TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

19 Nov 2017

Pemeriksaan Gigi di Klinik Presidental Denai Alam

Assalam wbt

Kami pergi Klinik Presidental di Denai Alam, boleh waze sahaja sebab kami pun tidak berapa pasti alamatnya. Temujanji perlu dibuat sebelum datang ke sini. Telefon 03 - 58885979.

Yang merawat Naqib dan Nasuha ialah Doktor Amirulzehan bin Kassim. Dia terangkan satu persatu dalam bahasa Melayu. Jadi senanglah nak faham. Setakat ini, gigi mereka berdua okay okay saja. Cuma tadi doktor ada sapu dengan floride, something to clean up gigi kot. Then tidak boleh makan dan minum selama sekurang-kurangnya 15 minit. Selepas itu tak perlu basuh pun dah boleh makan.

Naqib perlu dibersihkan giginya selepas dua minggu. Jadi temujanji seterusnya ialah 2 disember. Nasuha perlu follow up 6 bulan lagi. Bulan mei tahun depan, rekod tertulis pada kad supaya mama tak lupa.

Kos seorang RM60. Doktor sangat mesra jadi mereka tidak takut
 Oh ya sabtu ahad pun buka ye kliniknya. Jemput datang !





Sekian Terima Kasih.

No comments: