TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Mar 2022

Melawat Kilang Pencetakan Al-Quran di Nasyrul Quran, Presint 14 Putrajaya

Assalam wbt dan Hai,

Tahukah kalian, di Malaysia adanya kilang pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Kompleks King Fahd di Madinah. Ia terletak di Presint 14, Putrajaya. Sebenarnya kami tadi datang secara adhoc sahaja tetapi Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami, penyelia tour guide ada sedikit masa untuk menerangkan serba sedikit tentang kilang pencetakan ini. Sebelum ini, pusat pencetakannya ada di Yayasan Restu Shah Alam yang berada di hadapan Masjid Shah Alam, kemudian berpindah di sini tempat yang lebih besar. Lawatan ini mengambil masa 2 jam sebenarnya kalau full visit tapi kami ambil masa dalam 30 minit saja. 

Untuk menempah slot lawatan, boleh menghubungi:
Cik Atiqah - 016-7182741

Untuk menempah Al-Quran dan Yasin dalam bilangan yang banyak, boleh menghubungi:
En Eddie - 019-9935795
Pn Afiqah Munirah - 011-31228368

Pintu depan Nasyrul Quran (kiri)
Pintu masuk nak ke tempat lawatan mencetak Quran (kanan)


Beberapa jenis Al-Quran yang dibuat di sini, ada yang ada maksud dan ada yang tiada maksud. Yang ada maksud pula boleh didapati dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Walaubagaimana pun, yang terjemahan bahasa Mandarin belum lagi dikeluarkan secara rasmi atas sebab-sebab tertentu. Ada pelbagai saiz juga. Ada yang ada terjemahan, ada juga yang tiada terjemahan.



Sehari boleh mencetak sebanyak lebih kurang 13,000 naskhah. Banyak sangat. Alhamdulillah. Oh ya pekerja di sini semuanya lelaki dan sentiasa dalam wudhuk. Kalau ada kerja kosong, nak saja cuba mohon tau. Oh ya, target pengeluaran mereka ialah dalam kuantiti sejuta naskhah untuk setahun untuk menampung keperluan Al-Quran di seluruh dunia! WOW! Dan di sini juga ada banyak menunjuk kaligrafi yang digunakan dalam Al-Quran, corak-corak tepi Al-Quran, dan macam-macam lagi.


Al-Quran paling besar di sini

Gambar di Nasyrul Quran tingkat bawah


Banyak juga buku-buku, Al-Quran, hiasan dinding boleh dibeli di sini ya. 







Contoh kalau nak tahu dicetak di Nasyrul Quran, boleh nampak cop khas Yayasan Restu atau Nasyrul Quran.

Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang mencari tempat menarik di Klang Valley atau Lembah Klang. Boleh bawa ramai-ramai ke sini ya. Oh ya, boleh baca lebih lanjut di LINK SINI. boleh juga beli Al-Quran keluaran Nasyrul Quran di link itu juga. Kita tidak akan jumpa Al-Quran ini di mana-mana kedai buku. Untuk pengetahuan, wakaf Quran juga boleh dibuat di sini, RM30 untuk senaskhah Al-Quran. 


Terima kasih. 




No comments: