Monday, 26 February 2018

Cerita Kami dan Kelapa Sawit

Assalam wbt

Dulu, kami sekeluarga bukan senang sangat seperti sekarang. Dahulu sekeliling kami juga bukanlah senang sangat jadi sama-sama senang, sama-sama susah gitu. Kalau sekarang nampak keluarga yang susah macam kami dahulu, aku sebutkan setaraf dengan Bersamamu, memang sedih betul sebab kami memang pernah rasa. Kalau diorang pernah makan hanya ubi kayu, tiada gas hanya bertemankan dapur arang, semua itu kami pernah lalui.

Dulu-dulu, awal 1990an sampai 2003 kot.

Saja-saja nak ceritakan pasal kelapa sawit. Dulu-dulu belum ramai pekerja warga asing. Jadi abah yang tuai atau petik kelapa sawit, kami akan angkut kelapa sawit ke titi. Di Johor, banyak parit, dan untuk menghubungkan kawasan rumah, ada titi. Kami angkut kelapa sawit dengan menggunakan kereta sorong. Kalau kelapa sawit ada 60 biji, sebuah kelapa sawit boleh memuatkan dalam 6 biji. jadi 10kali lah kami berulang-alik. Jauh juga tapi pengalaman yang menarik. 

Bila abah tuai/petik kelapa sawit, mesti ada biji-biji yang berterabur di atas tanah. Kami akan pungut satu persatu dan memasukkannya ke dalam guni. Hasil pungutan boleh mencecah satu atau dua guni tau, bersamaan tiga tandan kelapa sawit! banyak tak? oh ya, penjodoh bilangan kelapa sawit ialah tandan tau. Penat memang penat tapi kami rasa gembira sebab hasil titik peluh sendiri. Apabila mak ambil duit hasil menjual kelapa sawit, kami rasa sangat gembira sebab boleh makan lauk sedap sikit. Boleh merasa baju baru. Yang paling kami tak suka apabila waktu hujan lebat sehingga banjir, ia boleh menyebabkan perkembangan kelapa sawit terbantut. 


gambar ehsan google. inilah gambar kelapa sawit. 


ehsan google lagi. pegang dengan cara yang betul tau!

lagi lagi ehsan google. ini gambar sabit kelapa sawit.


Sesudah hujan berhenti, rumput-rumput tinggi ranum di sekeliling pokok. Kadang-kadang kami tolong cabut rumput-rumput yang ada Sumber1 Banyak nau rumput seperti yang digambarkan oleh blogger ini. contohnya.
rumput nampak cantik tapi nak cabut bukan main susah bila dah terlalu banyak! hahaha



Sekarang. 
Sekarang, banyak cara baru untuk petik / tuai kelapa sawit dengan mudah. Sumber1 , ada e-cutter hasil penyelidikan UPM. senang dan mudah. Di kampung kami pula, rata-rata pekerjaan memetik / menuai hasil kelapa sawit ini telah diambilalih oleh pekerja asing. Upah, 1tan bersamaan RM40. aku tak pasti sesuai ke tidak dengan kepenatan yang dirasa. 

Cerita Masa Kini Yang Berkaitan Kelapa Sawit.
Kelapa sawit adalah satu punca pendapatan kami sekeluarga. Pada awalnya, di belakang rumah kami terdapat ladang getah tetapi atas faktor banjir besar, abah telah bersepakat untuk menebang semua pokok getah. Mungkin waktu itu, aku berumur 3 atau 4 tahun. Lagi pula, harga getah ketika itu, jatuh teruk manakala harga kelapa sawit memang agak tinggi. Ekonomi Malaysia ketika tahun 1993 hingga 1995 tidaklah terlalu maju seperti sekarang. Kebergantungan terhadap sektor agrikultur belum diperluas. Kalau dulu, sekilogram getah dalam RM2. Murah sangat! Seguni getah mungkin boleh mencecah 130kg. kalau hari hujan, getah menjadi basah dan menjadi berat. Banyaklah dapat duit.

Dari sebab itu, kelapa sawit menjadi pilihan. Sekarang negara tengah berdepan dengan kontroversi Europe (negara-negara Eropah) nak berhentikan pengeksportan. Risau juga sebab kebanyakannya pekebun kecil. Sumber1 Sumber2

Permulaan kelapa sawit menjadi sumber ekonomi utama yang kononnya ada ura-ura nak jadikan sumber asas minyak kereta, kira biodiesel. Idea ini sejak 1990an lagi tapi sekarang dah tahun 2018, dua tahun saja lagi nak wawasan 2020 tapi sampai sekarang belum juga diperluaskan skop R&D nya. Boleh rujuk Sumber1 Sumber2 Harap-harap suatu hari nanti akan adalah biodiesel bebetul. Myvi aku boleh jadi bahan ujikaji. ececewah... yakin je. 

Okay, dan sebab nak jadikan biodiesel, semoga negara terus maju....... !

Ada gambar-gambar kelapa sawit daripada ladang kelapa sawit kami. Ada model si cilik sahaja.





Sekadar hiasan sahaja 😁😁😁

No comments: