Saturday, 2 December 2017

Cadar Kalis Air

Assalam wbt

Cadar kalis air atau bedsheet waterproof. Susah betul nak jumpa! Kat online banyak tapi harga paling murah RM49 belum pos. Kata sepupu aku, kalau beli kat Kulim Mart, benda yg sama itu harganya RM19. Isk isk isk awat murah sangat kat sana. Aku cuba cari kat GM Klang tapi tak jumpa pulak.

Jadi aku google di 11street sahaja. Gambar dan contact number penjual adalah seperti dalam gambar. Oh ya, aku beli RM39. Aku beli dua helai, RM90 termasuk pos. Ya, pos RM12. Harga pos kan dah naik sekarang.

Oh ya. Ini cadar biasa, boleh pasang sbb ada getah. Cuma dia dua lapis. Basuh guna tangan sahaja tau. Tujuan aku membeli adalah untuk menggalakkan Naqib tak pakai pampers. Utk siang2 hari aku letak kat tempat pengasuh. Takdelah terkena toto. Malam2 aku masih pakaikan pampers sbb aku malas lagi nak bangun2 malam. Yelah, aku kan masih bf Nasuha. Satu satulah buat. 😂😂😂

Nampak tak macam berkilat sikit? Bahagian itu yg kalis air. 




Nanti contactlah ye. Sekian, terima kasih. 


No comments: