Saturday, 23 December 2017

Jalan-Jalan di KL Rimba Eco Park atau Hutan Simpan Bukit Nenas

Assalam wbt

Hari ini hari cuti, kami merancang utk pergi ke KL Rimba Eco Park atau nama lainnya Hutam Simpan Bukit Nenas. Boleh waze kalau teringin nak ke sini. Masuk adalah percuma tapi parkingnya bayarlah RM10. Mahal juga harga parking. Nak cari parking ini, boleh waze Parking Taman Eco Park. Hehe. Kot lah tak nampak signage parking ke.

Jalan kaki ye utk canopy walk, naik tangga. Ada tower B hingga tower I. Tiada chicken exit, maksud saya, kalau tiba-tiba nak stop, kena patah balik, atau teruskan sampai hujung, tapi still kena patah balik sendiri utk ke tempat parking. Hehe 😂😂😂

Kalau dah sampai hujung tower I, boleh nampak Menara KL dah makin dekat. Bolehlah kalau nak melawat sekali. Tak banyak sangat ambil gambar sebab dukung dak kecik Nasuha. Dia penat nak jalan. Naik turun tangga...

belakang tu, tower B. kami pun tak pasti mana tower A. hehe. kami tak ambil gambar setiap tower. surprise! korang kena datang utk experience sendiri.

cubaan Nasuha untuk berjalan sendiri. Naqib jalan tengok bawah sudahnya menjerit-jerit tapi Berjaya juga sampai ke tower last, tower I.

yang belakang tu, boleh terus ke tower KL, melalui jalan hutan, tak perlu naik canopy walk.

starting canopy walk di sini. bukan senang nak ambil gambar Nasuha senyum.

Naqib cuba posing selepas bengang mama marah sebab jatuhkan topi ke bawah. Nasib baik babah tolong pungutkan.

itulah belakang tu tangga. agak sempit. kalau boleh jangan berselisih. tiada chicken exit okey?

comel tak tiger dan lion ? lion tak cukup tinggi.


ini pandangan dari hadapan (jalan utama) berdekatan dengan parking RM10 kami. berjalan dari parking mungkin mengambil masa dalam 5 minit.

ini pandangan dari hadapan KL tower.


Jemputlah datang kalau ada masa, bersenam di sini. Sekian terima kasih.

************************************************************


Pesanan penaja,
Yazid Yohani (Prudential Wealth Advisor) +60172000349.

No comments: