TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

8 Mar 2022

Jom Kenali Ahli Baqi' Iaitu di Perkuburan Baqi' Masjid Nabawi di Madinah

Assalam wbt dan Hai,

Selalu tertanya-tanya siapakah yang dimakamkan di Perkuburan Baqi yang terletak di Madinah? Jadi hari ini kita nak kongsikan sedikit ilmu yang diperoleh semasa Umrah 2022. Lebih kurang 6000 orang sahabat Rasulullah yang dimakamkan di sini.

Untuk orang biasa seperti kita, bukan mudah hendak dimakamkan di sini, ada kriteria yang ditetapkan. Namun semua itu peraturan manusia. Adapun yang menetapkan sebenarnya ialah Allah. Ada suatu cerita di mana seorang hamba Allah dari Malaysia kerjanya biasa sahaja, semasa menziarahi Rasulullah di Masjid Nabawi dia ditakdirkan meninggalkan dunia. Gembiranya, dia dikuburkan di Perkuburan Baqi. Sudah tentu orangnya soleh. Alhamdulillah, rezeki. Sesiapa yang dikuburkan di sini, terlepas seksa kubur dan akan mendapat syafaat daripada Rasulullah. 


Untuk pengetahuan semua, Perkuburan Baqi ini tidak boleh dilihat terus dari dalam pagar Masjid Nabawi. Nak masuk untuk mengkuburkan satu jenazah pun kena naik tangga ke pintu masuk. Lelaki sahaja dibenarkan masuk manakala perempuan haram ya masuk. Oleh itu, kita boleh lihat dari tepi jalan besar sahaja. Sesiapa nak ke sini, kalian perlu keluar dari pintu 361 atau kalau salah, dari pintu yang menghala keluar jalan raya. Pintu ini dekat dengan Pintu 41, Pintu Baqi'. Jalan di hadapan beberapa kedai yang sudah ditutup, dalam 5-10 minit juga. Memang menghala ke jalan besar barulah jumpa. 



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ، وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ

Maksudnya: “Aku adalah pemimpin anak Adam pada hari Kiamat. Aku adalah orang yang pertama akan dibangkitkan daripada kubur. Aku adalah orang pertama yang akan memberi syafaat dan dibenarkan  memberi syafaat.” [Riwayat Muslim (2278)]


Saya ada mendengar ceramah Ustaz Don Daniyal, manusia pertama yang dibangkitkan di Padang Masyhar ialah Rasulullah SAW. Manusia kedua dari umat Nabi Muhammad ialah Sayidina Abu Bakar, kemudian Sayidina Umar. Seterusnya ahli baqi' iaitu muslimin dan muslimat yang dimakamkan di Perkuburan Baqi'. Insya Allah. 

Jadi, saya ingin kongsikan muslimin dan muslimat yang dimakamkan di sini. Hasil kajian Ustaz Muhadir bin Hj Joll.

Untuk jemaah dari Masjid Nabawi, perlu keluar dari betul-betul Pintu Baqi'. Pagar ini dibuka semasa angkat jenazah sahaja. Kiranya siapa yang teringin nak pergi, lepas bagi salam solat waktu terus lari ke sini, tak perlu solat sunat jenazah. Sebab mereka memang on time. (berdasarkan pemerhatian ketika di Masjid Nabawi)

Lakaran hebat Ustaz Muhadir bin Hj Joll

Kubur Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah
Kubur Sayyidina Hasan bin Ali
Kubur Sayyidina Ali bin Husain
Kubur Sayyidina Muhammad al-Baqir bin Ali bin Husain
Kubur Sayyidina Jaafar ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir
Kubur Sayyidina Abbas bin Abdul Muthalib (bapa saudara Rasulullah)

Kubur Sayyidatina Ummu Kalthum binti Rasulullah
Kubur Sayyidatina Ruqayyah binti Rasulullah
Kubur Sayyidatina Zainab binti Rasulullah

Kubur Ummahatul Mukminin atau Kubur Isteri-Isteri Rasulullah kecuali Sayyidatina Khadijah, berada di Perkuburan Baqi. 

Kubur Sayyidatina 'Aisyah
Kubur Sayyidatina Saudah
Kubur Sayyidatina Hafsah
Kubur Sayyidatina Juwairiyah
Kubur Sayyidatina Ummu Salamah
Kubur Sayyidatina Zainab binti Khuzaimah
Kubur Sayyidatina Ummu Habibah binti Abi Sufyan
Kubur Sayyidatina Sofiyyah binti Huyay
Kubur Sayyidatina Zainab binti Jahey


Kubur Sayyidina Uqail bin Abi Talib
Kubur Sayyidina Abu Sufyan bin Al-Harith
Kubur Sayyidina Abdullah bin Jaafar At-Thoyyar

Kubur Imam Malik bin Anas (Imam Maliki)
Kubur Imam Nafi' Maula Ibn Umar (guru kepada Imam Malik)

Dalam pada mencari maklumat tentang Imam Maliki iaitu Imam Malik bin Anas, rupa-rupanya beliau adalah anak kepada Sayyidina Anas bin Malik sahabat Rasulullah SAW. Masya Allah, saya baru tahu.

Kubur Sayyidina Ibrahim bin Rasulullah
Kubur Sayyidina Uthman bin Maz'un
Kubur Sayyidina Abdul Rahman bin Auf
Kubur Sayyidina Sa'ad bin Abi Waqqas
Kubur Sayyidina As'ad bin Zurarah
Kubur Sayyidina Khunais bin Huzafah as-Sahmi
Kubur Sayyidatina Fatimah binti Asad

Kubur Syuhada' Hurrah

Kubur Sayyidina Uthman bin Affan (sahabat Rasulullah) rupa-rupanya ada di Perkuburan Baqi juga.

Kubur Sayyidatina Halimah as-Sa'diyah ibu susuan Rasulullah

Kubur Sayyidina Abu Sa'id al-Khudri
Kubur Sayyidina Sa'ad bin Mu'az


Untuk jemaah muslimin, jika berkesempatan, bolehlah datang ziarah di sini, bertawasul dengan ahli bait, sahabat Rasulullah, para tabi' tabi'in. Insya Allah. Semoga bermanfaat. Terima kasih. 

No comments: