TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

5 May 2018

Program Jalinan Kasih 2018

Assalam wbt


Office kami menjalankan program Jalinan Kasih 2018. Kami melawat ke sini,

Rumah Amal Kasih Bestari
Lot 5930 Jalan Jati, Kg Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Di sini, anak-anak dilatih berdisiplin, sangat elok perangai masing-masing. Penghuni hampir 70 orang, daripada umur 1 tahun hingga 12 tahun. selepas 12 tahun, dipindahkan ke cawangan lain. penjaga dalam 4 hingga 5 orang.

Apa yang kami nampak di sini, ramai penduduk yang prihatin, sebab barang-barang banyak, buku pun banyak. yang mereka perlukan sebenarnya wang sumbangan, sebab banyak yang nak ditanggung, dari segi perbelanjaan harian dan sekolah. Dengar kata, rumah ini di bawah jagaan JKM, jadi okay lah juga, ada orang pantau.

ini bahagian dalam rumah.

Barang-barang lain dan keperluan harian.


Suruh beratur pun senang.


okay nak cakap budak kecik tudung pink ni speciality dia pandai bergaya macam model, haha...

budak ni pulak, suka sangat nak tengok gambar dia selepas kita ambil gambar.
okay lukisan kat belakang tu, cantik serius! kalau kat oversea mau jual mahal tu. kat sini, tak laku. hadoiyai

makan nasi ayam sama-sama. pastu depa doa sama-sama. yang kelakarnya, gaduh2 sebab nak gelang getah warna kuning tu. sudahnya, kami bukak sup, bukak sos nasi ayam tu, semua pakat-pakat bagi kat depa. sorang dapat 3 gelang, puas hati. hehe

nah, ada yang nak kicap lebih, ada yang nak sambal lebih... 

okay nak cakapnya, bebudak sini dahaga kasih sayang bapa kot. sebab diorang memang suka berkumpul dengan staff laki. sebahagian sahaja tau mereka ini. yang lain-lain pergi sekolah kebangsaan. mereka ada kenderaan yang membawa ke sekolah. 



sedikit cenderhati daripada kami.


dengar cerita daripada pengasuh, budak-budak kat sini kebanyakannya adalah orang susah, anak yatim, yang adik beradik ramai... macam tu lah... mereka lebih kepada kurang kasih sayang, sebab pengasuh tu bukan bersama mereka setiap masa, tak boleh bermanja sangat. kesiannya lah bila bayangkan. semoga lebih ramai penyumbang utk anak-anak bertuah seperti mereka..


Yang pasti, semoga mereka berjaya suatu hari nanti.

No comments: