Tuesday, 15 May 2018

Bermain di Taman Tasik Cyberjaya

Assalam wbt

Kalau terasa nak mengajak anak bermain playground, main gelongsor yang banyak, bolehlah datang ke Taman Tasik Cyberjaya. Besar juga tempatnya. Yang penting tak boring, dan tak berapa ramai, tak macam kat Taman Layang-Layang Kepong hari itu.

Ada juga banyak kereta mainan, basikal sewa, main buih. Kawasan luas untuk berjogging juga. Parking kereta juga banyak dan percuma. Okay ada juga gerai kecil jual aiskrim, air dan nugget sosej tu. Jadi not bad lah overall. Kalau ada masa boleh datang sini.






Yang penting
1. Lepas bermain basuh tangan dan kaki anak anak.
2. Balik rumah, mesti mandi. Paling koman (read : at least) tukar baju anak
3. Kalau anak tak sihat, cepat2 buat pencegahan, bagi ubat demam


Selamat bermain !

No comments :