TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

27 Mar 2022

Kenali Ulama - Rezeki Bertemu Syeikh Muhd Zainul Asri bin Haji Mohd Romli

 Assalam wbt dan Hai,

Alhamdulillah kami dapat bertemu Syeikh Muhammad Zainul Asri secara dekat. Semoga kehebatannya terjangkit kepada kami. Insya Allah. Aamiin Ya Allah. Sebenarnya, TG Syeikh dijemput memberi ceramah pengajian Kitab Risalah Mu'awanah karya Asy-Syeikh Abdullah bin Alawi Al-Haddad di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya. Jadi, selepas ceramah, sesiapa yang berhajat untuk bertahnik, atau memohon mendoakan, kami dijemput ke rumah haji hajah yang berdekatan dengan masjid. Alhamdulillah tak tunggu lama juga. Semoga kami dapat berjumpa lagi aamiin.

Kami bawa Naqib dan Nasuha berjumpa dengan Syeikh. 

TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HAJI MOHD ROMLI


KENALI ULAMA KITA 

Tak kenal, maka tak cinta. Maka mari kita berkenalan dengan TG Syeikh Muhd Zainul Asri. 

1) Nama penuhnya ialah Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Haji Mohd Romli Bin Haji Mat Arif Bin Haji Daud. Beliau dilahirkan pada 3 Disember 1969 di Kampung Surau, Bakai, Baling, Kedah. Syeikh Zainul Asri juga mesra dengan panggilan Pak Long di kalangan teman-teman akrab dan rakan-rakannya.

2) Mendapat didikan rohani yang terawal dari ayahandanya sendiri, Haji Mohd Romli Bin Haji Mat Arif. Ketika Syeikh masih kecil, beliau sering dibawa oleh ayahnya menuntut ilmu di Pondok Lanai dan Pondok Charok Bakap, Baling.

3) Pengajian formal Syeikh bermula di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling, Kedah. Kemudian Syeikh melanjutkan pengajian di Maktab Mahmud, Alor Setar.

4) Sebelum melanjutkan pembelajarannya ke Mesir, beliau sempat bertalaqqi dengan Tuan Guru Pakteh Kroh di Pondok Pak Teh Kroh, kemudian bertalaqqi lagi dengan Tuan Guru Haji Ahmad Pak Dun di Pondok Sungai Baru, di samping mendapat didikan dakwah daripada Ustaz Husin Jusuh di Sungai Baru.

5) Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Usuluddin (Pengajian Hadis), Universiti al-Azhar, Mesir dan kemudiannya memperolehi MA di Universiti At-Tohiriah, Jakarta.

Ketika di Mesir, Syeikh bersama rakan-rakannya bertalaqqi dengan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki yang ketika itu adalah merupakan al-Azharus Sani bagi pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah. Syeikh Nuruddin mengadakan pengajian di rumah-rumah anak negeri dan juga di Masjid Fatah, Kaherah.

Di antara guru-gurunya yang sempat Syeikh Zainul Asri bertalaqqi dan bertabarruk ialah :

1. Tuan Guru Haji Abdullah Charok Bakap

2. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi

3. Tuan Guru Haji Ahmad Pak Dun Sungai Baru

4. Tuan Guru Haji Husin Jusuh Darul Quran

5. Syeikh Nia'mat Yusuf Derang

6. Ustaz Haji Fadhil Mohd Noor

7. Tuan Guru Pak Teh Kroh

8. Syeikh Ismail Sodiq al-Adawi - Khatib Masjid Al-Azhar

9. Syeikh Muhamad Zaki Ibrahim - Raid `Asyirah Muhammadiyah

10. Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Ketika menuntut ilmu di Maktab Mahmud kehidupan Syeikh diasuh dengan usrah, qiyamullail, dan tamrin di bawah bimbingan Syeikh Nia'mat Yusuf dan kemudiannya dari Ustaz Husin Jusuh. Seterusnya telah mencetuskan 'biah solehah' dalam kehidupan para pelajar di asrama dan rumah-rumah sewa pelajar Maktab Mahmud.


Di antara jasa dan bakti Syeikh Zainul Asri terhadap ummah ialah :
1. Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah
2. Pengasas Majlis Lantunan Mahabbah
3. Guru dan murabbi SMIDU, Muassasah Darul Ulum
4. Pensyarah di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena
5. Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah
Moga Allah s.w.t mengurniakan kesihatan yang baik buat Syeikh. Amin
*Sumber - Ustaz @amidialqadahi
Dan Ustaz @syamil_zain27 JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA

Link rujukan

Semoga bermanfaat. Terima kasih. 

No comments: