TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

27 Oct 2017

29 Kenangan Semasa Kecil Sempena Umur 29 Tahun

Assalam wbt

Kenangan masa kecil, latar masa ialah tahun 1994 hingga 2000.

Gambar ehsan google, basikal color merah


1) dulu pergi ke sekolah naik basikal. Basikal kak Arah color biru. Masa darjah 1 dan 2, dialah yg bonceng aku setiap pagi. Berat kot. Nasib baik dia gemuk masa kecik. Jadi kuatlah nak bawak. Dengan beg lagi. Hewhew. Pada awalnya, aku kena tolaklah basikal dari belakang bagi momentum... basikal ini aku dapat sempena dapat nombor 1 sekolah agama darjah 2. kiranya, start darjah 3 naik basikal sampai darjah 6. Main basikal lepas lepas tangan. Macam power gila ah. Haha. Buat rekod lah lepas tangan sejauh mana ke mana kan. Pastu gebang (berlagak) dekat kawan2. Kahkahkah. ada tak orang buat macam aku buat?





2) antara sekolah agama dan sekolah belah pagi (kebangsaan) kami ada masa dalam 1 jam.. aku tak balik rumah sebab jauh. Jadi, beg sekolah agama, aku tumpangkan ke dalam bakul basikal kakak aku. Dia bawakkan balik. Petang kang dia pergi sekolah naik motor kakak sulung(kak leha). Istilah tak balik rumah ialah "terusan" ... Dan bawaklah bekal dari pagi kau tau tak.. dah sejuk.. tapi aku jenis tak memilih. So aku makan aje... Lauk yg mak aku selalu bawakkan ialah nasi lauk telur plus kicap. Kenyang dah cukup... Alhamdulillah. 

Ada juga orang ejek sebab tak mandi sebelum ke sekolah agama dan makan makanan yang sudah sejuk.. Tapi aku buat tak tahu saja. Kadang-kadang kalau ada duit lebih, abah belikan daging lembu lalu mak masakkan daging masak ungkep. Nanti mak hantar waktu tengah hari. Masa itu, makanan memang rasa heaven sangat2! makan seberapa banyak yang boleh! kenyang gila oi! Oh ya, bungkusan nasi yang padat dibuat oleh mak aku adalah makanan yang paling enak aku rasa. sampai dah umur suku dekad ini aku tetap suka nak makan. air tangan mak adalah yang terbaik! 


3) petang-petang main dgn kawan-kawan.. paling best "lomban" parit. Istilah lomban maknanya main air parit. Kat johor banyak parit kan. Habis berenang dalam tu. Aku main kat gigi parit je. Tapi kantoi kena jugak sedas rotan drp abah. Haha. Nanti malam-malam abah calit air liur abah di dahi kami. itu tandanya abah minta maaf dan abah kasihan dengan kami. Oh ya, tiada konsep letak minyak pada tempat kena pukul seperti dalam tv. Menipu semua itu! Biar pulih sendiri saja. Hehe

4) bila balik sekolah, atau weekend main apa? Main rounders, baling selipar, baling tin, main sembunyi-sembunyi (hide and seek), main pepatung, main ting ting, main masak-masak, main galah panjang, konda kondi, guli, baling getah, main getah yg sape lagi tinggi dia menang tu, main jambatan sudah roboh, datuk harimau, aiskrim soda pepsi cola, main pijak bayang-bayang, dll. best gilo. kami main dengan jiran sebelah, nama dia Hidayah Toha dan Farena Toha. sekarang depa dua pun dah ada anak masing-masing. hehe. Teringat masa sekolah rendah suka main hide n seek. Jumpa hantu .. terus tak nak main dah. Hahaha




5) tengahari mesti ada uncle india jual roti. Roti paling famous is roti kacang. Kak leha (kakak sulung kami) selalu tipu kata inti kacang merah tu ialah tahi telinga uncle tu. Dua tiga tahun juga aku tertipu, (kurang asam kakak aku ni hahaha) lelama aku dah tau aku dah tak bagi. Hehe. Tapi sebab kami suka sangat makan, duit pulak tak berapa banyak, kak leha selalu tipu yg uncle tu suka potong kepala budak. Haha. Jadi kami percaya, kami dah tak panggil.. oh ye, uncle roti tu yg bawak roti dan jajan banyak-banyak naik motor.. susah nak jumpa skarang..


6) kalau abah kat rumah, jangan tengok tv saja nanti kena marah. Sampai sanggup buat-buat tidur bila abah balik rumah. Hadehai... Takut kene rotan. Kalau dengar bunyi motor abah dari jauh, beriya kitorang letak towel kat atas tv (dulu-dulu tv jenis CRT cepat panas, bontot besar). Jadi kami letak towel supaya serap haba dan kipas-kipas tv biar tak panas, biar takde bukti tengok tv. hahaa. Lepas itu, parkirnya motor abah dan nak masuk rumah, kami buat-buat tidur. Haha. Teruk betul. 


rotan buluh


7) rotan abah drp buluh. Abah cat warna hitam. Gantung aje kat depan tempat kami jadual buku2.. jadi bila nampak tu cuak lah sket. Rupa-rupanya gantung rotan ini adalah sunnah.. baru tahu bila dah besar. Carilah ceramah nye. Aku tak ingat dengar drp ustaz yg mana.




8) makan dgn abah, jangan nak bising-bising nanti abah simbah dgn sambal.. simbah kat kepala kottt.. hamek kau...! Pedas pijar dia memang tak boleh bayangkanlah. nangis air mata darah sekali pun, berlaparlah kau sampai waktu makan seterusnya. Abah mak ajar, hidup kena selalu bersyukur dengan makanan yg kita ada. Jadi sampai sekarang, aku jarang atau hampir tiada komen kalau makanan tak sedap, aku makan saja. yang penting kalau nak komen lepas dah habis makan. Kalau aku komen jugak maknanya makanan itu memang tak boleh diterima langsung oleh anak tekak. hohoho... teruk sangat gamaknya. hehe. 




9) makan dulu masa sesusah.. "punten" dengan sayur paku pakis. Kami panggil sayur lah. Padahal takde klorofil, ada spora aje. Haha... Punten ialah istilah beras campur santan kelapa, tapi bukan nasi lemak. Not bad. Sedap juga. Berbulan-bulan makan sebab nak jimat duit. Last-last adik aku tak tahan muntah2 makan bende yg sama aje. Sejak daripada itu, abah usaha lebih keras utk tambah pendapatan dan alhamdulillah takde dah makan camtu. Dulu sangking (read : semata2) nak cari paku pakis, kami siap pergi ke kebun2 bawak plastik merah yg besar gabak tu, petik setiap sorang, sape paling banyak boleh menang. Haha. 



10) dulu selalu tolong "bangkit" maksud dia, tolong kutip getah. Mak aku noreh getah masa tu. Jadi seawal 5 tahun aku dah tolong kutip getah. Nanti bila dapat upah, mak aku bagilah dalam RM1 - RM10, supaya jadi pemangkin semangat. Mak cakap, kalau teringin nak beli apa-apa, belajar pandai-pandai dari kecil supaya senang di kemudian hari. oh ya, pengalaman jumpa "benda-benda" pun banyak tetapi depa tak kacau pun. Tegur tegur je kot.. yela kebanyakan kebun getah kat ceruk2 kampung. aku masih tolong mak sampai aku masuk universiti. Apabila kakak aku dah start kerja, pokok getah pun ditebang, jadi mak pun berhenti jadi penoreh getah.


Dulu, masa zaman aku kecil, orang istilahkan kesusahan seseorang apabila mak dia penoreh getah dan abah dia security guard. dan aku adalah salah seorang daripadanya tetapi aku bangga dengan mak abah aku!

11) kenangan buat pelita.. best sangatlah ni... Kutip2 tin. Nantilah aku share kan diy buat pelita.. sebab kami tak mampu, guna tin aje lah. Jimat sangat ! Haha

12) setiap ramadan, baca quran / tadarus beramai2.. setiap hari bahagi-bahagikan setiap orang berapa muka surat macaam itu. Pada hari terakhir ramadan, abah akan bacakan doa khatam quran. Tapi sampai nangis-nangis jugak lah dulu sbb aku selalu tolong baca lebih sikit haha.

13) Pada awalnya, Abah mengajar kami membaca quran tapi disebabkan abah asyik marah-marah apabila tajwid dan makhraj kami salah, kami jadi fed up. Mak cakap intonasi kami baca macam orang somalia. Haha.. sentap. Nangissss... At last mak yang mengajar kami sampai khatam AlQuran 30 juzuk. hehe. Tapi abah selalu juga betulkan bacaan kami dari jauh




14) abah amalkan sistem baca sifir.. setiap seminggu satu sifir.. dua darab satu, dua.. bla bla bla.. baca tasmik depan abah.. hihi. Simple task walaupun rasa susah, Alhamdulillah aku boleh hafal. Masa itu, baca sifir guna buku latihan sekolah.

15) abah suruh kami amalkan seminggu 3 words english. Yang ni kami tak amalkan. itu yg english pun ke laut, berterabur. Kehkeh

16) Kami ada sistem jadual tutup tingkap sebab selalu rasa tak adil. Pengiraannya begini, Isnin Rabu Jumaat giliran aku. Selasa Khamis Sabtu giliran Kak Arah. Ahad pula giliran bersama.. Lawak juga bila difikirkan kembali tetapi memang perlu buat sebab tingkap di rumah kami agak banyak. Kalau tingkap nako saja ada dlm 10. Tingkap daun kayu pula ada 15 kot. Kadang-kadang sampai buat konsep siapa dapat tutup tingkap lebih banyak, dia yang menang! haaha...

17) mak aku macam kebanyakan mak. Baru pukul 5 petang tapi dah cakap pukul 6 petang. Over tak tambahnya?? Haha.. jadi kita kelam kabut... Lelama dah tau taktik mak, kita buat selambe aje.. hehe...

18) mak ajar jam analog sejak aku berumur 3 - 4 tahun. Masa aku 6 tahun aku siap boleh cakap, sekarang pukul 11 suku. Pukul 9 kurang 5 minit... Cikgu tadika aku pun kagum.. haha. Sebab mak aku style tengok jam camtu. Terikut-ikut macam orang arab baca jam. Hehe.

19) dari kecil kami sudah diajar belajar membaca. Umur aku 4 tahun Alhamdulillah sudah lancar membaca, berkat usaha mak dan Kak Leha sebab tak jemu-jemu mengajar. Eh adik beradik aku pun sama. Apa yg aku baca setiap hari? Surat jemputan kahwin. Hahahahahahahah... Mak aku cakap baca je apa-apa... Sudahhhh, itu yang aku hafal sangat intipati surat jemputan kahwin dengan tazkirah tv 

("barang siapa pergi ke masjid, di waktu pagi dan petang, maka Allah menyediakan baginya, suatu hidangan yang istimewa, yang lazimnya untuk tamu-tamu agung di Jannah", hadith riwayat Albukhari dan Muslim)

20) masa aku sekolah tadika, abah yang menghantar aku  ke Tadika Parit Jayus dengan menaiki motor. Pukul 7 pagi sudah terpacak depan sekolah, duduk tepi titi sekolah, sudahlah sekolah sebelah kubur. berani betul. Yelah, dulu-dulu tiada kes penculikan kanak-kanak.. huhu.. tengahari mak jemput naik basikal besar dengan membuncing adik kami, Eno masa itu berumur 1 tahun, dalam masa yang sama sarat mengandung (mengandungkan Oji, adik bongsu kami) Perjalanan dalam 1.5 km kot. Sangat hebat mak! Kalau mak ada duit lebih, mak siap-siap belikan ais krim utk kami aku dan Eno. 

21) abah dulu sebab nak pisahkan aku tidur daripada mak, mula-mula abah belikan tilam. Tilam tu ada tulis A B C warna biru. Excited gile sangat terus boleh tidur sendiri. 

22) kemudian, cara abah nak pisahkan betul-betul tempat tidur anak-anak drp mak abah, abah beli katil tingkat. aku kat belah atas, Kak Arah belah bawah. Betul betul bawah lampu. entah macam mana masih boleh tidur nyenyak, sudahlah panas, silau pula. Haha... Bila mak kejut waktu pagi, terkejut terosssss terjun dari katil sampai sakit kaki. Bila aku masuk asrama, adik-adik aku take over katil, dan abah buat benda yang sama.




23) dulu masa zaman abah petik sendiri buah kelapa sawit, kami akan kutip biji2 yg berterabur. Setiap biji itu duit. Penat gila wey ! Kuantiti pokok adalah lebih 100 batang. Kutip satu satu masuk ke dalam baldi. Nanti combine boleh jadi macam dua tandan buah kelapa sawit.. tak ke bernilai??


24) bila dah selalu kena petik kelapa sawit ni, kena pastikan kebunnya bersih. Jadi abah dan mak buat sendiri lah broneng (bersihkan rumput dari batang kelapa sawit) ... Kami cabut pokok rumput yg tebal-tebal sampai kebas tangan. Kerja apa pun merungut tapi tetap tolong. Hehe

25) masa beraya, mesti beraya banyak tempat. Sebab nak duit raya. Boleh bikin duit saku. Sanggup naik basikal, lepas itu siap buat survey siapa bagi duit raya banyak, datang rumah orang itu, tak dapat duit raya tak payah pergi. (sama betul dengan situasi upin ipin. haha)

26) masa raya pertama dulu naik motor ramai-ramai. Motor ada dua buah sahaja, tapi ahli keluarga ada 7 orang, jadi berhimpit-himpit ke kampung atok. Sebelum bergerak, mak abah mesti masukkan selipar dalam bakul awal-awal lagi sebab kami selalu mengantuk masa jadi pembonceng! hehe.. bila dah tersengguk-sengguk teruk sampai nak terjatuh daripada motor baru terus segar bugar berdebar-debar ..

27) oh ya masa hujan.. bila naik basikal tiba-tiba hujan, mesti kena pakai kasut yg dibungkus plastik. Kepala bungkus plastik. Beg pun bungkus dengan plastik. Dulu tak mampu nak memiliki baju hujan. Abah aku kerja awal pagi jam 6. Jadi memang tak boleh hantar. Sampai saja di sekolah, habis basah kuyup satu badan. Masa itu, jealous bila lihat orang lain mak ayah dia hantarkan naik kereta. huhu

28) mak bela ayam kampung. ini antara makanan favorite kami sekeluarga! gulai ayam kampung ! Sedap hingga menjilat jari. Yang tak boleh blah, ayam-ayam mak memang manja. Mak kena masukkan sendiri ayam-ayam ke dalam reban. Hampeh tak...? lama-lama ayam-ayam pun dah lali dan mak senang nak tangkap.. hehe.. reban yg ada sekarang, asalnya aku yg tolong mak buat. Eh mak aku pandai bertukang wey. Bancuh simen pun pandai.. apatah lagi mengecat,.. serba serbi pandai

29) aku tak pernah jalan-jalan dgn family masa kecik. Yelah susah. first time jalan keluar johor adalah masa family belah mak aku bawak pergi tanjung bidara dan zoo melaka... jakun betul rasanya, kalau tak silap aku, masa itu umur 11 tahun.  adik beradik aku pun sama, kali pertama mereka keluar dari Johor adalah masa lawatan sekolah. hehe...tapi kami tetap excited.


Banyak sangat dah. Nanti nanti aku cerita lagi. Alhamdulillah atas segala nikmat yg diberikan.

syukur sangat, kalau abah masih hidup, abah nampak kami berjaya sekarang. terima kasih Mak Abah kerana mengajar kami banyak erti kehidupan.

No comments: