Monday, 12 February 2018

Pengakhiran / Ending Mandatori Astro First, Adaptasi Novel Ramli Awang Murshid

Assalam dan Hi.

Ini adalah sinopsis novel Mandatori.


Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.
Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti.Sesiapa yang diadilinya pasti menerima hukuman sekali pembicaraan. Dan hukuman yang pasti adalah hukuman mati Mandatori.

Drama ini mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (lakonan Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.

Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Juliana Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Dato’ A. Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Juliana yang pada mulanya tidak begitu menyukai kehadiran Norman mula berubah apabila risau akan tindak-tanduk adiknya, Johan Johari (lakonan Iedil Putra) yang dilihat semakin mencurigakan terutamanya apabila melibatkan kehilangan wang syarikat yang sangat ketara. (perenggan pertama hingga ketiga, saya ciduk daripada blog Admya)

***************************************************************************




Kisahnya, Aeril Zafrel dia seolah-olah boleh bercakap dengan mayat. Dia selalu berhalusinasi sehingga berdarah hidung dan tidak sihat. Dia mampu selesaikan masalah pembunuhan bersiri, tapi setiap kali itu dia sakit kepala. 

Pendek kata cerita ini, Aeril pembunuh semuanya sebab dia ada split personaliti. Satu Norman, yang baik dan yang jahat namanya Inspektor Carlos. Siti Saleha dan anaknya tidak terbunuh. Norman ditembak oleh kawannya Detektif Kelvin dan terdampar di tempat yang sama semasa kecil dahulu. Mereka semua mati kerana terlibat dalam pembunuhan keluarga Norman semasa kecil. kena tengok semua sebab jalan cerita sangat rumit nak diselesaikan di atas tulisan. nanti aku ada masa aku menulis penuh ya. Terima kasih.

oh ya, cerita tergantung sebab scene ajaran sesat belum ditumpaskan dalangnya. Norman pula hilang. sepatutnya ada sambunganlah.

jalan cerita yang sangat menarik sebab kat Malaysia belum banyak cerita genre ini. walaupun aku dah boleh agak endingnya macam mana sebab selalu tengok korean drama. hehe.,. 

No comments: