot pula, pagi petang siang malam memang dalam bot saja. Tetapi harga bot mahal juga, dalam anggaran USD250. Tidak ramai pula yang memiliki motosikal.

Pendidikan hampir tiada kerana yuran sekolah agak mahal. Kalau belajar tinggi2 pula, peluang pekerjaan tidak banyak. Ada yang kami jumpa, belajar tinggi-tinggi di Mesir tetapi apabila pulang ke Cambodia tiada kerja dan akhirnya bekerja sebagai Tuk Tuk Driver. Gaji di sini juga agak rendah berbanding Malaysia. Barang mentah pula agak mahal. Contoh, gaji cikgu hanya USD250. Harga barang seperti kita, contoh gaji RM250 tapi harga beras RM10 5kg. Macam mana nak cukup? Jadi terpaksa mereka buat 2,3 pekerjaan dalam satu masa yang sama.

Hospital ada juga yg percuma cuma agak lambat servis tidak seperti Malaysia kata jurucakap Muslim Village. Kalau di Malaysia, lambat saja ada yang akan viralkan muka doktor dan nurse.🤭

dari kiri ialah En Arifin, Imam Yusuf dan Mr Y

bilik air yang dikongsi beramai-ramai 

Jurucakap kepada Muslim Village, En Arifin ini ialah menantu kepada Imam surau, Imam Yusuf. En Arifin asalnya beragama Buddha tetapi akhirnya memilih utk kembali kepada Islam ketika menetap di Malaysia. Alasannya, orang Islam yang dia jumpa baik-baik belaka. Namun, malang tak berbau, semasa di Malaysia, dia dipaksa balik ke negara asal jika tiada dokumen yang sah. Dia dan isterinya kembali ke Kemboja. Di sana, dia jadi orang tengah untuk orang Muslim Village yg mahu menjual ikan dan juga jadi jurucakap kerana boleh berbahasa Melayu, Inggeris, Kemboja, Vietnam dan Mandarin. Mujur selepas En Arifin berada di sini, kehidupan mereka lebih baik kerana memudahkan urusan orang luar yang ingin menghulurkan bantuan. Dengan izin ALLAH, digerakkan hatinya untuk kembali kepada Islam dan membantu mereka yang memerlukan. Alhamdulillah.

Yang aku kagum, walaupun kedaifan mereka melampau-lampau tetapi mereka masih beragama Islam dan yakin dengan rezeki Allah. Kalau hendak dibandingkan dengan rakyat Malaysia mungkin jauh juga. Mungkin saja sebab kami tinggal di kawasan bandar. Kesimpulannya kita perlu bersyukur dilahirkan di tanah Malaysia dalam kalangan keluarga yang mungkin tidak kaya tetapi tidak susah seperti mereka. Kalau boleh, jangan terlalu merungut dan bersyukur seadanya.

Oh ya, driver tuktuk kami juga ada menyatakan, setiap USD1 yang kami bayar untuk kos tuktuk akan disumbangkan kpd Muslim Village. Jadi yang nak datang sini, boleh contact driver tuktuk yang bernama Seth. Kalau ada kawan2 yg mahu membuat saham akhirat dgn mewakafkan sejumlah duit, jangan malu jangan segan utk PM tepi.


di sekitar kampung yang becak

kampung yang penuh dengan manusia yang memerlukan bantuan




Sesiapa yang ingin pergi ke Phnom Penh Cambodia, boleh whatsapp dengan TukTuk Driver kami, Mr Seth, +85511307157 , Insha Allah bagus orangnya. 



Dan gambar terakhir ialah gambar penulis bersama Bang Ajid


Terima kasih.


No comments: