TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

20 Dec 2020

Cerita Hantu Di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati Bahagian 2

Assalam wbt dan Hi,


Okay hari ini aku nak cerita tentang kisah hantu di sekolah bahagian kedua. 



Cerita hantu yang kedua ini juga agak menyeramkan. Ia terjadi pada tahun 1997 di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati, Seri Medan Batu Pahat. Waktu itu kami masih darjah 5. Oleh kerana aku sudah ada pengalaman cerita hantu yang pertama di sekolah yang sama, jadi kali ini aku tidak pandang enteng. Minggu itu kami sibuk sebab sekolah agama ada pertandingan nasyid. Asalkan ada masa yang terluang, kami tidak mensia-siakan masa dengan berlatih nasyid. Kelas kami tidak ramai, jadi bahagi dua kumpulan sahaja. Aku namakan kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A itu group aku dan kumpulan B itu group mereka. 

Kumpulan A berlatih di kelas sahaja tetapi kumpulan B memilih untuk berlatih di surau sekolah. Korang boleh zoom out di mana surau sekolah. Surau sekolah kami ini dikatakan ada cerita mistik yang banyak sebab ada dua buah telaga yang sengaja dikosongkan di situ. Telaga itu memang sudah tidak digunakan lagi yang memang sengaja dilubangkan telaganya supaya air tidak boleh terisi. Jadi kalau hujan lebat pun, memang tidak terisi airnya. Telaga itu rupanya seperti kolah air yang tinggi lebih kurang 8 kaki mungkin. Aku budak nakal sikit-sikit dulu-dulu memang aku panjat telaga itu dan memang kosong pun isinya, ada sampah daun-daun saja. Tapi yang tak boleh hadam, telaga itu kononnya dijadikan tempat di mana, "benda-benda" di buang. Perasaan ingin tahu menebal itu memang tak boleh dipisahkan daripada naluri budak sekolah. 

Berbalik kepada latihan nasyid sekolah. Jadi, kumpulan B memilih untuk berlatih di surau sekolah pada waktu rehat. Loceng sudah dibunyikan tetapi mereka tidak pulang ke kelas. Jadi kami (aku dan kawan baik aku, Nurita) yang agak khuatir (atau ayat yang lebih indah ialah kepochi), kami pun pergi ke surau sekolah. Kami terfikir untuk mengejutkan mereka (surprise! gituh) tetapi mereka terlebih dahulu buat surprise untuk kami. Kami intai, mereka ada yang sedang menangis, ada yang sedang ketawa dan ada yang sedang terpinga-pinga. Apa sudah jadi? Kami berlari kencang mendapatkan ustazah atau cikgu yang kami panggil Cikgu Semah dan Cikgu Ahmad Tazlan. 

Mereka kembali dari surau dengan menangis teresak-esak. Mereka dicubit oleh guru kelas kami, Cikgu Ahmad Tazlan. Masing-masing sudah masam mencuka. Mereka tidak mahu menjawab soalan kami tapi ayat pendek mereka bagitahu, mereka "diganggu". Ahh sudah! Kami nak tahu lebih terperinci. Selang beberapa hari, mereka cerita juga. Mereka kata, mereka tidak tahu apa yang mereka buat, seperti kena pukau. Ada yang ketawa, ada yang menangis, ada yang diam sahaja. Mereka tidak sedar sehinggalah kami sampai. Mereka angkat kami sebagai penyelamat, berbunga kejap hati kami. Mereka kata, mereka keluar masuk almari yang ada di surau. Mereka menyapu surau, main pintu dan lain-lain. Aneh betul bunyinya. Cerita ini akhirnya menjadi suatu misteri yang tidak dapat diselesaikan sehingga kami berhenti sekolah. 

Walau bagaimanapun perasaan ingin tahu aku tidak terhenti di situ. Pada tahun 2010, kami mengadakan reunion. Reunion kecil-kecilan. Waktu itu sudah masuk Zohor, jadi kami singgah di Masjid Besar Seri Medan. Aku yang masih ingat tentang cerita lama tahun 1997, aku tanya dengan mereka (Najwa, Balqis dan Afeeza). Mereka gelak besar sebab aku masih ingat! 

Mereka kata, tunggu selepas selesai solat. Berdebar aku!









Selesai solat, Najwa bagitahu supaya aku jangan terkejut. Okay, apa dia? 





SEBENARNYA, MEREKA BERGURAU SAHAJA HARI ITU....



Aku terkejut tak tahu nak kata apa sebab selama ini aku rasa ianya suatu misteri tak terungkap sebenarnya adalah perkara main-main yang mereka lakukan sebab nak elak kena denda dengan cikgu sebab skip kelas. Aduhai ! Hahahahahahahhaa. Rasa nak lempang mereka pun ada. Okaylah, so selesai satu misteri dari dalam otak aku. Haha... So tahun ini tahun 2020 aku cerita semula di dalam blog. 



Sekian, terima kasih. 

No comments: