TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

5 Aug 2020

Jual Kereta Melalui Proses Bidaan di Carsome

Assalam wbt dan Hi,

Boleh baca contengan saya yang terdahulu di Jual Myvi di Carsome


Kali ini, kami menjual kereta Honda City kami pula. Kami sudah berfikir masak-masak untuk menjual Honda City dan bertukar kepada kereta lain kerana perlu menguruskan kewangan kami dengan lebih baik. Bak kata Bang Ajid, kereta apa-apa pun sama, kalau dalam jammed (congestion road / kesesakan lalu lintas) tetap juga kena harungi sama-sama dengan kereta-kereta lain. 

Setelah membuat janji temu dengan staff Carsome melalui laman sesawang ini, Temujanji Carsome kami datang tepat jam 10 pagi hari itu. Memang tidak ramai kerana mungkin PKPP, suasana agak sunyi. Usai tiba, jangan lupa pastikan membawa dokumen geran salinan atau asli dan kunci spare. 

Kereta kami dibawa untuk menjalani proses inspection. Dalam sejam, akhirnya staff Carsome memanggil kami. Dia menawarkan harga yang agak rendah iaitu RM42,000. Mengikut perkiraan kami dan survey kami melalui laman sesawang Mudah.my , dll, harganya tidak terlalu rendah, mungkin sekitar RM46,000 jika dapat dijual di Carsome. Apa yang kami perhatikan melalui penjualan Myvi tempoh hari, jika di pasaran harga Myvi ialah RM15,000, maka pihak Carsome akan menurunkan lebih kurang RM3,000 daripada harga pasaran tetapi RM42,000 untuk Honda City macam murah sangat. hehe... 

Jadi apabila kami jauh sangat drp target kami, kami pilih untuk membuat proses bidaan. Staff Carsome akan memberikan satu borang untuk kita isi berapa harga awal bidaan. Bidaan ini berjalan selama 24 jam saja. Dalam waktu bidaan, kita boleh menurunkan harga berdasarkan instinct kita. Oh ya. selepas sudah mendaftar, kita akan memperoleh satu email menyatakan id, password dan website bidding. Kita login seperti yang disuruh dan perhatikan saja. Gambar diambil oleh pihak Carsome dan spec kereta semua diisi oleh Carsome. Kita tak perlu buat apa-apa. 

Contoh kami, pada mulanya, kami menawarkan harga RM52,000 tetapi tiada yang berminat. Kemudian, kami menurunkan harga menjadi RM48,000 (yg ini buat sendiri - kalau korang tengok, korang tahu kat mana nak isi tempat kosong - sorry tak boleh bagi gambar yg ini). Konsep bidaan ini persis dengan konsep bidaan di Chilindo. Setelah pembeli membida, akhirnya dapat dijual dengan harga RM48,600. 

Seorang membida utk pertama kali. Dalam 24 jam, proses bidaan perlu diterima atau ditolak. Kalau tolak, maknanya anda tidak jadi menjual dgn Carsome. tiada kesan apa-apa. Jika anda menerima, maka ada aktiviti seterusnya. 

OKAY?

Nampak tak, 830 orang melihat. 830 ini ialah dealer seluruh Malaysia. 

Okay akhirnya Honda City kami dapat dijual melalui laman web Carsome bidding. Terima kasih, 

No comments: