TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

6 Jun 2020

Resepi Karipap Yang Mudah Simple Untuk Orang Noob daripada Surianti Kitchen

Assalam wbt dan Hi,

SHOPEE KAKNA

Hari ini aku nak buat post untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada SURIANTI KITCHEN kerana berkongsi resepi karipap yang super simple yang boleh dibuat oleh orang yang tak berapa pandai masak macam aku. Mudah sangat2!

Kulit Karipap
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak yang dipanaskan
1/2 cawan air sejuk
Secubit garam

Klu:
1. minyak yang dipanaskan (panas sangat sampai berwap-wap) digaul terlebih dahulu dengan tepung gandum biar sebati // tujuan supaya tepung jadi rangup
2. secubit garam dicairkan di dalam air sejuk terlebih dahulu sebelum digaul bersama adunan (1.)
3. guna air sejuk tu, sejuk gila uols! 






Inti Karipap
2 sudu kari daging jenama apa-apa, tapi aku suka Mak Siti, kalau tiada, pilih Adabi, kalau tiada juga, pilih Babas 
2 biji kentang saiz sederhana (saiz tapak tangan korang, 2 biji)
1 biji bawang merah 
secubit garam, ajinamoto, gula, daun sup (kalau ada)

Klu:
1. potong bawang & kentang menjadi dadu
2. tumis bawang.
3. kari tadi dikacau terlebih dahulu dengan air sebelum dimasukkan dalam tumisan bawang.
4. masukkan kentang selepas kari dah harum wangi
5. kentang sudah lembut, pastikan air tak banyak, nanti senang nak jadi inti 

Untuk resepi ini, boleh dapat dalam 12 biji karipap saiz yg aku mahukan. Kalau nak banyak, ikutlah tambah juga. Contoh, nak 24 biji karipap, jadi bahan-bahan darab dua. gitu..... Mudah sangat betul2! Aku dulu-dulu tak pernah nak mencuba buat karipap sendiri tetapi kerana PKP/PKPB, dah berapa banyak karipap aku buat, dan berapa banyak duit juga aku berjimat. Alhamdulillah... 



Sayangnya, Nasuha memang suka karipap inti angin. Jadi, ada beberapa biji karipap yang aku kosongkan isinya. Hahaha. Yelah, siapa yang suka inti angin? Tapi anak aku suka pulak. adui.. haha. 

Selamat mencuba!


Terima kasih. 

No comments: