Friday, 11 May 2018

Bermain Indoor Games di Star Avenue Subang

Assalam wbt dan Hi


Naqib, Nasuha dan Nisa riang gembira bermain indoor games di sini. Harga pun berpatutan.
Budak-budak bawah dua tahun tak perlu bayar dan percuma untuk seorang penjaga (mama atau babah). Kalau mama dan babah, dua-dua nak ikut masuk, kena tambah RM5 ye.

Kalau budak-budak tiga tahun dan ke atas lah senang cakap, perlu bayar RM10, dan percuma untuk seorang penjaga juga (mama atau babah). kalau mama dan babah, dua-dua nak ikut masuk, kena tambah RM5. harga untuk 120minit kalau tidak silap.

Mama babah boleh join main gelongsor yang agak tinggi. best okay!  haha... pastikan anak-anak pakai seluar panjang. senang sikit nak main, kang luka sana sini. dah siap main, basuh tangan dan kaki untuk mengelakkan bakteria jahat.

nah gambar untuk menambahkan keriangan,

nampak tak tinggi tu gelongsornya.

bertemakan istana lama cerita dongeng omputih.

ini gambar dari bahagian atas.

bersemangat. awal-awal malu-malu kucing. lama-lama berdikari

abang Naqib lagilah tak boleh dibendung. suka sangat kat sini. haha


yang bahagian ini saja dua-dua takut nak lalu.


tengok tu, sampai terbalik balik. hehe


jemputlah datang sini. di tingkat 2, star avenue subang. parking free.. jimat.,...........

No comments :