TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

3 Aug 2020

Kedai Cendol dan ABC Viral Batu Pahat

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Semalam kami pergi ke ABC Viral Batu Pahat.  Dulu masa kami datang iaitu dalam 3 tahun lepas, belum ramai pengunjung, tempat duduk senang nak dapat. Rasa cendol atau ABC memang umph...Sayangnya semalam masa kami datang, rasa dia kurang sedap sedikit. Mungkin perlu dijaga kualitinya lebih lagi. Atau mungkin sebab terlalu ramai orang, saya tak berapa pasti.

Kedai ini terletak di tepi jalan, berdekatan dengan bus stand Batu Pahat. Saya rasa, orang batu pahat memang sangat familiar dengan tempat ini. Parking agak susah nak dapat tetapi kami bernasib baik kerana mendapat petak parkir betul-betul berhadapan dengan kedai ini. Sesekali ke sana mengingatkan saya kepada kenangan masa lalu. Saya selalu menaiki bas ke asrama atau ke universiti beberapa belas tahun yang lalu. Waktu itu, kedai ini belum viral lagi. 

bergambar kenangan di hadapan kedai. 

Cendol Biasa (mangkuk oren) = RM1.50
Cendol Durian (mangkuk pink) = RM5
ABC (mangkuk biru) = RM3

Saya ambil cendol durian. Durian kampung saja, beza dengan cendol biasa, RM3.50. Memang harga agak murah berbanding di tempat lain, tapi aisnya mencair. Sangat cair, seperti rasa minum air cendol. Walaupun begitu, mee hijau (saya panggil mee), memang banyak cuma rasanya kurang berlemak berbanding saya pergi sebelum ini. Sayang sungguh........

Kalau encik / cik baca blog saya, bukan saya nak melemahkan semangat dan komen tak tentu hala, tapi saya berharap encik / cik akan menjaga kualiti pembuatan dengan lebih baik lagi. 

Sekian terima kasih.


No comments: