Tuesday, 9 January 2018

Review Kriteria Breast Pump Yang Bagus

Assalam wbt

Salah satu kriteria yang bagus untuk mencari breast pump adalah melihat bahagian ini, saya kurang syorkan malish Aria. sudahlah saya beli di Pump On The Go Kelana Jaya tak remind untuk isi form warranty dalam tempoh sebulan. Sudahnya, saya tak dapat warranty pun bila rosak. geram betul.


tengok di bahagian ini, udara masuk dari belah kanan ini.

bahagian ini, boleh nampak aliran susu dari kiri ke kanan. bila kita pam susu, udara akan buat tekanan rendah dan tinggi berulang-ulang kali. sebab bahagian valve mendatar atau dekat saja dengan laluan susu, kemungkinan susu terlepas masuk kembali ke dalam tiub adalah tinggi. 

jadi, air susu yg kembali ke tiub itu, bergerak ke arah adapter pam dan akhirnya rosaklah mother board circuit semua tu. kasihan saya. 

berbanding dengan spectra, tekanan / angin / pressure datang daripada belah kanan. Aliran susu datang dari belah kiri. kebarangkalian untuk susu masuk ke arah valve putih itu sangat rendah. jadi tiada masalah seperti bila saya guna Malish. 

jadi kalau nak beli pam, pastikan bentuk pam macam ini. supaya senang di kemudian hari. 


Terima kasih.


*******************************************
Pesanan penaja,
"Sudah ada perlindungan insurans untuk diri sendiri? sedangkan kereta pun ada insurans, lagikan kita..."

No comments :