TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

14 Mar 2022

Asmaul Husna 99 Nama Allah dalam pdf dan jpeg

Assalam wbt dan Hai,

Saya cumalah memanjangkan pahala insan yang memuatnaik Asmaul Husna di dalam internet. Boleh dapatkan dalam bentuk pdf di sini ya. Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang sedang mencari. Kami menampal bacaan Asmaul Husna ini di bilik tidur kami dan bilik tidur anak-anak kerana mudah untuk menghafal dan agar selalu membacanya. 

Semasa kami menunaikan umrah bulan Februari 2022 yang lalu, Ustaz Don ada menerangkan, sesiapa yang membaca Asmaul Husna setiap hari dijamin masuk syurga. Insya Allah mulai hari ini, kita bacalah sama-sama ya. Dan untuk pengetahuan semua dan pengulangan bagi yang sudah tahu, bacaan doa selawat di hujung bacaan Asmaul Husna sebenarnya adalah Selawat Imam Syafie. Masya Allah. 


Selawat Imam Syafie



Terima kasih. 

No comments: