SHOPEE KAKNA
Hari ini saya ingin mengulas tentang Restoran Kambing Bakar Kontena di TTDI Jaya, Shah Alam Selangor. Keistimewaan di sini ialah tentunya kambing bakar yang lembut sangat, nasi kerabu dan ayam penyet. Untungnya lagi di sini, air sirap disediakan secara PERCUMA, diulangi PERCUMA ya. Saya suka! Saya suka!
Hidangan ayam penyet berharga RM12.90
Kambing bakar kontena berharga RM20++(kalau tidak silap saya)
Nasi kerabu RM16.90 (kalau tidak silap saya)
Harga mungkin tidak tepat tetapi harganya dalam anggaran RM12.90 hingga RM24 lebih kurang begitu. Konsep di sini, order di kaunter dan bayar dahulu kemudian staff restoran akan menghantarnya ke meja kita. Meja mereka tiada nombor, jadi saya pun hanya menuding jari kata kami duduk di sana. haha... air sirap boleh refill tapi kami tak refill hehe.
oh ya, yang membuatkan saya makan di sini, semasa kami memesan makanan ayam penyet, kuah yang diberikan adalah tiga jenis iaitu kuah sambal ayam penyet, kuah kicap yang disediakan untuk kambing bakar dan satu lagi kuah gulai cili padi yang kebabom sedap dia. haha. walaupun pedas tetapi saya memaksa diri untuk menghabiskannya sebab sedap gila tetapi kuah-kuah sebegini hanya disediakan waktu lunch kot sebab semasa kami datang pada malam hari, tiada kuah gulai cili padi dan kuah kicap kambing bakar. Jadi saya pun tak pasti, hehe.
Parking senang juga nak dapat. Dibuka setiap hari setakat ini Klik di sini sebab setiap kali datang tidak pernah tutup hehe. Cuma dibuka pada jam 11 pagi. Jadi, tiada sarapan pagi disediakan okay.
Sekian terima kasih, selamat mencuba ya!
No comments:
Post a Comment