Sunday, 13 May 2018

Review IPTV Box Axia

Assalam wbt

Hari ini nak review IPTV jenis box axia.. setahu saya, banyak sangat jenis iptv, boleh google sewenang-wenangnya di internet, facebook, iklan2 di tepi jalan.

Axia tv

Ini modemnya. 

Iptv
1. Internet kat rumah mesti atleast 10Mbps baru dia tak tersekat2. Kami guna internet maxis, so far okay lah
2. Boleh beli pin no ikut berapa bulan nak subscribe. First try 3 hari free, kalau okay, continue sebulan, 3 bulan, 6 bulan atau setahun. Lagi banyak bulan subscribe, lagi murah. 
3. Sebulan bayar RM40, 12 bulan RM270. Gitu... Ikut pakej dia lah kan.. 
4. Boleh tengok astro semuaaaaaa channel ! Tapi kalau hujan, masih tak boleh tengok, sebijik mcm astro ! Hahahah
5. Boleh tengok VOD astro. Video on demand, alah yg ada channel khas astro tu.. asal dia masuk je kat astro, kita boleh lah tengok jugak. Kahkah. Sejenis malas donlod.
6. Boleh bukak youtube direct dari sini. Tak payahlah guna laptop n hdmi cable. Hihi
7. Cara nak masukkan pin ke apa, nanti penjual akan bagi manual. Senang nak roger. Okay lah not bad. 
8. Kekadang internet slow nak mamp** , jadi hang loading gitu je.. nak tak nak ko reset. Macam mana nak reset? Cabut wayar cable RJ45 tu, yg color kuning spt gambar di atas. Atau off saja bekalan elektrik di plug. Hihi


Okay semoga beli tu tak salah pilih.

No comments: