TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

8 Jul 2015

Biodata Rasulullah S.A.W

Assalam  wbt

Muhammad Ibn Abdullah Ibn Abdul Muttalib Ibn Hasyim Ibn Abd Manaf Ibn Qusayy Ibn Kilaab Ibn Murrah.

Moyang nabi, Hasyim berkahwin dengan seorang wanita madinah dan dikurniakan seorang anak, iaitu Shayba (Abdul Muttalib).[Shayba bermaksud bayi yg ada uban]. Hasyim kemudiannya meninggal di Gaza. Shayba dijaga oleh ibunya di madinah.
Muttalib, iaitu saudara lelaki Hasyim pergi ke madinah untuk berniaga. Beliau ternampak Shayba dan merasakan paras rupa Shayba seperti orang Mekah.Setelah diselidik barulah Muttalib tahu Shayba adalah anak saudaranya. Dia pun membawa Shayba pulang ke Mekah.
Disebabkan takut tersebarnya berita bahawa Hasyim mempunyai anak di Madinah, Muttalib kemudiannya mengaku bahawa Shayba adalah hambanya.

Disebabkan itu, Shayba yakni datuk nabi digelar Abdul Muttalib (Hamba Muttalib).

Sudah menjadi kebanggaan masyarakat Arab apabila mempunyai anak lelaki yg ramai.

Ketika itu Abdul muttalib hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu Al Harith. Abdul Muttalib kemudiannya bernazar untuk mengorbankan seorang anak lelaki jika Tuhan memberinya 10 anak lelaki. Dengan kuasa Allah, Abdul Muttalib dikurniakan 10 anak lelaki dan 6 anak perempuan.

Abdul Muttalib pergi ke Kaabah untuk mencabut nama anak yg perlu dikorbankan. 3x undi dicabut dan 3x juga Abdullah terpilih. Abdul Muttalib sangat sedih dan risau kerana Abdullah adalah anak yg paling disayangi.

Abdul Muttalib telah pergi berjumpa dengan ahli sihir wanita dan akhirnya mengorbankan 100 ekor unta sebagai tebusan agar Abdullah tidak dikorbankan.

Maka, Rasulullah adalah hasil daripada 2 korban yang tak menjadi yakni korban Nabi Ismail and Abdullah.

Allahuakbar.
#1hari1cerita
 
 
Sekian, Terima Kasih.
 

No comments: